Blog Si Bakal Doktor

Monday, December 31, 2012

Pesanan Buat Muslimah

Assalamualaikum :)

Buat muslimah di luar sana tutuplah auratmu dengan sempurna. Jangan biarkan diri terus dibelenggu dosa. Jangan biarkan kaum Adam yang melihatmu juga dibelenggu dosa. Sanggupkah kita melihat ayah kita menanggung dosa kita di sana kelak?

Menutup aurat dengan sempurna tak semestinya bertudung labuh kan. Kita perempuan diwajibkan menutup aurat bukan diwajibkan pakai tudung labuh. Tapi seeloknya biarlah tudung yang dipakai tu melepasi bahagian dada, tak jarang (maksudnya tak menampakkan anggota dalam tudung). Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Tapi kalau nak lebih dari tu pun boleh. Perkara baik patut kita buat kan? Jangan anggap bertudung mengikut syarak tu leceh dan menyusahkan. Ramai yang anggap bila soal tutup aurat ni, tutup litup semua dan tudung pun yang besar-besar. Bukan macam tu ye semua. Sebab ada banyak lagi cara nak tutup aurat selain dari bertudung labuh. Sebab saya tahu ada je yang rasa bertudung labuh ni susah dan tak biasa nak buat.

" ...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu.. " [Surah An-Nur ; ayat 35]

Gambar dipetik dari SINI

Kat sini saya kongsikan tips awal untuk bertudung labuh ;

. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.


2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir. Boleh rujuk entry saya yang INI
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. 
Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. Tercari cari tudung Mesir bdang 60? Boleh jenguk SINI
Firman Allah swt "Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan) makan sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [Surah al-Akabut ; ayat 6]
Kredit untuk blog INI

Ingatlah, yang paling ramai dalam neraka itu perempuan. Yang paling penting menutup aurat dengan sempurna dan baru la belajar untuk bertudung labuh. Nak bertudung labuh terus takpe tapi janji istiqamah ye. Jadi, sama-samalah kita berdoa dan kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam setiap yang kita lakukan ini. Mohonlah kekuatan dari Allah bagi yang baru hendak berubah. Tak salah berubah jika berubah ke arah kebaikan :)

Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Kita manusia yang tak lepas dari buat kesalahan tapi itu bukan alasan kita ak boleh nak perbaiki diri lebih-lebih lagi bila kita dah tahu silap kita.

Tegur saya jika ada salah silap dalam entry ini :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

22 125 tapak kaki:

Miss Xyz said...

InsyaAllah saya cuba ;)

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share...moga rietta dpt memperbaiki diri untuk menjdi yg lebih baik dr thn ini....

adilah arshad said...

terima kasih akak :')

M Fizan said...

like entri ni satu bilion. kalau boleh, biar semua wanita baca. ada yang pakai tudung tapi tak tutup aurat dengan sempurna. laki jugak dapat dosa. kadang tak cari, tapi melintas depan mata. dah cuba tunduk, tapi nafsu menggoda. eheh.

ummuaidan said...

Assalamualaikum aim...
akak suka benar ngan entri nie..nasehat yg terbaik utk semua muslimah...entah bila muslimah kita akan beralih drp berpakaian seperti jahiliah..sapa yg harus dipersalahkan yer....diri sendirilah yg jahil..

nik ros said...

thanks berkongsi .

QA's ~ mamapapa said...

terima kasih,aim :) perkongsian yg sangat besar manfaatnya :)

Novelgurl said...

"Assalamualaikum Kak Aim.Selamat Tahun baru Masihi 2013 =)"

Subhanallah.Alhamdulillah.Just kumpulan usrah je x jumpa lagi.N InsyaAllah.niat utk pakai tudung labuh berjahit tu ad tp hti x smpai lagi.huu.Doakn sy ye kak ^_^ Semoga dipermudahkn Allah.Allahumma amiin.Let's gapai mardhotillah sama2^_^

shar90 said...

waaa.... tip terbaik... buat azam baru pon bagus gak tp sye laki... heehhee xD

Cik tikah said...

tq for the reminder and gmbr tu sgt cntik :)

mama iffaheem said...

InshaAllah. Terima kasih buat pesanann:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih berkngsi =)

محمد رازيق said...

kita manusia yang saling memesan dan mengingatkan. terima kasih. kaum adam juga kena jg aurat depa. hehe

kiera'sakura said...

klu niat kita berubah kerana Allah insyaAllah sikit-sikit hati kita mesti tertarik sampai sepenuhnya kan dik ;)

kay_are said...

aku ni laki tapi aku bace gak.. hmm.. baru aku tau je baru2 ni yang tudung pun ade saiz gak ye.. aku ingat tudung tu sume lebih kurang same je.. ade bidang 50,60.. baru tau..

aku HaniAsyira said...

hmmm,, terima kasih atas peringatan tuh..

Hafizin Jamil said...

belum sampai masa katanya.. :)

sal ya said...

betul tu. blh mulakan secara perlahan-lahan. atas kemahuan diri sendiri sebenarnya.

mama aryan said...

terima kasih utk entri ini..akak juga ingin berubah ke arah yg lebih baik

ahsfantasy Ryu said...

Insyaallah, moga dipermudah semuanya..
cantik sangat gambar tu :)

saifudin abu izzudin said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Ungkel Rijal said...

insyaallah semoga berjaya ya ukhti.:)