Blog Si Bakal Doktor

Monday, December 31, 2012

Pesanan Buat Muslimah

Assalamualaikum :)

Buat muslimah di luar sana tutuplah auratmu dengan sempurna. Jangan biarkan diri terus dibelenggu dosa. Jangan biarkan kaum Adam yang melihatmu juga dibelenggu dosa. Sanggupkah kita melihat ayah kita menanggung dosa kita di sana kelak?

Menutup aurat dengan sempurna tak semestinya bertudung labuh kan. Kita perempuan diwajibkan menutup aurat bukan diwajibkan pakai tudung labuh. Tapi seeloknya biarlah tudung yang dipakai tu melepasi bahagian dada, tak jarang (maksudnya tak menampakkan anggota dalam tudung). Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Tapi kalau nak lebih dari tu pun boleh. Perkara baik patut kita buat kan? Jangan anggap bertudung mengikut syarak tu leceh dan menyusahkan. Ramai yang anggap bila soal tutup aurat ni, tutup litup semua dan tudung pun yang besar-besar. Bukan macam tu ye semua. Sebab ada banyak lagi cara nak tutup aurat selain dari bertudung labuh. Sebab saya tahu ada je yang rasa bertudung labuh ni susah dan tak biasa nak buat.

" ...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu.. " [Surah An-Nur ; ayat 35]

Gambar dipetik dari SINI

Kat sini saya kongsikan tips awal untuk bertudung labuh ;

. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.


2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir. Boleh rujuk entry saya yang INI
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. 
Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. Tercari cari tudung Mesir bdang 60? Boleh jenguk SINI
Firman Allah swt "Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan) makan sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [Surah al-Akabut ; ayat 6]
Kredit untuk blog INI

Ingatlah, yang paling ramai dalam neraka itu perempuan. Yang paling penting menutup aurat dengan sempurna dan baru la belajar untuk bertudung labuh. Nak bertudung labuh terus takpe tapi janji istiqamah ye. Jadi, sama-samalah kita berdoa dan kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam setiap yang kita lakukan ini. Mohonlah kekuatan dari Allah bagi yang baru hendak berubah. Tak salah berubah jika berubah ke arah kebaikan :)

Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Kita manusia yang tak lepas dari buat kesalahan tapi itu bukan alasan kita ak boleh nak perbaiki diri lebih-lebih lagi bila kita dah tahu silap kita.

Tegur saya jika ada salah silap dalam entry ini :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, December 14, 2012

Random #12

Assalamualaikum :)

Stop making plans to be a better muslim later or when you grow older, don't wait till tomorrow... be a better muslim today.

Don't say " as long I say La Illah Ila Allah, before my last breath I will be guaranteed jannah" ! 

No one is guaranteed with Jannah.

Start saying NOW "La Illah Ila Allah"

Your first and last thought should be :la Illah Ila Allah"



Don't wait till tomorrow because if you plan and wait till tomorrow, you are planning and plotting against Allah!

Sumber : Islamic-Quotes

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Random #11

Assalamualaikum :)

Salam hari Jumaat :)

Dan seperti biasa renungan untuk hari Jumaat.

Saya petik dari sini


Kalau kita niat nak buat sesuatu, dan niat tu ikhlas dan kerana Allah, insyaAllah Allah akan tolong dan permudahkan jalan buat kita.

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, December 7, 2012

Random #10

Assalamuaalaikum :)

Renungan untuk hari Jumaat.


Kita ingat Allah, Allah seribu kali ingat kita. Selamat beramal! :)

#Hari ni dan esok kena attend kursus kawen. Haha. Next tima la story morinya.

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, December 5, 2012

Little Reminder #4

Assalamualaikum :)




Saya suka ayat di atas. Saya ambil kata-kata ni dari twitter Kak Kiera. Kadang-kadang orang salah faham dengan term tudung labuh ni. Perempuan yang bertudung labuh ni bukan bermaksud dia seorang ustazah yang berkelulusan ijazah agama, bukna bermaksud dia mahir dalam segala sudut agama. Tetapi dia hanyalah insan biasa.

Dulu saya pun fikir macam tu jugak. Tapi salah seorang sahabat saya pernah betulkan persepsi saya. Dia bagitahu saya walaupun dia bertudung labuh, dia banyak kekurangan dalam ilmu agama ni. Sometime pernah rasa malas nak baca buku agama sebabnya lebih pentingkan buku ilimiah yang lain, dan banyak lagi tak larat nak tulis kihkih. 

Tapi mostly yang pakai tudung labuh ni saya panggil ustazah :) Sebabnya mereka menjadi bahan rujukan saya jika saya ada kemusykilan terhadap sesuatu. Dan saya bertambah kagum dengan perempuan yang berpurdah atau berniqab. Disebalik purdah itu tersembunyi seribu satu kecantikan. Setakat ni saya takde lagi sahabat yang berpurdah dan insyaAllah akan ada di masa hadapan :)

Tanya pada lelaki, siapa taknak bakal isterinya menutup aurat dengan sempurna? Mesti semua nak. Pernah sahabat saya mintak saya carikan dia seseorang yang berpurdah. Amboiii, ingat saya ni ejen cari jodoh ke apa? Haha. InsyaAllah, awak nak yang terbaik, awak kena jadi yang terbaik dulu :)

Same goes to me , insyaAllah :)

Thanks a lot dan terima kasih berjuta-juta kat akak Kiera atas ucapan dan doa itu :)

#Tapi bertudung labuh mestilah seiring dengan perangai yang elok kan? Jangan disebabkan iri hati, sanggup berubah tapi tak ikhlas. Tak mau macam itu ok?

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)