Blog Si Bakal Doktor

Friday, April 5, 2013

Kek Lapis Sarawak


Erkk dah lama pun habis kek lapis ni. Dah habis hadam dah pun. Kihkih.

Macam ni gayanya kalau dah guna kamera cap ayam. Ngehngeh.

Masa mula-mula nak order tu fikir banyak kali dulu. Sebabnya saya tak tahu macam mana rasanya kek lapis Sarawak. Takut tak termakan je. Saya ni bukan jenis yang suka mencuba makanan baru. Tanya kawan-kawan yang pernah makan, dorang cakap sedap tapi kena pandai pilih perisa la.

Jadi saya buat keputusan beli jugak. Beli yang perisa oreo. Oyeahhh! Yang tak menahannya beli dua bijik terus. Kihkih.

Satu biji untuk budak-budak rumah ni, satu biji lagi bawak balik rumah. Satu perangai saya yang tak boleh ubah sampai sekarang, saya suka hidu bau makanan tu dulu. Masa hidu kek lapis ni saya bau susu atau butter macam tu. Eh betulkah? Saya dah mula risau. Asal ada je bau susu saya memang tak boleh makan.

Bagi la housemates rasa dulu dan dorang cakap sedap sangat sampai tak cukup sorang satu slice. Hehe. Saya dengan takut-takut makan jugak. Dannnnn memang sangat sedapppp! Wahhh memang tak rugi beli. Bagi saya letak dalam fridge lagi sedap dimakan. Yummy!

Dari mana saya tempah? Dari SINI. Sebijik kek lapis ni berharga RM25.

Anda berminat? 



Sila rajinkan diri anda ke blog Selera Sakura

Selera Sakura ni menerima tempahan kek karamel, apam polkadot dan banyak lagi. Kalau sekitar Johor Bharu boleh pick up sendiri atau dihantar. Tunggu apa lagi? Jemputlah ke teratak sakura ^_^



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

13 125 tapak kaki:

♥ CIKZEK ♥ said...

boleh pos eh ? sedapnyaaa ! dh lamaaa mengidam kek lapis sarawak -__-

HeNRieTTa JoSe said...

Yummy...mak rietta suka yg masam masam sket...rietta plak suka yg choc....tpi xmnat sgt...

Pss...dorg jual serumpun tu rm 4....sebenarnya bkn serumpun pown...sepokok jerr...subur....

Hashira Yusoff said...

hah shira dah tempah dgn member.. dia duk sarawak, alang2 tu suh la dia pilih. kita ni xpenah mkn. perisa apa ye yg sedap?

ummuaidan said...

aim royat sedap...mace teringin nok try pulok doh..heheh

missSenget said...

kenapa tak sampai pn sebuku kt akak..? ehem..

نورعيم said...

@Hashira Yusoff sy suka yg oreo. sedap sgt!

نورعيم said...

@♥ CIKZEK ♥ boleh je pos. sila2 jenguk selera sakura :)

نورعيم said...

@HeNRieTTa JoSe setakat ni penah try yg oreo je. lain kali try lg. hihi.

نورعيم said...

@ummuaidan try kak. xrugi pun. huhu.

نورعيم said...

@missSenget alamak! lupa kt akak ipar. hahaha.

nik ros said...

wah..sedapnya. masih teringta lagi kek lapis yg hubby sis beli aritu kat swak.sedap

kiera'sakura said...

kek lapis yang akak sunah buat memang sedap!!! :D

QA's ~ mamapapa said...

Nyum2..sedapnye kek lapis.,dan2 rsa nk og carik ni :)