Thursday, March 1, 2012

Belajar Ni Kena Ikhlas Baru Berkat

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah tamat sudah sesi pembelajaran untuk diploma ni. Hanya menunggu masa untuk jawab final aje. Doakan semua berjalan lancar dan saya tamat dengan jayanya insyaAllah.

Yeayy tak sabar. Hik.

Bila cakap pasal belajar ni, lecturer saya pernah cakap students ni ada banyak golongan tapi saya ingat sikit aje. Antaranya :

1- Tak study tapi tetap pandai.

Golongan ni memang saya tabik. Dorang jarang² study tapi bila tang exam kacang je jawab. Result pun gempak je. Bestfriends saya termasuk dalam golongan ni. Saya memang surrender habis dengan dorang. Mungkin dorang jenis pay attention dalam kelas, dan dorang faham. Sebab tu kalau tak study pun tak beri kesan sangat.

Golongan ni selalunya saya tengok pada students lelaki. Dorang jarang² study, datang kelas pun tak tapi dorang tetap hebat! Kelebihan yang Allah bagi pada mereka.

2- Hari² study tapi tetap kurang pandai.

Golongan ni mungkin perlu study lebih dan ikhlas. Saya tak berani nak kata lebih². Mungkin ada hikmahnya bila kita jadi macam mane. Allah itu Maha Kuasa. Dia yang mengetahui segalanya. InsyaAllah kalau study betul² dan diiringi doa lepas berusaha akan berjaya jugak nanti. Allah itu tidak kan menghampakan hambaNya :)

3- Sekali study sekali ingat.

Saya termasuk dalam golongan ni. Study hari ni, hari ni je ingat. Esok lupa terus dah. Hihi. Orang cakap kalau study untuk jawab exam atau test je memang akan jadi macam ni. Tak ikhlas namanya. Hihi. Kita hanya akan ingat untuk waktu yang singkat . Dan bila semuanya berakhir, ingatan tu pun berakhir. Cuba belajar untuk hidup bukan untuk exam T_T

Miss saya pun sokong yang ni sebab masa study dulu dia pun lebih kurang macam ni. Hehe.

4- Tak study langsung tak ingat.

Hmm, golongan ni paling parah. Sebab nya kalau tak study langsung memang takkan tahu apa yang belajar. Rasa macam blank je. Tapi ada baik jugak. tapi saya tak tahu apa yang baiknya. Hehe. Saya ada kawan yang lebih kurang macam ni. Tapi dia rajin belajar. Dia buat latihan dan ulangkaji sampai dia betul² faham dan berjaya menguasainya. Dan dia antara pelajar yang terbaik antara yang terbaik. Erkk.

Ok, saya pun termasuk dalam golongan ni. Hiks!




Tapi ini semua anugerah yang Allah anugerahkan. Tak semestinya tak pandai sekarang tak pandai buat selama lamanya dan yang pandai tu tak selamanya pandai. 

Bagi yang cerdik pandai, kena gunakan anugerah itu dengan sebaiknya dan sebolehnya janganlah riak dengan kehebatan yang ada.

Bagi yang kurang pandai, berusaha dan berusahalah selagi mampu. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya.

Nota ; Maaflah noh kalau ayat berterabur. Dulu masa SPM tak lulus pun BM ni. Hikhik.

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi

28 budak suka conteng!:

nur adilah said...

goodluck sis :) ila doakan sis berjaya XD

aReLaN said...

kalau saya cakap saya golongan 1,jeles tak??hahaha..malas nak belajar tapi still leh la jawab exam untuk dapat markah best2.dok la student mid level.yang penting kena ikhlas dalam menuntut ilmu

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pntg kt mencuba jd pandai dgn cara benar..hihi..

toi tak?

Papa Mifz said...

SEMOGA SUKSES YER...AMIN...

syafiqakarim said...

mark belakang cerita,
asal kan kite usaha sungguh2 dan
berdoa.buat terbaik,dan tawakal saja.
belajar!huu

Cik tikah said...

all the best final. buat elok2 taw :)

dear yayah said...

usaha+doa+tawakkal.. best of luck exam nanti ye.. ingat, niat blaja tuh krn Allah

zati embong said...

hihi,kak jat awal2 sem blur gak,sbb dr mtrik hayat, amek engring.msuk nd year,baru ok.

Detective Fiqa said...

hmmm. df pulak adehhh. biasa taklah pandai :( tapi df ada kawan yg pandai. mcm tu. adehh. sabar je ^^

cikcimi said...

Gudluck final nanty. :)

Hafizin Jamil said...

nak sangat dok tempat yang no 1 tu..hehe..gud luck exam.

Eein Azryn said...

saya dalam golongan 3. huhuhu. kalau takde exam, tak study.

teha said...

gudluckk.. wat leklok yee :)

Hanis MY said...

ganbatte ne! beh key kalu tok blaja mano tapi buleh score wuwuwu...

anis madu said...

kalau tak lulus BM tak boleh masuk U. ni diploma pun dah nak habis. hihi. tipu ek? :P

yad'z said...

saya tergolong study sekali sekali ingat. tak study langsung tak ingat.

#eh macam pantun lak. ahahaha

LAici KAng Ais said...

sama lah.camne saya leh sama ngan awk ni.hee

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah and good luck for ur exam...

Noraim said...

@aReLaN perghh mmg terbaik kalau dlm golongn ni. sy jeles! huhu.

Noraim said...

@nuyui a.k.a miss YUI betoi belajar kena ikhlas baru berkat ilmu tu.

Noraim said...

@zati embong tp akak dah berjaya kan? kerja pun dah stabil. huhu.

Noraim said...

@Hanis MY tau xpo kak. ore ni keno belajar sunggoh br blh score. huhu.

Noraim said...

@anis madu hehe. tipu sunat :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ehh btol laa...teringat masa zmn belajar dulu.. budak lelaki ni..xnmpak pon dia study.. tp.. bila exam.. result gempak je....

hafeezhusaini said...

gud luck dgn final anda.. :)

Zakaria's daughter said...

waaa sekejap je kan nak graduate.
tahniah sis dah tamat dip.
gud luck final exm okay!

ps : saya no 3.
ahaha

biela bell said...

congrats~
erm..masing2 ada cara study yg tersendiri..yg penting usaha. bila usaha..hasilnya la yg seronok! ;)

Woofer Storm said...

sy pun no 3.ehhheee asik pelupa ni^^

gud luck ye^^