Saturday, February 25, 2012

Hipokrit atau Tak?

Assalamualaikum :)

Saya kembali lagi selepas hari2 yang mem-busy-kan saya. Siang kelas dan belah malam saya ada training sebab tournament around the corner dah. Tapi training pun training jugak final jangan lupa =.=

Ok bukan nak cerita benda tu. Heeee.


Saya kan bila dah saya tak suka seseorang tu, semua pasal dia saya tak suka. Tu perangai buruk saya. Saya tak boleh buat baik dengan dia even nak maniskan muka depan dia pun tak boleh. 

Bila bercakap dengan dia asyik nak marah je. Dalam hati dah banyak kali cakap jangan tunjuk sangat yang saya tak suka dia tapi bila ada depan2 dia rasa menyampah tu datang sendiri. Setakat ni takde lah sampai saya marah dia lagi. Hanya marah dalam hati je. Saya masih boleh dikawal lagi kemarahan itu.

Tapi sampai bila? Perlu ke hipokrit semata mata nak jaga hati dia sedangkan dia tak pernah fikir perasaan orang pun? Bercakap ikut sedap mulut dan lantang.

Kawan2 ada cakap jangan biarkan kemarahan tu berlarutan. Nak taknak saya jumpa dia jugak selagi saya bergelar pelajar di UiTM ni.  Istigfar banyak2 kalau rasa nak marah tu datang. Jangan biarkan syaitan menguasai diri saya. Betul, saya setuju dan saya amalkan.

Tapi saya tetap tak suka dia! Sebab apa? Biarlah saya seorang yang tahu.


Saya sangat2 tak suka kalau dok bergurau bodoh pasal pinang meminang orang. Jangan jadikan benda tu bahan lawak. Jangan dok anggap orang boleh terima semua lawak bodoh tu. Bercakap tu biarlah ada perasaan malu dalam diri.

Dan bila saya rapat dengan seseorang jangan anggap saya perempuan murahan. Nak bercakap tu biarlah guna akal yang Allah bagi.

Rapat tak bermakna ada hubungan, rapat tak bermakna couple. Rapat hanya sebagai kawan, sesama Islam. Saya tahu batas antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 


Berkawan biar beribu tapi berkasih pada yang satu. Tolong faham itu!

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi

14 budak suka conteng!:

yad'z said...

setuju sangat2 dengan entry nieh.. setujuuuuu ><

Cik tikah said...

jadi je diri sendiri. biar org nak kata apa. cik tikah x suka org hipokrit taw

Mia Adriana said...

kita mmg kna bersabar atas apa pun perkara..
tapi kadang2 sesuatu perkara perlu untuk kita berterus terang..

kinn said...

jangan terlampau tak suka. nanti boleh jadik jodoh kita. hihik ;p

masuk tournament ape?

teha said...

betol ! berkawan ramai xpee..

H.J said...

hoho..nampak marah benar...

Detective Fiqa said...

setuju sgt2 :D but sabar ye :).

nur adilah said...

kita lebih kurang lah sis :')

Sunah Sakura said...

akak pun kadang2 rasa macam tu juga...bila tak suka seseorang tu, memang susah sangat nak baik... T_T

Melati Qistyna's Mummy said...

Sabo je lah, mulut tempayan buleh ditutup, mulut org ni payah dik, dh nak abes sem kan, harap2 smbg degree sok xde la jumpa ngan org tu... Hehehehe

Nora Shahaira said...

mungkin situasi akak nora dgn adik lain..
tapi akak pun kalo tak suka susah nak akrab balik..
tapi takboleh sampai x bertegur..nanti nabi tak ngaku umat kan..cuma susah nak rapat berkongsi isi hati...

Yayan. said...

Hmm aah, selalunya once kita dah prejudis dekat someone susah sangat nak bersangka baik dekat dia. saya pun sama :(
sampai saya harap sangat tolongla dia jangan muncul kat depan mata, so that takdelaa buruk samgka saya tu.

Zakaria's daughter said...

apakata just be honest dengan makhluk tersebut ?
tegur jeh yg care makhluk tuh sangat annoying and sile hormat sket perasaan org bile berkomunikasi.
tak;ah kite dapat dosa bile mai hamun dalam hati pasal pangai org tersebut.
kdg2 manusia neh tak penah perasan pung tebiat sendiri.

Eein Azryn said...

orang suka salah paham, tengok kita rapat je cakap couple. ><