Thursday, May 24, 2012

Patut Laaaa.

Assalamualaikum :)


Patut la awak pandang pelik dekat saya. Patut la awak tengok saya dari atas hingga bawah macam saya ade hutang dengan awak. Patut la awak jeling saya bila saya cakap dengan awak. Patut la itu dan patut la ini. Saya dah tahu sekarang!

Dalam entry ini saya ade cerita perihal saya cari kerja part time ni. Sebelum dapat kerja sekarang banyak tempat saya pergi. Dan tempat pertama saya pergi saya jumpa awak. Saya tanya awak tempat tu ade kerja kosong ke tak. Dan awak dengan kereknya tanya saya macam² mengalahkan awak tauke kedai tu.

Tapi takpe saya sabar sebab matlamat nak cari kerja. Awak tanya saya baru habis belajar ke. Saya jawab saya baru habis diploma UiTM. Dan awak tanya saya dengan nada yang menjengkelkan " UiTM je?" Dalam hati dok sibuk berperang salah ke kalau grad dari UiTM. Saya buat tak tahu lagi.

Awak sibuk bertanya itu dan bertanya ini. Saya jawab walaupun dalam hati dok cakap banyak tanya betul la minah ni. At last awak cakap tempat ni takde kerja kosong untuk part timer. Waktu tu rasa dah menggelegak nak marah!

Dan sekarang saya dah tahu kenapa awak bersikap macam tu. Rupa rupanya awak sedara kepada salah seorang kenalan saya. Kenalan saya tu cakap awak bakal menjadi warga matrikulasi. Matrikulasi mane saya taktahu. Means awak pangkat adik lagi kan dengan saya?

Lepas kenalan saya cakap baru saya tahu. Awak budak pandai kan sebab dapat masuk matrrikulasi. Bukan ke matrikulasi ni untuk budak² pandai. Saya tak pandai sebab tu mampu ambil diploma je lepas SPM. Matrikulasi pun taknak terima saya sebab  result SPM saya teruk. Plus belajar dekat UiTM je. UiTM je yang nak terima saya yang tak pandai ni.

Baru saya faham kenapa awak pandang saya macam tu. Satu je saya nak cakap dekat awak. Awak BAKAL melangkah ke alam matrikulasi bukan TELAH melangkah. Masih panjang perjalanan yang bakal awak hadapi. Awak masih taktahu kemane hala tuju hidup awak. Mungkin satu hari nanti awak jugak bakal bergelar warga UiTM. Ingat² la!

Nota ; Banyak perkara jadi terjadi dalam minggu ni T_T

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi