Blog Si Bakal Doktor

Monday, October 28, 2013

Minggu Tangisan


Minggu lepas minggu tangisan buat diri sendiri.
Banyak sangat benda jadi minggu lepas sehingga tak mampu nak tahan air mata tu.

Bermula dengan software dalam laptop rosak. Waktu tu perlukan sangat software tu untuk siapkan assignment. Nak pinjam kawan punya dia pun tengah guna. Akhirnya, kena tunggu kawan siapkan dia punya dulu.

Selang beberapa hari laptop pulak rosak setelah empat tahun guna. Kali ni terus tak boleh on langsung. Mintak tolong kawan tengokkan, katanya motherboard rosak =.=' kalau dah rosak motherboard tak guna baiki sebab akan rosak balik.

Allahu.

Selang beberapa hari selepas laptop sendiri rosak, saya rosakkan laptop housemate pulak =.=' sungguh, tak perasan langsung laptop ada dekat kaki masa saya tidur. Sedar-sedar bum bum kebabom jatuh.

Allah!

Tak cukup dengan masalah yang sedia ada, saya tambah lagi masalah. Tambah kusut kepala ni. Waktu tu memang tak boleh fikir apa pun. Hanya mampu menangis dan pujuk diri sendiri ada sebab jadinya semua tu.

Semester ni sangat memerlukan laptop sebab kena install satu software ni. Takkan nak pinjam laptop orang untuk install benda tu. Installer saja dah 12.3G besarnya. Bila install perlukan space yang besar dan banyak kemungkinan jadi tengah install software tu. Laptop kawan sampai kena format balik sebabnya salah step masa install. Dah tu takkan nak pinjam laptop orang kan?

Allahu.

Semester ni semua subjek ada project. Project bukan assignment. Sekarang ni nak buat apa-apa kena tunggu orang lain siapkan kerja dulu baru lah saya mula buat.

Sesak.

Sekarang, tengah cari jalan kumpul duit beli laptop baru T_T

La tahzan Aim. Innallah ma'ana.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

13 125 tapak kaki:

inche hlovate said...

semua ni ade hikmh..harap awak tabah ye

sepat said...

Sabar..

Nida Husna said...

banyaknya dugaan. sabo2 =)

Amy said...

dik aim...kuat syg...

ana fatihah said...

La tahzan. Stp musibah pasti ada hikmahnya. :')

Adilah Arshad said...

Allahu kakak :')mohon kakak kuat ya? insyaAllah akak boleh. ila doakan akak :*

Ahsfantasy Ryu said...

Mohon tabah atas setiap dugaan,
lama tak datang sini :)

nik ros said...

sabar yea dik.sis yg baca ni rasa sedih. dugaan untuk awak tu

Hafizin Jamil said...

software apa yang pakai banyak space macam tu sekali?

sal ya said...

salam... dah lama tak ke sini sbb laptop pn sakit. ini baru pulih. huhu... setiap dugaan ada hikmah disebaliknya kan?

ayut said...

Sama la kita aim...allah tgh menguji sbb allah syg...sabar la yer...

najmi nawawi (juon) said...

la tahzan

HeNRieTTa JoSe said...

banyakkan bersabar yea dik...ALLAH menduga kita, sebab DIA syang...