Blog Si Bakal Doktor

Saturday, October 5, 2013

Kenapa Kita Hidup?


Semalam dapat mesej dari seseorang yang saya anggap macam adik saya iaitu Ila. Dia tanya saya satu soalan yang berbunyi "kenapa kita hidup di dunia ini". Katanya ada yang bertanyakan dia soalan ini.

Saya suka bila dia mesej dan tanya saya macam-macam. Sesungguhnya dia antara hamba Allah yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Akak bangga dengan Ila :) Maaf ye semalam akak balas pendek dengan bagi nama-nama surah saja. Akak tak larat nak taip panjang-panjang :p

Bagi menjawab soalan Ila tu, akak buat entry ni ^_^

Kenapa kita hidup di dunia ni?

Banyak sebab kita dipilih oleh Allah untuk hidup di dunia. Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan tujuan kita dilahirkan ke dunia. Kita, manusia yang dikurniakan akal di pilih oleh Allah untuk menjadi khalifah. Khalifah yang akan menyebarkan ilmu Allah.

Antara ayat-ayat cinta Allah yang menerangkan tujuan hidup kita :

Untuk beribadah kepada Allah.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." [ Adz-Dzariyat ; 56]

Untuk kita menjadi khalifah.
"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hemdak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani."  [ Al-An'am ; 165]


Untuk kita bersujud menyembah Allah.

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."  [Al-Bayyinah ; 98]

Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran ; 104]

Allah tidak menjadikan kita sia-sia.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptsksn ksmu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun ; 115]


Setakat ni saja akak mampu tolong Ila. Harap sangat dapat membantu :)

Fi hifzillah sayang. Jaga diri. Jaga iman comel-comel.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

3 125 tapak kaki:

adilah arshad said...

okay makin terharu :'D terima kasih banyak akak :'* sungguh akak sangat banyak membantu ila :')

ain diyana said...

selalu jugak fikir .. kenapa aku hidup didunia ni.. cukup ke amalan aku untuk bertemu Allah nanti..

hmmm.. bila dok pikir tu yg buat x tido malam tu..

however, very nice info... thank u :)

Saddam_Jamaludin(Honoured Strider) said...

Saya taip di google dan Allah swt berikan hidayah melalui blog ini :) :)