Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, February 13, 2013

Kelebihan 10 Surah


10 Surah dalam AL-Quran yang dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah.


  • Surah Al-Fatihah : Dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  • Surah Yasin : Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari akhirat.
  • Surah Dukhan : Dapat membantu kita ketika mengahadapi ujian Allah SWT pada hari akhirat.
  • Surah Al-Waqiah : Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  • Surah Al-Mulk : Dapat meringankan azab di dalam kubur.
  • Surah Al-Kauthar : Dapat meleraikan segala perbalahan.
  • Surah Al-Kafirun : Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  • Surah Al-Ikhlas : Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafik.
  • Surah A--Falq : Dapat menghapus segala perasaan hasad dengki.
  • Surah An-Nas : Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was atau ragu.

Juga terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadilat, faedah dah hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca As-Sajdah ini ;

  • Baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan Surah Al-Mulk.
  • Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
  • Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam Lailatul Qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah Al-Mulk dan Surah As-Sajdah dipanggil surah penyelamat.

Dan saya pernah terbaca kita digalakkan membaca tiga surah di antara waktu maghrib dan isyak. Salah satunya  Surah A-Mulk. Lagi dua surah saya lupa. Heee. 

Ruang waktu antara maghrib dan isyak adalah waktu emas untuk Allah. 'Buang' semua urusan dunia seketika, 'kaut' ilmu dan pahala. [Dr Anwar Fazal]

#Kalau ada yang salah tolong tegur saya :)

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

9 125 tapak kaki: