Blog Si Bakal Doktor

Saturday, September 29, 2012

Sayangi Ibu Bapa Selagi Mereka Ada

Assalamualaikum :)

Bulan lepas saya ade buat post tentang seorang sahabat saya yang sedang menjaga abahnya yang sedang sakit sewaktu orang lain bergembira menyambut hari raya. Boleh baca di sini. Kira-kira 3 minggu yang lalu atau lebih tepat 10 september 2012, jam 10.40 malam, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Saya sangat terkejut, ralat dan semestinya sedih. Terkejut sebab sebelum saya mendaftar sebagai pelajar ni, sahabat saya ni cakap arwah abahnya dah beransur sembuh dari sakitnya, cuma perlukan rawatan lanjut untuk pastikan takde sakit lain. Ralat sebab saya tak sempat jenguk arwah masa arwah sakit sampailah dia pergi. Arwah dah macam ayah saya sendiri =.='


Oleh sebab saya tak boleh balik, saya wakilkan mak pergi ziarah keluarga sahabat saya tu. Dua minggu lepas saya ade balik dan sempat jumpa dengan sahabat saya tu. Katanya arwah mengalami alahan yang sangat teruk terhadap ubat. Ubat yang diberi takde kena mengena pun dengan sakit arwah. Salah sape? Wallahualam.

Kata sahabat saya lagi : "Aku bukan tak sedih arwah pergi, dah masanya dia pergi aku tak boleh sedih, meratapi. Aku tak ralat sebab dalam masa sebulan lebih arwah sakit, aku dan adik beradik yang jaga arwah. Tapi aku yang paling lama jaga arwah. Dari arwah sakit sampailah arwah pergi. Makan, minum, mandi, basuh berak dan kencing arwah pun aku buat. Aku bangga dapat menjaga arwah sampai akhir hayatnya. Pesanan terakhir arwah, dia nak aku habiskan study sampai dapat degree ni walaupun apa yang terjadi."


Hampir menitis air mata saya bila sahabat saya tu meluahkan apa yang dia rasa. Saya mula terfikir, sempatkah saya berbakti untuk kedua ibu bapa saya ? Sempatkah saya membalas semua jasa mereka yang membesarkan saya? Doa saya setiap kali selepas solat agar saya diberi kesempatan untuk menjaga mereka tak kita sakit atau pun sihat. Semoga saya diberi peluang itu!

Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan soleh. Aminn.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, September 27, 2012

Little Reminder #1

Assalamualaikum :)

Allahumma yassir wala tu`assir, rabbi tammim bil khoir.

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, September 16, 2012

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum :)

Selamat pengantin baru untuk saya sendiri!

Eh, bukan-bukan, bukan saya! Gatalnya nak kawen hakhak. Selamat pengantin baru untuk akak blogger sorang ni, Kakak Anne bersama pasangannya Hakim. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan sehingga ke anak cucu, hingga ke syurga. Aminnn :)

Dicilok dari blog akak Anne.


Maaf kak tak dapat hadir majlis akak. Ralat ni T_T tapi apa boleh buat, ade kekangan yang tak dapat nak dielakkan. Saya doakan agar semuanya berjalan lancar. Jangan lupa update gambar banyak-banyak tahu! :)

Semoga berbahagia akak! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, September 12, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum :)

Dulu kononnya dia berjanji akan menjadi sahabat yang boleh dipercayai, dan orang itu boleh letakkan kepercayaan itu terhadap dia. Janji menjadi seorang sahabat yang sentiasa ade kalau orang itu perlukan dia.

Dari google.

Tapi apabila boyfriend/girlfriend/kawan baiknya muncul, dia terus lupakan orang itu. Mane janjimu wahai sahabat?

Orang itu tak kisah pun dia buat orang itu macam sampah pun. Orang itu dah lali dengan seorang yang bernama sahabat ni. Tapi apabila bertemu, selisih terlanggar bahu, dia buat seolah olah tak kenal orang itu. Ohh alangkah tak bergunanya rasa diri ni.

Apa salah orang itu sehingga diperlakukan sedemikian? Apakah orang itu hanya diperlukan untuk mengisi masa yang ditanggalkan boyfriend/girlfriend/kawan baiknya itu? Betapa kejamnya kau sahabat! 

Terima kasih jua kerana menyedarkan orang itu siapa dia sebenarnya.


Dear best friends, I missed you a lot! :(

Truly, deeply missed you!


Ps ; Terbaik punya jadual kelas semester ni. Kelas sampai ke malam. Saborr  je la.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, September 8, 2012

Random #7

Assalamualaikum :)

Perkara yang tidak dibawa ke alam kubur , tak usahlah dirunsingkan sangat. Allah kan ada. DIA boleh buat apa sahaja di luar imaginasi manusia. -Fedtri Yahya

Sama la seperti keadaan di bawah :

Sumber ; facebook

Selagi kita bernama manusia, ade je yang tak kena di mata sendiri mahupun orang lain. Setiap orang lain caranya. Usah peningkan kepala. Pekakkan telinga dan terus maju! Manusia tak berhak menilai, hanya Dia yang berhak. Yeahhh!




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tafsir Quran

Assalamualaikum :)

Kali ni saya nak kongsi Al-Quran yang disertakan maksud atau lebih dikenali dengan tafsir Quran. Saya bukan nak buat syarahan agama kat sini tapi just nak kongsi something yang saya tahu.

Quran ni kecil je. Dah kecil mesti ringan kan? Kalau dah ringan boleh dibawa ke mana-mana saje. Kalau dulu saya suka bagi alasan Quran besar sangat, tak larat nak bawak. Tapi sekarang takde alasan dah.

Harga tafsir ni pun sangat berpatutan! Ianya mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Dah macam promoter je. Hihi. Saya beli tahun lepas kalau tak silap dalam RM19. Kalau mampu beli novel yang harganya RM20 dan ke atas, kenapa tafsir yang jauh lebih murah tak boleh beli kan? 

Dulu pandang sebelah mata pun taknak. Ni la manusia selalu lalai. Hukhuk.

Saya punya keluaran Al Hidayah House of Quran . Kalau keluaran lain saya tak tahu la harganya macam mane. Mungkin berbeza.

Saya punya macam ni. Kulitnya nipis je. Kulit tak penting, yang penting isi dalamnya.


Ini kulitnya keras dan harganya kalau tak silap RM25.

See? Murahkan?

Selamat memiliki! Dia selalu ingat kita, dan insyaAllah kita pun selalu ingat Dia. Dia takkan biarkan hambaNya dalam kegelapan.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)