Blog Si Bakal Doktor

Saturday, October 5, 2013

Sayang Diri Sendiri


Allahuakbar!!

Petang tadi housemate tunjuk video pasangan kekasih yang syok sendiri. Dekat facebook memang dah luas tersebar. Rasanya umur budak berdua tu dalam lingkungan belasan tahun lagi. Allahuakbar. Saya sendiri malu tengok video tu. Budak-budak zaman sekarang terlampau advance.

Muslimat, kenapa murah sangat harga diri tu?

Kita ni perempuan, maruah kena jaga.

Sekali tergadai tak ada galang gantinya.
Sekali tergadai tak boleh undur dah.
Sekali tergadai menyesal seumur hidup.
Menangis air mata darah sekalipun, ianya takkan kembali dah.

Muslimat, kenapa terlalu percaya dengan janji-janji manis lelaki?

Bukan semua lelaki boleh dipercayai.
Sepuluh  mereka cakap, satu pun tak boleh percaya.
Jangan lah mudah terpedaya.
Simpan walaupun sedikit perasaan tidak percayakan lelaki.

Sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain.
Percayakan diri sendiri dulu sebelum percayakan orang lain.

Tolonglah muslimat sekalian, jaga diri, jaga maruah.
Jaga diri untuk yang halal.
Biar nampak mahal sebab balasannya pun nanti sangat lumayan.

Jaga diri baik-baik muslimat yang disayangi.
Allah suka, Allah sayang, dan hidup pun tenang  ^_^


-----------------------------------------------------------------------------------------



Saya bukan anti lelaki tapi saya susah nak percayakan lelaki. Ada bezakan antara dua tu?

Kakak saya selalu pesan (kakak saya yang berkahwin lebih 10 tahun dah), jangan percayakan lelaki terutama sekali suami seratus peratus. Simpan sedikit rasa tidak percaya itu. Jangan percaya kat sini bukan nak derhaka, tapi untuk masa depan sendiri. Kehidupan akan datang kita tak tahu macam mana.

Lagi satu, kakak pesan bila dah berumah tangga esok lusa, jangan sesekali berhenti kerja. Maksudnya jangan biar kita yang perempuan ni tak ada side income sendiri. Nak berhenti kerja boleh tapi sebaiknya buat lah kerja dari rumah. Itu pun untuk kebaikan diri sendiri.

Saya tanya kenapa perlunya ada side income sendiri. Kakak jawab "esok lusa kita taktahu suami kita tu milik kita atau tidak. Suami tu hanya pinjaman dari Allah untuk kita. Ditakdirkan suami taknak kita dan kita dibuang macam tu saja, apa kita nak buat?" Okeyy, terdiam bila kakak jawab macam tu. Huu.

Dan makin lama, makin scary nak kahwin. Huuuu.

Orang yang makan garam dulu banyak pengalaman. Banyak nasihat yang dapat.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

2 125 tapak kaki:

ana fatihah said...

so true. kita xblh percaya dgn lelaki 100% walaupun dah lama knl. satu lg kita sbg muslimah kena kuatkan hati,jgn bila kena puji sikit dgn lelaki trs jadi lmbik..
Wallahu a'lam. :)

adilah arshad said...

oh my. seram pulak bila terbaca entry kakak kita ni :'p fuh. mohon kita dilindungi selalu.