Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, July 10, 2013

[Beware] : Hadis Palsu



Sebelum ada baca pasal hadis palsu ni, tapi just baca. Saya taktahu sahih ke tak berita tu. Jadi tunggu dan lihat. Nak sebarkan kat orang pun jadi takut. Yela, ilmu pun tak banyak sangat kan. Nak sebar benda tapi dari sumber yang salah. Habis kacau bilau nanti.

Tanya kakak naqibah saya pasal sebaran hadis palsu ni. Dia cakap sekarang kena hati-hati. Ramai je musuh Islam nak jatuhkan Islam tu sendiri dengan sebaran hadis-hadis palsu macam ni. Itu pentingnya ilmu akhirat. Bila ada orang sebarkan benda salah, kita boleh detect dan tahu. Takde la melulu je terima sesuatu sebaran tu.

Jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat orang ni. Banyak cara musuh nak jatuhkan Islam tu sendiri. Lagi-lagi kat laman sosial. Bersepah pages yang kononnya sebarkan hadis-hadis yang sahih tapi kita taktahu kesahihahnnya macam ni. Siasat dulu kebenarannya, baru la kita boleh follow :)


Kat atas ni salah satu hadis palsu. Saya ambil dari wall facebook kakak naqibah saya. Bila baca hadis palsu ni papppp! macam kena tampar. If kita taktahu ni hadis palsu dan kita pegang hadis ni, macam mana? Allahu. Taktahu nak cakap macam mana.

Jangan dibaca dan disebarkan hadis palsu fadhilat solat tarawih setiap malam, nanti kita termasuk dalam golongan yang berdusta ke atas Nabi SAW yang dilarang keras oleh Baginda SAW.

Kesimpulannya, jangan cepat percaya ye dengan sebaran yang ada. Siasat dulu betul atau tidak.

#Selamat berbuka kalian :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

9 125 tapak kaki:

QA's ~ mamapapa said...

salam,aim:) rindu aim..betul tu..k imi dulu zaman2 kt skolah faris ..siap tampal kt pintu locker..dh tua2 ni baru tau yg itu hadis palsu,caplesss btul,ehehe!!

Ummiarissa Mahdi said...

betul tu,dulu-dulu kita main terima saja segala hadis-hadis yang orang tulis...tak bertanya dengan yang pakar...elok juga diingatkan pada yang lain..

Mas2raNasarudin said...

Salam kak ! hehe..

Yups.Jangan mudah percaya sesuatu tu walaupun daripada ustz huhuhu..kita kena kaji juga.

HeNRieTTa JoSe said...

dulu pown rietta igt btul...dah lamer bru rietta tahu yg ini salah....

psss...selamat berpuasa Aim..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bahaya skg ni..

Melati Qistyna's Mummy said...

Salam dik....

Selmt menjalani Ibadan puasa Ye :)

Hanis MY said...

ish2 macey2 loni... gapo2 poms selamat berpuasa aim...

ummuaidan said...

susoh jgk nok bzyg palsu atau dok..tp always refer back nge hadis riwayat bukhari n muslim..

kiera'sakura said...

akak memang takut nak sebarkan benda yang kita tatau sahih ke x nie. klu sahih bru berani share klu tidak tnye ustaz/ustazah dlu. mereka lebih arif