Blog Si Bakal Doktor

Sunday, June 9, 2013

Dengan Lafaz Bismillah



Bismillah..

Saya mulakan impian saya tu bulan lepas. Alhamdulillah hampir sebulan dah. Alhamdulillah ada sahabat yang sentiasa bagi saya sokongan untuk meneruskan impian tu. Alhamdulillah syukur saya punyai sahabat yang terbaik. Yang mana sebelum ni saya sendiri tak terfikir dia akan sokong impian saya ni. Alhamdulillah.

Sehabis daya saya sorok dari pengetahuan dia. Tapi sejauh mana boleh sorok kan. Dia tahu juga. Paling saya terharu, dia sms saya dan cakap "Aim cantik dengan imej sekarang. Alhamdulillah. Tahniah dan semoga berterusan. Saya bangga dengan awak."

Okeyy, sangat terharu. Serius, memang tak tipu sangat terharu bila dia cakap macam tu.

Dia memang terkejut tapi dia bangga sebab saya mampu realisasikan impian sendiri. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

Walaupun mak ayah tak izinkan, tapi Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sangat memahami dan sentiasa menyokong.

Setiap masa saya berdoa supaya dilembutkan hati mak dan ayah saya. Restu mereka amat saya perlukan. Moga satu hari nanti Allah lembutkan hati mereka, inshaAllah.

Moga Allah permudahkan jalan buat saya.

Moga Allah tabahkan hati menghadapi dugaan yang mendatang.

Ameen.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

5 125 tapak kaki:

kay_are said...

perubahan kepada sesuatu yang lebih baik? tahniah!

QA's ~ mamapapa said...

salam,aim...apekah yg berubah tu agaknya..inshaaAllah jika ke arah kebaikan atau yg lebih baik..pasti mak & ayah akhirnya kan terima ngan lapang dada :)

Anonymous said...

klo blog ni ade button like confirm aku klik..

نورعيم said...

@Anonymous hahaha siapakah iniiii?

kiera'sakura said...

ALhamdulilah, tahniah dik. akak sentiasa ada belakang awak :)