Blog Si Bakal Doktor

Monday, September 30, 2013

Itu Semua Salah Aku



Minggu lepas dengar cerita lain.
Minggu ni cerita baru pulak keluar.

Hebat!

Betapa femesnya aku sekarang ni.
Tak sangka kan?

Tipulah kalau aku cakap aku tak terkesan langsung dengan cerita tu.
Tipulah kalau aku cakap aku langsung tak menangis.
Memang aku tipu lah!

Masa aku tahu cerita, masa tu jugak aku menangis.
Tak percaya?
Tak perlu percaya.

Dah lama aku tahan daripada menangis.
Walaupun tekanan tu setinggi gunung pun, aku tahan diri daripada menangis.
Aku taknak jadi orang yang lembik.
Aku taknak orang lain kesian dekat aku.
Aku taknak minta simpati orang lain.

Kata lah aku macam-macam, aku tetap kebal.
Kata lah aku macam-macam pun, aku tetap di panggil brutal tak ada perasaan.
Tapi kali ni memang aku tewas.

Sebabnya aku memang tak sangka.
Aku sangat tak sangka orang boleh kata aku macam tu.

Aku dilabel berlagak.
Aku dilabel taste tinggi.
Aku dilabel taknak satu group dengan golongan tak pandai.
Aku dilabel nak satu group dengan budak pandai-pandai je.
Kesiannya dekat ahli group lama aku dulu, kata si penyebar tu.

Apakah???
Apakah yang terjadi??

Kau cakap tu kau tahu ke tidak keadaan sebenar?
Kau tahu ke tidak hakikatnya aku yang ditendang keluar dulu?

Aku yang terkontang kanting takde group untuk group project.
Aku yang pergi cari orang lain, nak masuk group mereka.
Aku yang tebalkan muka minta nak masuk group lain.
Tapi aku yang dikatakan berlagak taknak masuk group lama?

Macam mane kau boleh cakap aku pentingkan diri sendiri?
Macam mane kau boleh cakap aku berlagak?
Macam mane kau boleh cakap aku macam-macam?
Macam mana?

Boleh kau explain dekat aku?

Aku cuba lagi bersangka baik. Mungkin ini semua salah faham.

Kalau orang bagi tahi dekat kita, jangan kita bagi tahi balik. Tapi kita bagi bunga. Biar dia rasa terharu.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tengah Marah



Rasanya dah lama tak marah orang sampai tangan tergigil-gigil tangan.
Rasanya dah lama tak marah orang sampai nak menangis.
Rasanya dah lama tak marah orang sampai tak boleh control rasa marah tu.

Memang dah lama sangattt.

Tapi malam tadi terburai.
Bukan semuanya terburai, ada lagi yang tersimpan.

Bukan taknak luahkan,
Tapi tak boleh bercakap sebab mata berair, dada tengah berombak marah, tangan menggigil-gigil.

Allahuakbar!

Istigfar tak lekang dari mulut dari awal sampai akhir.
Minta pertolongan Allah agar diberi kekuatan untuk melawan perasaan marah ni.
Tapi kalah juga dengan hasutan syaitan tu.

Tapi ada kebaikannya bila terburai yang tersirat.
Tak ada lagi dendam dan perasaan tak puas hati tu.
Semuanya clear dan clean.

Maafkan salah silap saya.
Saya juga banyak kekurangan.
Tegur jika ada yang tak berkenan.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, September 28, 2013

Jangan Bercinta



Kalau dalam masa setahun ni tak ada perancangan pun nak nikah, JANGAN bercinta !  

IM Nazrul ada cakap lagi. Kalau lelaki tu betul-betul serius dan gentleman, dia takkan lah ajak couple ni. Dalam Islam tak ada couple islamik ye. Tak ada. Itu semua ciptaan manusia sahaja. Kalau dia serius, dia akan terus jumpa wali dan minta halalkan hubungan tu.

[Imam Muda Nazrul]


Jangan reti nak main-main je dengan anak orang. Nak petik bintang, nak petik bulan segala, tapi tu semua janji palsu. Kalau berani pi lah jumpa wali dia sendiri. Jangan fikir keseronokan dunia saje, keseronokan di akhirat sana pun penting.


IM Nazrul seriously best! Huuu.


Pesona Cinta ; Antara aura dan fitrah : 28 September 2013.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, September 24, 2013

Dan Kita Kata Kita Sayang Allah?


Kita kata kita sayang Allah,
Tapi hari-hari kita penuh maksiat,
Buat noda bukan main cepat,
Buah dosa tumbuh bukan main lebat,
Sampai hati tu dah hitam berkarat, 
Jiwa dah keras macam batu bersurat,
Nak bertaubat punyalah liat,
Susah payah nak dirikan solat,
Takkan nak tunggu Puan Mama datang sebat?
Inche Papa tercokoh buat muka kelat?
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
Tapi bila bilal panggil datang solat,
Kura-kura berjalan rasanya lagi cepat,
Kita syok makan popkon perisa cokolat,
Tapi bila adik manis ajak jumpa sat,
Amboih, kitalah paling cepat, paling hebat!
Usain Bolt pon kita boleh hambat! 
Bila Tuan Bos Besar panggil mesyuarat,
Bukan main berdebar pakai semat semat,
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
Tapi Quran kita baca berapa mukasurat?
Kita simpan sampai berhabuk berkulat,
Orang tadabbur kita main lekat-lekat,
Walhal Quran untuk sekalian umat,
Untuk dibaca diambil manfaat! 
Tapi baca manga bukan main semangat,
Tiga kali sehari macam makan ubat! 
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
Tapi arahan Allah kita main rembat,
Sunnah Nabi tak pernah nak dibuat,
Kita hidup macam jin hutan keramat,
Kita rilek macam takkan kiamat,
Kita lupa nyawa kita akan tamat,
Dah dekat akhirat sapa nak bagi syafaat?
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
Tarbiyah dakwah kita rasa berat,
Kita kata oh wajib ke bukan sunat?
Manusia di luar sana sedang sakit tenat, 
Mungkar depan mata kita buat Kasim Selamat,
Kubur masing-masing, kita berdebat,
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
 Tapi tubuh badan kita macam tiada aurat,
Biar nampak peha berbulu lebat,
Lelaki perempuan aih tiada ikhtilat?
Kita ni manusia atau raksasa jahat?
Dan kita kata kita sayang Allah?

Kita kata kita sayang Allah,
Tapi hobi masa lapang kita anyam ketupat,
Mengata orang sudah jadi tabiat,
Amboi, lidah tu nak kena bakar, kena kerat?
Dan kita kata kita sayang Allah?
Kita kata kita sayang Allah,
 Tapi dalam sehari berapa kali kita ingat?
Adakah Dia dalam hati setiap saat?
Dan kita kata kita sayang Allah?
Kita kata kita sayang Allah,
Jangan lambat-lambat takut tak sempat bertaubat!
Dan kita kata kita sayang Allah?


Copy and paste dari APG


Sentap sangat hoiii baca APG punya post ni. Tampar diri sendiri bagi sedar. Bangun-bangunlah dari lena yang panjang tu. Huu.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tutup Mulut



Jiika awak tahu apa-apa tentang masa silam saya, tolong diam dan tak sebarkan kepada orang lain. Tolong jangan ingatkan saya tentang apa yang saya lakukan waktu dulu. Ya, saya memang jahil dulu. Banyaknya salah dan silap saya dengan Allah. Banyaknya dosa saya dengan Allah. Tapi awak takde hak nak ceritakan kisah silam saya dulu kepada orang lain.

Saya tahu pasti ade mulut-mulut yang tak senang dengan saya yang sebarkan cerita ni. Sebabnya tak ramai yang tahu kisahnya. Pada awalnya hanya seorang sahabat saya yang tahu. Kemudian saya tertangkap dengan sahabat lain, dan saya terpaksa cerita. Jadi, hanya BEBERAPA orang sahaja yang tahu.

Saya taktahu apa motif awak yang sebarkan cerita itu. Kalau seorang hamba Allah ni tak buka mulut bertanya tentang kisah tu, memang sampai ke sudah kot saya taktahu yang sebenarnya cerita tu dah tersebar. Sejauh mana tersebar saya taktahu.

Saya sendiri taktahu siapa yang bagitahu kepada si penyebar itu. Sedih, terkilan, marah, sakit hati semua bergabung.

Tolonglah, saya mohon. Saya mohon jangan disebar lagi cerita-cerita waktu saya jahil dulu, waktu saya lupa Allah dulu. Saya mohon sangat-sangat.

Takpe, saya maafkan sesiapa pun. Saya taknak berdendam. Cuma saya harap hentikanlah. Saya malu bila orang ungkit balik kisah-kisah lama. Ya, saya malu dengan dosa-dosa yang saya buat tu. Saya malu dengan Allah.


Saya percaya apa yang saya lepaskan dulu, ada yang lebih baik menanti inshaAllah.

Maafkan saya.

Mungkin ini dikatakan hukum karma. What goes around comes around.

Allahu.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, September 23, 2013

Sabar Kunci Segalanya.








Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, September 22, 2013

Allah Jaga Dia




Moga Allah jaga dia, pelihara dia, lindungi dia di bawah payung rahmatNya. 

Allahumma ameen.



Mungkin saya nampak sombong di mata awak tapi awak sentiasa dalam doa saya. Saya mohon Allah jaga awak.

Saya bukan melarikan diri tapi awak tahu apa maksud saya.

Jaga diri baik-baik ye. Fi hifzillah.





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, September 16, 2013

Bulatan Gembira


Esok cuti kan?

Esok ada dating dengan kakak-kakak yang sangat awesomeeee!

Dating dalam bulatan gembira ^_^



Apa itu bulatan gembira?

Bulatan gembira tu nama comel bagi usrah. Hah, pernah dengar apa itu usrah? Mesti tahu kan. Usrah tu membawa maksud keluarga. Jadinya, sebuah keluarga yang berhimpun dan duduk dalam bulatan sambil mentadabur ayat Al-Quran dan mengisi makanan untuk rohani.

Okeyy, itu definisi saya sendiri. Hihihi.

Sebuah keluarga tu tak bermaksud keluarga yang ada ayah, ibu dan adik beradik je. Keluarga ni boleh juga sahabat handai :)

Alhamdulillah. Ahli-ahli bulatan gembira saya semuanya awesome dan tersangat awesome! Betapa beruntungnya kenal mereka. Berdiri sebelah mereka, baru lah tahu betapa kerdilnya diri ini. Huu.


Usrah itu Untuk Semua Rasa Allah Hebat.


Dari usrah atau bulatan gembira ni, saya dibawa ke program daurah kemudiannya rehlah. Di program daurah tu, saya dibasuh sebasuhnya T_T sebelum masuk zone dakwah dan tarbiyyah, kakak-kakak yang awesome tu bersihkan dulu hati ni dari perkara-perkara jahiliyyah.

Selingan, perkara jahiliyyah tu bukan sekadar buang anak perempaun, sembah berhala tapi perasaan riak dan takbur itu pun dikategorikan jahiliyyah. Okeyyy, tu masuk part lain ye. Hee.

Bak kata Kak Hajar, perkara pertama kena bersihkan ialah HATI. Jika hati bersih inshaAllah yang lain ikut bersih. Jangan bersihkan luaran tapi dalaman iaitu hati hitam legam lagi. Huu.

'ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya. ingatlah ia adalah hati ). 

[diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

Allah! Allah! Allah! Betapa beruntungnya menjadi insan terpilih untuk menghadiri bulatan gembira ni.

Yukkk, bentukkan bulatan gembira kita sendiri :)

Biidznillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah Wa Syukurillah.


Alhamdulillah Wa Syukurillah.

Sangat suka tengok suasana kelas semester ni. Semalam, masuk kelas ternampak satu pemandangan yang sangat indah. Dalam hati terus ucap Alhamdulillah. Syukur kepada Allah bagi hidayah dan peluang kepada dia untuk sama-sama berkongsi rasa itu.

Seorang lagi classmate saya melalui proses penghijrahan. Semalam kali pertama tengok dia selepas cuti semester. Dia sudah mula bertudung labuh. Tudung labuh yang bulat tu Alhamdulillah :)

Sebelum ni seorang lagi classmate saya melalui proses tranformation tu. Kali ni tambah lagi seorang. Allah! Allah! Allah! Betapa gembiranya saya tengok sahabat-sahabat saya melalui proses penghijrahan ini. Saya tahu macam mane perasaan awak semua :)

Abaikan mulut orang yang mengata tu (if ada la). Abaikan dan doa supaya orang yang mengata awak tu turut sama dapat hidayah dan petunjuk Allah. Biar mereka turut sama merasa macam mana perasaan sweet yang Allah bagi tu ^_^

Awak, saya suka dengan penampilan awak sekarang! Kekalkan dan semoga istiqamah dengan apa yang awak pakai ni. Bila tudung dan pakaian dah comel, attitude dan tingkah laku pun kena jaga ye. Biar keduanya seiring sejalan, inshaAllah.

Saya tahu awak mampu lakukannya. Biiznillah :)

Semoga menjadi muslimah sejati.

Fi hifzillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, September 9, 2013

Harapan Dan Impian


Harapan ; Sangat-sangat berharap si bakal dan keluarga nanti boleh terima diri sekarang.

Impian ; Bila majlisnya nanti boleh pakai apa yang dipakai sekarang.

Sangat-sangat berharap.

Kena banyakan doa agar dipermudahkan segalanya.

InshaAllah.

Awak, doakan saya sekali :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, September 7, 2013

Al-Quran Pelangi




Yang ini?

Atau


Yang ini?


Gambar pertama : Yang ni lawa. Ada sekali dengan tajwidnya. Nampak tak tulisan yang merah-merah tu? Sahabat saya cakap tu tempat tajwid. Kat mana kena baca panjang, kena dengung dan sebagainya. Tapi yang ni tak ada terjemahannya.

Gambar kedua : Yang ni pun lawa. Kulitnya ala-ala kulit binatang gitu. Yang ni pun ada tajwid jugak. Tapi yang specialnya Quran ni ialah dibuat khas untuk wanita. Maksudnya kat sini, ditekankan surah-surah tertentu yang berkaitan dengan wanita. Kelasss gitu! Yang paling penting ada terjemahannya.


Makanya, yang mana satu pilihan kalbu? ^_^


P/s : Kalau ada orang nak jadikan hadiah pun boleh. Heee.


Gambar-gambar dipinjam dari pakcik Google. Sekian, mekasihh. 





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Untitled




"Say: Nothing befalls us except that which Allah has written for us." 

(Quran 9:51)




As a conclusion, don't say even a word 'ahh' when something terjadi eh. Shoud be 'alhamdulillah' instead of other words :|




Cakap pandai tapi you yourself selalu khilaff Aimmm! 




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)