Blog Si Bakal Doktor

Tuesday, November 20, 2012

1 Muharram 1434 H


Assalamualaikum :)

1 Muharram. Hari pertama tahun baru mengikut kalendar Islam. 1 Muharram jugak saya kehilangan nenek.

Rabu minggu lepas, selepas submit semua projek,  saya buat keputusan balik rumah memandangkan cuti berbaki beberapa hari lagi. Saya sampai rumah dah waktu asar. Baru je sampai rumah abang saya call mintak semua siap-siap katanya nenek dah nazak. Saya terkejut sebab saya tak tahu pun nenek sakit tenat. Banyak dugaan terjadi sebelum bertolak balik kampung. Sudahnya 11 malam baru dapat bertolak.

Dalam perjalanan ke kampung, tepat jam 11.25 malam, pakcik telefon cakap nenek dah takde. Terkejut sangat! Dalam fikiran masa tu dok fikir sempat ke mak tengok arwah untuk kali terakhir. Risau yang teramat sangat. Mak saya ada kat Johor bersama kakak-kakak yang lain. Yang tinggal kat Kelantan hanya saya, abang dan ayah. Kami bertiga balik kampung dulu malam tu. Adik beradik lain semuanya balik malam tu jugak.

Sesampai kat kampung, perkara pertama saya kena ialah sindirin. Saya seorang je perempuan dari family saya yang sampai. Allah! Peritnya. Malas nak kecoh saya buat tak tahu je. Masuk dalam rumah terus saya duduk sebelah jenazah. Keluarkan surah Yassin dan belum apa-apa dah menangis teresak-esak. Allah je tahu perasaan masa tu. Nak habiskan satu surah Yassin tu punya la lama. Mane nak sapu air mata, mane nak kawal perasaan lagi. Maksu mintak saya dengan sepupu yang lain mengaji untuk arwah malam tu. Buat je la tak rugi pun.

Keesokannya waktu subuh saya lupa saya kat kampung. Tengok jam dah 6.30 pagi, tapi terfikir kenapa semua orang tak bangun lagi. Saya gagahkan diri bangun, ambil wudhuk sorang-sorang dan solat kat ruang tamu. Waktu nak angkat takbir baru saya teringat saya kat kampung sebab nenek meninggal semalam. Dan jenazah sebelah saya yang hanya dipisahkan dengan tirai. Perasaan masa tu memang takut tapi buat takde apa je. Lepas solat maksu saya sedar dan cakap jam tu awal 30 minit. Patutla takde sape pun bangun lagi. Kihkih.

Tepat jam 9 pagi arwah dimandikan. Pertama kali dalam hidup ni saya tengok orang mandikan jenazah. Saya teringin nak tolong mandikan sama tapi saya hanya mampu tengok je sebab teresak esak dah menangis. Mak tak dapat mandikan saya fikir saya mampu jadi wakil mak. Sampai kesudah saya hanya mampu tengok je. Ada sorang makcik ni panggil saya untuk cium arwah. Saya memang tak boleh kawal perasaan masa tu. Menangis sungguh-sungguh. Makcik tu pesan jangan bagi air mata menitis kat arwah. Sedaya upaya tahan air mata tu tak bagi jatuh. Alhamdulillah berjaya.

Ikutkan pakcik-pakcik arwah nak dikebumikan tepat jam  11 pagi. Tapi disebabkan mak saya tak sampai lagi, ada yang mintak tunggu mak dulu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mak. Saya tak putus-putus doa mak sempat cium arwah buat kali terakhir. Jangka masa tunggu tu hanya sepuluh minit tapi saya rasa lama sangat sebab orang dok gesa saya. Ada yang paksa saya telefon mak, ada yang paksa saya mintak cepatkan sikit. Allah! Tak pasal saya menangis lagi. Saya keseorangan dan saya takut untuk mak.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat mak dan adik beradik saya yang lain sempat cium arwah. Mak sangat tabah menghadapi kehilangan ni. Setitik air mata pun saya tak nampak. Tapi mak nampak pendiam sikit, mungkin terkilan takde bersama arwah masa arwah menghembuskan nafas terakhir.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pengkebumian arwah. Semuanya berjalan lancar. Semoga Allah merahmati dan tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Aminn. Al-Fatihah.


#Beberapa hari tak update tiba-tiba update yang panjang lebar. Hee.

#Kehilangan kali ni mengajar saya banyak perkara. Saya tak reti nak luahkan tapi saya tahu perkara tu.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

9 125 tapak kaki:

Detective Fiqa said...

takziah :).
semoga rohnya sentiasa disisi Allah :) aamiiinn

Princess Nur said...

salam takziah dari knur..tabahkan hati dan banyak2 bersabar

Iffah Afeefah said...

al Fatihah

come to akak pelangi come

kiera'sakura said...

takziah syg. akak paham perasaan tue. tak baek dorg gesa kita. kita pun bukan jangka benda nk jadi, takpe la maafkan dorg ye dik

nn lylyn said...

al-fatihah..

ஜ miss klanika ஜ said...

alfatihah .
untuk tahun baru, bukak buku baru.

EyqaLuvender said...

al-fatihah utk arwah nenek.
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

ayut said...

salam takziah ye aim....semoga arwah nenek ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..amin...alhamdulillah..mak aim smpat smpi dgn selamat...

kay_are said...

takziah.. semoga roh nenek dicucuri rahmat.. amin.