Blog Si Bakal Doktor

Monday, September 30, 2013

Itu Semua Salah Aku



Minggu lepas dengar cerita lain.
Minggu ni cerita baru pulak keluar.

Hebat!

Betapa femesnya aku sekarang ni.
Tak sangka kan?

Tipulah kalau aku cakap aku tak terkesan langsung dengan cerita tu.
Tipulah kalau aku cakap aku langsung tak menangis.
Memang aku tipu lah!

Masa aku tahu cerita, masa tu jugak aku menangis.
Tak percaya?
Tak perlu percaya.

Dah lama aku tahan daripada menangis.
Walaupun tekanan tu setinggi gunung pun, aku tahan diri daripada menangis.
Aku taknak jadi orang yang lembik.
Aku taknak orang lain kesian dekat aku.
Aku taknak minta simpati orang lain.

Kata lah aku macam-macam, aku tetap kebal.
Kata lah aku macam-macam pun, aku tetap di panggil brutal tak ada perasaan.
Tapi kali ni memang aku tewas.

Sebabnya aku memang tak sangka.
Aku sangat tak sangka orang boleh kata aku macam tu.

Aku dilabel berlagak.
Aku dilabel taste tinggi.
Aku dilabel taknak satu group dengan golongan tak pandai.
Aku dilabel nak satu group dengan budak pandai-pandai je.
Kesiannya dekat ahli group lama aku dulu, kata si penyebar tu.

Apakah???
Apakah yang terjadi??

Kau cakap tu kau tahu ke tidak keadaan sebenar?
Kau tahu ke tidak hakikatnya aku yang ditendang keluar dulu?

Aku yang terkontang kanting takde group untuk group project.
Aku yang pergi cari orang lain, nak masuk group mereka.
Aku yang tebalkan muka minta nak masuk group lain.
Tapi aku yang dikatakan berlagak taknak masuk group lama?

Macam mane kau boleh cakap aku pentingkan diri sendiri?
Macam mane kau boleh cakap aku berlagak?
Macam mane kau boleh cakap aku macam-macam?
Macam mana?

Boleh kau explain dekat aku?

Aku cuba lagi bersangka baik. Mungkin ini semua salah faham.

Kalau orang bagi tahi dekat kita, jangan kita bagi tahi balik. Tapi kita bagi bunga. Biar dia rasa terharu.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

2 125 tapak kaki:

HeNRieTTa JoSe said...

sabra jerr aim...hdup mmg penuh dgn dugaan...yang pting group mana pown aim ada, aim kna usaha utk terus Berjaya...biar lah apa orang nak kata...biar sakit dihati tu, kita ubati dengan kejayaan...

pss...anak anak berlima nie mmg selalu buat kak rietta hilang tension...ada ada jerr la jawapan dorg klu disoal...

adilah arshad said...

mohon akak tabah ya :') manusia memang macam macam perangai dia. unmatured. eheh.