Blog Si Bakal Doktor

Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah Wa Syukurillah.


Alhamdulillah Wa Syukurillah.

Sangat suka tengok suasana kelas semester ni. Semalam, masuk kelas ternampak satu pemandangan yang sangat indah. Dalam hati terus ucap Alhamdulillah. Syukur kepada Allah bagi hidayah dan peluang kepada dia untuk sama-sama berkongsi rasa itu.

Seorang lagi classmate saya melalui proses penghijrahan. Semalam kali pertama tengok dia selepas cuti semester. Dia sudah mula bertudung labuh. Tudung labuh yang bulat tu Alhamdulillah :)

Sebelum ni seorang lagi classmate saya melalui proses tranformation tu. Kali ni tambah lagi seorang. Allah! Allah! Allah! Betapa gembiranya saya tengok sahabat-sahabat saya melalui proses penghijrahan ini. Saya tahu macam mane perasaan awak semua :)

Abaikan mulut orang yang mengata tu (if ada la). Abaikan dan doa supaya orang yang mengata awak tu turut sama dapat hidayah dan petunjuk Allah. Biar mereka turut sama merasa macam mana perasaan sweet yang Allah bagi tu ^_^

Awak, saya suka dengan penampilan awak sekarang! Kekalkan dan semoga istiqamah dengan apa yang awak pakai ni. Bila tudung dan pakaian dah comel, attitude dan tingkah laku pun kena jaga ye. Biar keduanya seiring sejalan, inshaAllah.

Saya tahu awak mampu lakukannya. Biiznillah :)

Semoga menjadi muslimah sejati.

Fi hifzillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: