Blog Si Bakal Doktor

Thursday, March 28, 2013

Gunung Stong, Yuk!



Esok sampai sabtu, saya akan ke Gunung Stong State Park Resort untuk satu kem fasilitator. Resort ni berlatar belakangkan Air Terjun Jelawat yang tertinggi di Asia Tenggara dan banjaran Gunung Stong. Disamping ceramah, ada aktiviti daki gunung. Wahhhhhhh!

Okeyy saya tengah excited nak pergi sebabnya  tak pernah sekalipun saya sampai kat sana. Nama je anak jati daerah tu tapi jejak kaki pun tak pernah. Hihi.

Jadi, esok adalah harinya.

Sanggup google nak tahu tempat tu macam mane. Hee.

Tempatnya cantik.

Banyak berjalan rupanya semester ni. Banyak berjalan banyak burn kelas. Banyak burn kelas banyak ketinggalan. Hmm.

Ni la akibatnya.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, March 20, 2013

33 Pesan Nabi


Semalam ke kedai buku untuk habiskan baucer buku yang berbaki rm50 tu. Dalam kepala ni dok fikir nak beli novel. Tapi dah sampai kedai buku jadi blurr tak tahu nak pilih novel apa. Rasanya pekerja book store tu mesti pening tengok saya ke hulu ke hilir belek novel. Belinya tak. Hikhik.

Ampun ye. Huu.

Dah penat jalan dari satu rak ke satu rak, akhirnya saya berhenti kat open rak tu. Kat situ ada buku campur-campur. Buku yang dah dibaca pun ada situ. Kiranya boleh la baca sikit-sikit. Kalau berkenan boleh beli terus. Hee.

Dan saya pun terus jatuh hati dengan buku ni.


Kiri volume satu. Kanan volume 2.

Saya tak sempat baca lagi. Masih dalam plastik lagi. Saya ada baca sikit kat kedai tu, sangat menarik! Sebab tu tak teragak-agak beli dua sekali gus.

Buku ni komik tau. Tapi komik yang berkisarkan pesan-pesan Nabi. Sangat kreatif cara persembahan buku ni. Buku ni asalkan dari penulis Indonesia tapi dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Buku macam ni sangat la sesuai bagi orang macam saya ni. Kalau baca buku agama dengan buku sirah mesti mengantuk terus. Buku lain takde pun nak mengantuk segala. Dengan buku ni secara tak langsung boleh menarik minat orang macam saya ni nak membaca! Hihi.

Dah balik baru perasan yang takde sebijik novel pun saya beli. Wahhhh! Ajaib ni. Perancangan Allah tu lebih teratur kan. Niat lain tapi at last lain yang dibeli. Alhamdulillah. 

Ayuh, dapatkan segera! ^_^


Nak cukupkan rm50 tu ambil la buku 'Dibah Debab' ni untuk anak sedare saya, kakak. Mesti kakak gelak baca tajuk ni. Hihi.


Maka, dengan rasminya habis la bb1m tu. Noktah !



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, March 4, 2013

Aim, Nak Untuk Aim


Kejadian yang berlaku di Watson. Tiba-tiba kawan saya panggil.


Kawan : Aim, nak untuk Aim!

Saya : Apa tu? *Tak nampak sebab jauh*

Kawan : Pregnancy kit test. *Hulur dengan sambil tersenyum macam apa je*

Saya : Gila la!

Kawan : Hahahaha *kemain dia gelak dalam watson tu* kan Aim ade loya-loya, 'kawan baik' pun tak muncul lagi. Haha.

Sengal punya kawan. Ade pulak cakap macam tu tengah-tengah orang ramai ni. Dah la sebelah saya ade orang dua orang perempuan. Tak sanggup nak kalih sebelah tengok reaksi dua orang tu. Macam la tak tahu kita ni tak stabil. *Ni lebih kepada bebelan sorang diri*

Tapi saya tahu kawan saya tu nak bergurau je. Jadi tak ambil hati pun.


Tiba-tiba kawan sorang lagi tanya.


Kawan 2 : Eh kau pegang apa tu?

Kawan 1 : Pregnancy kit test.

Kawan 2 : Eh ni bukan alat untuk test pregnant la. Cuba kau baca arahan belah belakang ni.

Kawan 1 : Betul la, ni benda tu.

Kawan 2 : Bukan. Cuba kau tengok betul-betul.


Maka berlakulah perbalahan antara dua orang tu. Saya tengok dari jauh je gelagat dorang.


Kawan 2 : Kan betul aku cakap. Ni alat nak check suhu badan la.

Kawan 1 : Erkkk..


Muahahaha. Kahkahkah. Nak je gelak guling-guling kat watson tu. Alat check pregnant dengan check suhu pun boleh tertukar. Tu la, ade hati nak kenakan orang. Terkena balik kat diri sendiri. Haha.

Macam-macam kerenah kawan saya ni.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)