Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, October 9, 2013

Penangan Derma Darah



Semalam derma darah sekali lagi. Ada kawan tanya buat apa derma darah, sakit je kan dapatnya. Bagi saya sekarang waktu saya membantu orang yang perlukan darah tu. Mana tahu satu hari nanti saya pulak perlukan darah tu. Saya tolong apa yang saya mampu sahaja. Nak bagi harta karun tu memang tak mampu la kan =.='

Staf yang checking kita layak ke tak derma darah tu lelaki. Saya dah mula risau. Saya taknak lelaki tu yang checking saya. Saya taknak dia sentuh saya. Sampai giliran saya, saya request staf perempuan tu. Alhamdulillah staf perempuan tu memahami kehendak saya :)

Nak dijadikan cerita. Pertama kali saya derma dulu, saya pening-pening selepas darah diambil. Jadi dokter buat keputusan kurangkan amount darah tu. Tapi kali ni lagi teruk dari sebelumnya. Hahaha.

Sebaik saja jarum ditarik dari tangan saya, saya nampak darah kawan saya. Terus pening, mata mula kabur dan pengsannn!! Haha. Saya sempat tepuk orang sebelah (saya tak kenal pun siapa) sebab tak tahan sakit sebelum pengsan tu. Yang saya ingat datang seorang nurse panggil nama saya suruh bangun dan dia naikkan kerusi saya tu.

Bila dah sedar tu nampak kawan saya tersengih depan saya. Hehe. Nurse tu datang bagi air milo. Saya dah macam pak turut ikut je nurse tu cakap. Bila dah rasa ok je, saya request dekat pegawai tu nak turun. Boring kot baring je kat kerusi tu.

Dah settle semua saya ke tempat lain. Masa tu rasa lain macam dah. Rasa macam sebelum pengsan tadi. Semua pakat tegur muka saya pucat. Suruh duduk, saya duduk. Tapi tak boleh. Sakit sakit. Last sekali kawan saya yang dari tadi teman saya bawa saya ke tempat derma darah balik. Sebaik sampai je debukkkk pengsan sekali lagi!!! Hahaha.

Okeyy, best gelak dekat diri sendiri. Buat kali kedua jadi penghuni kerusi tu. Duduk la situ sampai betul-betul ok. Dapat air 100 free plus pulak. Hehe. Nurse benarkan saya balik selepas agak lamanyaa saya baring situ.

Dah sampai rumah debukkk tidur tak sedarkan diri akibat sakit kepala. Huuu.



P/s : Saya kumpulan darah O :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

6 125 tapak kaki:

Hafizin Jamil said...

tak pernah derma darah.. hehe

Adilah Arshad said...

saya takut darah. fobia tengok darah banyak banyak -.-

ayut said...

ayut pon darah O...lama tak derma darah.ayut prnh skali je pengsan...last derma..sblm tu xde...

♥ ROS ♥ said...

Ros pun tkut nak derma darah..hehhhe
Aim, ros rindu.... Lama xdtg sini :(

HeNRieTTa JoSe said...

Laen kli jgn smpai mudarat diri yea....mungkin perut ksong x? Ataw mmg xbleh tgk drah....

نورعيم said...

@HeNRieTTa JoSemmg tak boleh tengok darah pun kak. hikhik.