Blog Si Bakal Doktor

Tuesday, January 22, 2013

Know Your Mahrams

Assalamualaikum :)


Mari perbaiki diri :)

#Will be undur-ing diri for long period of time. I dont know how long it takes. So do miss me ya?  ^__^

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, January 14, 2013

Pengecualian Kredit UiTM


Saya pernah tulis dalam blog pasal pengecualian kredit. Ada yang bertanya tapi sampai kesudah saya lupa nak buat entry pasal ni. Ini pengecualian kredit subjek untuk UiTM sahaja. Universiti lain, maaf saya tak tahu ada ke tidak.

Pengecualian kredit (PK) subjek ni hanya boleh dimohon jika awak dari diploma UiTM atau kolej bersekutu UiTM sahaja. Kiranya kalau awak dari universiti lain sambung belajar di UiTM, awak memang takkan dapat PK ni. Dan awak kena mulai dengan semester satu. Bagi yang dapat PK ni boleh mula belajar dengan semester dua, tiga atau empat bergantung kepada course yang awak buat. Kat sini awak dah boleh jimat dua atau tiga semester.

Syarat lain untuk permohonan PK ni ialah awak mesti dari fakulti yang sama. Sebagai contoh saya dulu dari Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (CS) dan sambung ke Ijazah Statistik juga dari fakulti CS. Jadinya saya layak dapat PK untuk semua subjek yang saya belajar masa diploma dulu. Masuk ijazah saya start belajar dengan subjek baru. Kira-kira 13 subjek dan lebih 30 total kredit hours saya dapat PK. Banyakkan? Saya dapat jimat dua semester dan mula dengan semester tiga tahun kedua.

Contoh lain : Diploma dulu awak dari fakulti Accountancy (AC) dan nak sambung ke ijazah Hotel Management (HM), awak takkan dapat PK sebab lain course, lain fakulti. Mungkin ade subjek yang dapat PK tapi tak banyak. Dan awak tetap mula dengan semester satu. Faham? Hee. PK ni boleh apply asalkan cukup syarat fakulti.

Tapi yang dari matrik atau STPM takkan dapat PK ye. Sebab awak dikira pelajar baru yang perlu menjalani minggu orientasi. Yang dapat PK dipanggil pelajar penerapan diploma.

Dapat PK untung sebab degree akan jadi cepat dan singkat. Macam kawan-kawan saya ijazah dorang hanya dua tahun termasuk praktikal, tapi saya memakan masa dua tahun setengah termasuk praktikal. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar. Saya akan habis belajar nanti sama dengan kawan saya yang dari matrik.

Kalau nak cepat habis lagi lepas semester tiga diploma, UiTM tawarkan penerapan ke ijazah terus. Maknanya tak habis diploma lagi tapi boleh langkau terus ke ijazah dengan syarat pointer kena 3.0 ke atas. Saya dengan kawan saya yang buat penerapan ni beza dua semester. Esok lusa dorang dah nak habis pun. Saya ke terkongtang kating lagi belajar. Hihi.

Jadi adik-adik yang baru habis SPM tu, jangan risau kalau adik-adik dapat diploma nanti. Diploma pun ok je. Dan jangan sedih kalau dapat diploma UiTM. Belajar kat mane-mane pun sama asalkan usaha itu ada :)

Boleh rujuk SINI untuk survey course yang ada di UiTM.
Dan SINI untuk fakulti saya. Fakulti saya termasuk dengan course matematik.

#Kalau ada yang tak faham boleh je tanya :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, January 8, 2013

Random #13



Pesanan buat lelaki ;


Awak nak perempuan yang baik-baik, jadinya awak pun kena lah jadi baik jugak. Awak nak perempuan yang bertudung, pandai jaga diri, solehah, awak pun kena pandai jaga diri jugak, soleh dan kenal tikar sejadah tu. Mesti awak taknak zaujah awak nanti disentuh Adam lain kan? Jadi awak pun kena lah buat benda sama!





Awak lelaki, awak sepatutnya yang membimbing perempuan tu ke arah yang lebih baik. Tegur dia jika dia tersasar dari jalan Allah. Jangan awak sekali tersasar sama. Perempuan yang bergelar isteri awak tu amanah awak. Jangan sampai awak digelar lelaki yang dayus. Aurat dia tanggungjawab awak.

Dan pesanan untuk kaum Hawa jugak :




Kahkah. Jangan terlampau percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut kaum Adam ni. Hahaha ;p  Jangan marah, selingan untuk malam ini :)

Selamat malam dan selamat beramal. 

Sumber : twitter

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)