Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, March 20, 2013

33 Pesan Nabi


Semalam ke kedai buku untuk habiskan baucer buku yang berbaki rm50 tu. Dalam kepala ni dok fikir nak beli novel. Tapi dah sampai kedai buku jadi blurr tak tahu nak pilih novel apa. Rasanya pekerja book store tu mesti pening tengok saya ke hulu ke hilir belek novel. Belinya tak. Hikhik.

Ampun ye. Huu.

Dah penat jalan dari satu rak ke satu rak, akhirnya saya berhenti kat open rak tu. Kat situ ada buku campur-campur. Buku yang dah dibaca pun ada situ. Kiranya boleh la baca sikit-sikit. Kalau berkenan boleh beli terus. Hee.

Dan saya pun terus jatuh hati dengan buku ni.


Kiri volume satu. Kanan volume 2.

Saya tak sempat baca lagi. Masih dalam plastik lagi. Saya ada baca sikit kat kedai tu, sangat menarik! Sebab tu tak teragak-agak beli dua sekali gus.

Buku ni komik tau. Tapi komik yang berkisarkan pesan-pesan Nabi. Sangat kreatif cara persembahan buku ni. Buku ni asalkan dari penulis Indonesia tapi dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Buku macam ni sangat la sesuai bagi orang macam saya ni. Kalau baca buku agama dengan buku sirah mesti mengantuk terus. Buku lain takde pun nak mengantuk segala. Dengan buku ni secara tak langsung boleh menarik minat orang macam saya ni nak membaca! Hihi.

Dah balik baru perasan yang takde sebijik novel pun saya beli. Wahhhh! Ajaib ni. Perancangan Allah tu lebih teratur kan. Niat lain tapi at last lain yang dibeli. Alhamdulillah. 

Ayuh, dapatkan segera! ^_^


Nak cukupkan rm50 tu ambil la buku 'Dibah Debab' ni untuk anak sedare saya, kakak. Mesti kakak gelak baca tajuk ni. Hihi.


Maka, dengan rasminya habis la bb1m tu. Noktah !



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

5 125 tapak kaki:

kiera'sakura said...

wahhhhh akak pun kalau buku kartun berkaler rajin la nak baca ngehngehngeh

HeNRieTTa JoSe said...

eeehhhh...bestnye buku tu...nak cr jugak nie...dah lamer xlaypark hasani....

ayut said...

akhirnya abis dah baucer digunakan...buku tu nmpak menarik.cover dia pon nampak mcm tak heavy sgt kandungannya.mgkn penyampaian ye secara santai kot ni...

kay_are said...

habis dah? cepatnye..

saiful nazaree said...

assalamualaikum,

jika berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP dengan kadar diskaun yang menarik, sila hubungi saya di saifulnazaree@gmail.com... kadar diskaun menarik hanya sah pada belian tunai sahaja. terima kasih