Blog Si Bakal Doktor

Thursday, November 15, 2012

Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum :)

Solat sunat dhuha ni solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahri sedang naik setinggi lebih kurang tujuh hasta ( pukul 7 pagi sehingga waktu zohor). Sekurang-kurangnya boleh dikerjakan dua rakaat. Namun boleh dikerjakan empat, enam atau lapan rakaat.

Cara melakukan solat sunat dhuha :

  • Niat solat dhuha :

  • Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam.
  • Bacaan rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
  • Setelah selesai salam, lalu membaca doa :

Banyak kelebihan buat solat sunat Dhuha ni. Antaranya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhudanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan" (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)
Mungkin ada yang menganggap solat sunat dhuha ni solat yang remeh, tapi yang remeh ni la yang mendekatkan diri kepada Allah. Dan juga solat ni pembuka pintu rezeki, insyaAllah. Sahabat saya penah cakap solat ni boleh buat kita tenang. Even ada something yang membelenggu kita, kita tetap tenang menghadapi.
"Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar" Hadis riwayat Muslim
Apa yang paling penting, lakukan secara berterusan atau istiqamah. Memang susah pada mulanya. Cuba buat seminggu tanpa tinggal sehari pun, insyaAllah akan kekal berterusan dan kita akan merasai kelainannya. Dan rezeki akan datang dari arah yang tidak disangka-sangka, insyaAllah.

Solat sunat dhuha lebih mudah dari solat malam. Saya selalu sangat kecundang solat malam ni. Dah tidur memang susah dah nak bangun. Kihkih. Terima kasih buat sahabat saya yang selalu memperingati saya tentang kelebihan solat sunat ni. Semoga Allah sentiasa memberkati kamu :)

Sempena tahun baru Maal Hijrah ni, ayuh lakukan perubahan ye kawan-kawan! :)

Credit to : here

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

14 125 tapak kaki:

Novelgurl said...

Bgn kak ! bngn ! subuh dahhh..hehehe..sy dri dulu lg cuba nk istiqamah ad je hlngn uhukks.paling kurng pun dlm seminggu dpt dua tiga kli je.

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

OE kalau tak ada kelas baru OE akan buat sebab selalu kelas OE start pagi sampai ke tengah hari dah zohor...
anyway, nice sharing.. ^^

Azian Elias said...

thanks for sharing.

TiranaAduka said...

salam nuraim
Kenikmatan dapat dirasai bilam melakukannya.amin

CIK TOM said...

tq..dh lama xbuat solat sunat dhuha..

Detective Fiqa said...

Alhamdulillah. info ni membantu sy :)

M Fizan said...

insya-Allah. sama-sama kita menambah amal. :)

shar90 said...

besarnye kelebihan klu rajin buat :D

kay_are said...

bende2 sunat kadang2 kne buat gak.. takleh depend kat wajib tu je kan.. thanks sharing..

محمد رازيق said...

perkongsian yang baik. solat dhuha dipagi hari. hikmah dan indahnya. tq sharing. tq juga singgah blog. jgn serik mai lagi

Izyan Hamizi said...

ayuhhh! saya pun tgh cuba, jealous tgok kawan2 yg dah mampu buat solat dhuha ni macam wajib. bila laa saya nak jadi macam tuu.
jom aim, kita sama2 usaha :)

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

TiranaAduka said...

salam nur aim
Pekabr di hari isnin ini.

kiera'sakura said...

akak sedang cuba praktik dengan abg nk istiqamah buat solat dhuha ;) betol bila dah solat terasa lapang je segalanya. indah sgt kan ;)