Blog Si Bakal Doktor

Tuesday, November 20, 2012

1 Muharram 1434 H


Assalamualaikum :)

1 Muharram. Hari pertama tahun baru mengikut kalendar Islam. 1 Muharram jugak saya kehilangan nenek.

Rabu minggu lepas, selepas submit semua projek,  saya buat keputusan balik rumah memandangkan cuti berbaki beberapa hari lagi. Saya sampai rumah dah waktu asar. Baru je sampai rumah abang saya call mintak semua siap-siap katanya nenek dah nazak. Saya terkejut sebab saya tak tahu pun nenek sakit tenat. Banyak dugaan terjadi sebelum bertolak balik kampung. Sudahnya 11 malam baru dapat bertolak.

Dalam perjalanan ke kampung, tepat jam 11.25 malam, pakcik telefon cakap nenek dah takde. Terkejut sangat! Dalam fikiran masa tu dok fikir sempat ke mak tengok arwah untuk kali terakhir. Risau yang teramat sangat. Mak saya ada kat Johor bersama kakak-kakak yang lain. Yang tinggal kat Kelantan hanya saya, abang dan ayah. Kami bertiga balik kampung dulu malam tu. Adik beradik lain semuanya balik malam tu jugak.

Sesampai kat kampung, perkara pertama saya kena ialah sindirin. Saya seorang je perempuan dari family saya yang sampai. Allah! Peritnya. Malas nak kecoh saya buat tak tahu je. Masuk dalam rumah terus saya duduk sebelah jenazah. Keluarkan surah Yassin dan belum apa-apa dah menangis teresak-esak. Allah je tahu perasaan masa tu. Nak habiskan satu surah Yassin tu punya la lama. Mane nak sapu air mata, mane nak kawal perasaan lagi. Maksu mintak saya dengan sepupu yang lain mengaji untuk arwah malam tu. Buat je la tak rugi pun.

Keesokannya waktu subuh saya lupa saya kat kampung. Tengok jam dah 6.30 pagi, tapi terfikir kenapa semua orang tak bangun lagi. Saya gagahkan diri bangun, ambil wudhuk sorang-sorang dan solat kat ruang tamu. Waktu nak angkat takbir baru saya teringat saya kat kampung sebab nenek meninggal semalam. Dan jenazah sebelah saya yang hanya dipisahkan dengan tirai. Perasaan masa tu memang takut tapi buat takde apa je. Lepas solat maksu saya sedar dan cakap jam tu awal 30 minit. Patutla takde sape pun bangun lagi. Kihkih.

Tepat jam 9 pagi arwah dimandikan. Pertama kali dalam hidup ni saya tengok orang mandikan jenazah. Saya teringin nak tolong mandikan sama tapi saya hanya mampu tengok je sebab teresak esak dah menangis. Mak tak dapat mandikan saya fikir saya mampu jadi wakil mak. Sampai kesudah saya hanya mampu tengok je. Ada sorang makcik ni panggil saya untuk cium arwah. Saya memang tak boleh kawal perasaan masa tu. Menangis sungguh-sungguh. Makcik tu pesan jangan bagi air mata menitis kat arwah. Sedaya upaya tahan air mata tu tak bagi jatuh. Alhamdulillah berjaya.

Ikutkan pakcik-pakcik arwah nak dikebumikan tepat jam  11 pagi. Tapi disebabkan mak saya tak sampai lagi, ada yang mintak tunggu mak dulu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mak. Saya tak putus-putus doa mak sempat cium arwah buat kali terakhir. Jangka masa tunggu tu hanya sepuluh minit tapi saya rasa lama sangat sebab orang dok gesa saya. Ada yang paksa saya telefon mak, ada yang paksa saya mintak cepatkan sikit. Allah! Tak pasal saya menangis lagi. Saya keseorangan dan saya takut untuk mak.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat mak dan adik beradik saya yang lain sempat cium arwah. Mak sangat tabah menghadapi kehilangan ni. Setitik air mata pun saya tak nampak. Tapi mak nampak pendiam sikit, mungkin terkilan takde bersama arwah masa arwah menghembuskan nafas terakhir.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pengkebumian arwah. Semuanya berjalan lancar. Semoga Allah merahmati dan tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Aminn. Al-Fatihah.


#Beberapa hari tak update tiba-tiba update yang panjang lebar. Hee.

#Kehilangan kali ni mengajar saya banyak perkara. Saya tak reti nak luahkan tapi saya tahu perkara tu.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, November 15, 2012

Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum :)

Solat sunat dhuha ni solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahri sedang naik setinggi lebih kurang tujuh hasta ( pukul 7 pagi sehingga waktu zohor). Sekurang-kurangnya boleh dikerjakan dua rakaat. Namun boleh dikerjakan empat, enam atau lapan rakaat.

Cara melakukan solat sunat dhuha :

  • Niat solat dhuha :

  • Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam.
  • Bacaan rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
  • Setelah selesai salam, lalu membaca doa :

Banyak kelebihan buat solat sunat Dhuha ni. Antaranya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhudanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan" (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)
Mungkin ada yang menganggap solat sunat dhuha ni solat yang remeh, tapi yang remeh ni la yang mendekatkan diri kepada Allah. Dan juga solat ni pembuka pintu rezeki, insyaAllah. Sahabat saya penah cakap solat ni boleh buat kita tenang. Even ada something yang membelenggu kita, kita tetap tenang menghadapi.
"Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar" Hadis riwayat Muslim
Apa yang paling penting, lakukan secara berterusan atau istiqamah. Memang susah pada mulanya. Cuba buat seminggu tanpa tinggal sehari pun, insyaAllah akan kekal berterusan dan kita akan merasai kelainannya. Dan rezeki akan datang dari arah yang tidak disangka-sangka, insyaAllah.

Solat sunat dhuha lebih mudah dari solat malam. Saya selalu sangat kecundang solat malam ni. Dah tidur memang susah dah nak bangun. Kihkih. Terima kasih buat sahabat saya yang selalu memperingati saya tentang kelebihan solat sunat ni. Semoga Allah sentiasa memberkati kamu :)

Sempena tahun baru Maal Hijrah ni, ayuh lakukan perubahan ye kawan-kawan! :)

Credit to : here

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum :)

Selamat menyambut Maal Hijrah, 1 Muharram 1434 H untuk semua umat Islam. Awal Muharram bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi. Betulkan saya jika saya salah :)

Cepatnya masa berlalu kan?

Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ye kawan-kawan.


Doa akhir tahun ni boleh di baca pada akhir waktu asar hari terakhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dan doa awal tahun dibaca 3 kali selepas waktu maghrib 1 Muharram. Doa ini sangat digalakkan sebelum kita memulakan 'hijrah' yang baru.

Lepas habis baca doa ni, tanamla azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Berhijrah menjadi hamba yang lebih baik pada pandangan Allah, berhijrah menjadi anak yang soleh dan solehah, sahabat dan saudara seagama yang baik. InsyaAllah doa beserta usaha Allah akan makbulkan.

Doa saya, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan membawa seribu keberkatan untuk kalian semua. InsyaAllah.

#Family syok pergi bercuti, tinggallah saya bersama abang yang suka membuli ni. T_T

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, November 12, 2012

Random #9

Assalamualaikum :)

Sumber : Facebook.

Jangan biarkan sebelah kiri sentiasa sibuk. Gandakan amalan agar sebelah kana pun bergerak sama. InsyaAllah :)

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, November 11, 2012

Little Reminder #3

Assalamualaikum :)

Sumber : Facebook.

Biarpun kau dipanggil sombong. Ianya sombong yang bermaruah. Wahai wanita, peliharanlah maruahmu kerana sekali ianya hilang takde gantinya!

Jangan terlalu murah dan pemurah!

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, November 1, 2012

Random #8

Assalamualaikum :)

Jangan sekadar jadi cerdik pandai atas kertas, tetapi bodoh dalam mengharungi sepak terajang kehidupan. - Hilal Asyraf

#tak guna sia siakan akal yang Allah bagi tu. Hipokrit!
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)