Blog Si Bakal Doktor

Saturday, October 13, 2012

Souvenir Dari Italy


Assalamualaikum :)

Mula-mula ingat surat yang dapat tu kad kawen kak Kira tapi sangkaan itu meleset. Rupanya surat dari salah seorang kawan blogger saya. Saya tak dapat lagi tapi kakak sorang ni dah dapat dah. Dan dia saje bagi saya mengalami masalah kejelesan. Akak, grrrrr! Haha.

Nilah kali pertama dapat hadiah dari kawan blogger. Perkenalan hanya bermula di blog, berlarutan di facebook dan tak penah lagi melalui telefon sebab dia nun jauh di sana dan saya hanya tertinggal di Malaysia. Even saya tak pernah jumpa dia, it is still very nice knowing a good person like dia =)

Saya panggil dia Yan atau nama blognya Yayan's. Comel je dia hihi. Dia seorang pelajar perubatan tahun ke saya lupa lagi tahun ke berapa yan heee di Mesir. Tapi yan dah lama tak update blog. Busy eh nak jadi doctor ni? Hehe.

 Saya pos kad raya untuk dia, tapi dia tak sempat balas pun kad raya dan dia cakap akan dibalas dengan something yang sangat special. Baru-baru ni eh bukan baru sangat pun dia melancong ke Itali. Boleh baca entry ini. Untung la boleh kenal Negara orang kan. Something yang special yang dia cakap tu hadiah dari Itali.  Wahhhh terima kasih Yan. Terharu tahu T_T. Saya suka hadiah ni =) Dan kad tulisan tangan tu sangat-sangat sweet :) thanks a lot!

Tapi kenapa pink?! Haha.

Yan, sila komen entry ni. Memang ade unsur paksaan di situ. Sudah la jadi silent reader tu hahaha. Lepas ni selalu la update blog eh. Dah lama tak tengok Zibu jadi mangsa suntikan awak tu. Hihi. Tulisan awak mengingatkan saya dekat kawan lama saya. Tapi dia di Aussie, awak di Mesir. Memang dua orang yang berbeza la.

Selamat berjaya menempuh baki beberapa tahun lagi untuk menjadi seorang doctor. Awak pasti boleh jadi seorang doctor yang baik insyaAllah. Ingat, kalau awak tak pandai awak takkan sampai ke Mesir dan tahap ini. Awak boleh yan! J

Terima kasih jadi sahabat saya!

Ps ; Nanti saya sakit saya jumpa doktor Yayan eh? Hehehe.

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

16 125 tapak kaki:

Izyan Hamizi said...

thank you dear for the doa and wishes. ;)
ahh segan saya *blushing3* hehe tak busy pun,esok baru start kelas balik hee cume time tuu duduk kat rumah cuti tade mood nak update blog heh

lega saya aim suka hadiah tak seberapa tuu ^^

**wane pink comel laa, macam penghantarnyaaa**

hakimrahim said...

comelnya I Love Roma 2..hik2

selipar buruk said...

eh td yg komen 2 akak taw :)

adilah arshad said...

wah beruntung sungguh xD

sal ya said...

yup... bila rasa nak give up dgn study je kena ingat... kalau tak pandai takkan blh msk u. dah thn brp dh ni. adehhh... selalu jdk mcm tu bila pening dgn subjek stat. i hate maths. wat to do. wajib lulus dan wajib jgk belajar. huhuhu... kenangan je la tu.

snf said...

untongglahhh.SOUVENIR kiut lagi cantik!

kiera'sakura said...

wahhhh akak dengki hihihi..

kad akak pos minggu nie sayang. iffah tue dapat dari tunang akak. hihihi :p

Detective Fiqa said...

wahh wahh :D. hehehe sweet :D

pakDin said...

waaa..untunglar :)

Iffah Afeefah said...

ermm seronoknye dapat

nk jugak

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah..rezeki tu..smbil ramai kwn..

♥ ROS ♥ said...

Uihh jauhnya dpt... Jeles... :p

**maaf xblogwalking lama, ros sibuk bpantang.. Ekekke :)

dya bunga said...

cutenya keychain tu

kay_are said...

hadiah dari itali? memang tresure tu.. simpan r lek lok ye.. bukan senang orang nak bagi.. =)

TiranaAduka said...

ni yg jeles ni,,ahakzss...

ayut said...

best yer...nk jgkkk...Italy mari tu..hihihi..smga berjaya blogger Yan :)