Blog Si Bakal Doktor

Monday, September 16, 2013

Bulatan Gembira


Esok cuti kan?

Esok ada dating dengan kakak-kakak yang sangat awesomeeee!

Dating dalam bulatan gembira ^_^



Apa itu bulatan gembira?

Bulatan gembira tu nama comel bagi usrah. Hah, pernah dengar apa itu usrah? Mesti tahu kan. Usrah tu membawa maksud keluarga. Jadinya, sebuah keluarga yang berhimpun dan duduk dalam bulatan sambil mentadabur ayat Al-Quran dan mengisi makanan untuk rohani.

Okeyy, itu definisi saya sendiri. Hihihi.

Sebuah keluarga tu tak bermaksud keluarga yang ada ayah, ibu dan adik beradik je. Keluarga ni boleh juga sahabat handai :)

Alhamdulillah. Ahli-ahli bulatan gembira saya semuanya awesome dan tersangat awesome! Betapa beruntungnya kenal mereka. Berdiri sebelah mereka, baru lah tahu betapa kerdilnya diri ini. Huu.


Usrah itu Untuk Semua Rasa Allah Hebat.


Dari usrah atau bulatan gembira ni, saya dibawa ke program daurah kemudiannya rehlah. Di program daurah tu, saya dibasuh sebasuhnya T_T sebelum masuk zone dakwah dan tarbiyyah, kakak-kakak yang awesome tu bersihkan dulu hati ni dari perkara-perkara jahiliyyah.

Selingan, perkara jahiliyyah tu bukan sekadar buang anak perempaun, sembah berhala tapi perasaan riak dan takbur itu pun dikategorikan jahiliyyah. Okeyyy, tu masuk part lain ye. Hee.

Bak kata Kak Hajar, perkara pertama kena bersihkan ialah HATI. Jika hati bersih inshaAllah yang lain ikut bersih. Jangan bersihkan luaran tapi dalaman iaitu hati hitam legam lagi. Huu.

'ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya. ingatlah ia adalah hati ). 

[diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

Allah! Allah! Allah! Betapa beruntungnya menjadi insan terpilih untuk menghadiri bulatan gembira ni.

Yukkk, bentukkan bulatan gembira kita sendiri :)

Biidznillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: