Blog Si Bakal Doktor

Monday, October 28, 2013

Minggu Tangisan


Minggu lepas minggu tangisan buat diri sendiri.
Banyak sangat benda jadi minggu lepas sehingga tak mampu nak tahan air mata tu.

Bermula dengan software dalam laptop rosak. Waktu tu perlukan sangat software tu untuk siapkan assignment. Nak pinjam kawan punya dia pun tengah guna. Akhirnya, kena tunggu kawan siapkan dia punya dulu.

Selang beberapa hari laptop pulak rosak setelah empat tahun guna. Kali ni terus tak boleh on langsung. Mintak tolong kawan tengokkan, katanya motherboard rosak =.=' kalau dah rosak motherboard tak guna baiki sebab akan rosak balik.

Allahu.

Selang beberapa hari selepas laptop sendiri rosak, saya rosakkan laptop housemate pulak =.=' sungguh, tak perasan langsung laptop ada dekat kaki masa saya tidur. Sedar-sedar bum bum kebabom jatuh.

Allah!

Tak cukup dengan masalah yang sedia ada, saya tambah lagi masalah. Tambah kusut kepala ni. Waktu tu memang tak boleh fikir apa pun. Hanya mampu menangis dan pujuk diri sendiri ada sebab jadinya semua tu.

Semester ni sangat memerlukan laptop sebab kena install satu software ni. Takkan nak pinjam laptop orang untuk install benda tu. Installer saja dah 12.3G besarnya. Bila install perlukan space yang besar dan banyak kemungkinan jadi tengah install software tu. Laptop kawan sampai kena format balik sebabnya salah step masa install. Dah tu takkan nak pinjam laptop orang kan?

Allahu.

Semester ni semua subjek ada project. Project bukan assignment. Sekarang ni nak buat apa-apa kena tunggu orang lain siapkan kerja dulu baru lah saya mula buat.

Sesak.

Sekarang, tengah cari jalan kumpul duit beli laptop baru T_T

La tahzan Aim. Innallah ma'ana.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, October 16, 2013

Half Niqab


INI ENTRY MELEKAT. SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU :)

Alhamdulillah. Saya ada menawarkan half niqab atau purdah untuk niqabis sekalian.




Material : Soft chiffon
Harga : RM9

Soft chiffon ni ringan dan tidak panas. InshaAllah selesa sangat bila pakai. Niqab yang ada hanya yang bergetah sebab saya tahu yang getah lagi selesa pakai :)

Dan hanya warna hitam. Maaf, warna lain tidak ada.

Jika ada yang berminat boleh PM saya di facebook :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, October 9, 2013

Pelapik Dagu.


INI ADALAH ENTRY MELEKAT. SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU :)



Pernah seorang ukhti ni tanya saya, bahagian bawah dagu muslimah tu aurat ke?

Wahai muslimah sekalian, bawah dagu tu aurat ke bagi perempuan?

Ya, bahagian itu pun aurat. Yang bukan aurat bagi seorang perempuan ialah muka dan kedua tapak tangan. Sebab itu lah telekung solat yang kita gunakan tu tertutup di bahagian bawah dagu tu. Tapi ramai muslimah tidak ambil berat akan aurat yang satu ni. Ramai yang memandang remeh akan hal ini.

Alhamdulillah kat sini ada jualkan pelapik dagu.



InshaAllah boleh request warna apa.

Harganya RM4/each
Material kain koshibo
Tak panas dan selesa dipakai.

Selesa sebab ini bukan inner neck. Ini hanya kain yang diletakkan di bawah dagu dah getah di kepala.

Sesiapa yang berminat boleh PM saya di facebook.


P/s : InshaAllah lepas ni update pasal half niqab ye :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Penangan Derma Darah



Semalam derma darah sekali lagi. Ada kawan tanya buat apa derma darah, sakit je kan dapatnya. Bagi saya sekarang waktu saya membantu orang yang perlukan darah tu. Mana tahu satu hari nanti saya pulak perlukan darah tu. Saya tolong apa yang saya mampu sahaja. Nak bagi harta karun tu memang tak mampu la kan =.='

Staf yang checking kita layak ke tak derma darah tu lelaki. Saya dah mula risau. Saya taknak lelaki tu yang checking saya. Saya taknak dia sentuh saya. Sampai giliran saya, saya request staf perempuan tu. Alhamdulillah staf perempuan tu memahami kehendak saya :)

Nak dijadikan cerita. Pertama kali saya derma dulu, saya pening-pening selepas darah diambil. Jadi dokter buat keputusan kurangkan amount darah tu. Tapi kali ni lagi teruk dari sebelumnya. Hahaha.

Sebaik saja jarum ditarik dari tangan saya, saya nampak darah kawan saya. Terus pening, mata mula kabur dan pengsannn!! Haha. Saya sempat tepuk orang sebelah (saya tak kenal pun siapa) sebab tak tahan sakit sebelum pengsan tu. Yang saya ingat datang seorang nurse panggil nama saya suruh bangun dan dia naikkan kerusi saya tu.

Bila dah sedar tu nampak kawan saya tersengih depan saya. Hehe. Nurse tu datang bagi air milo. Saya dah macam pak turut ikut je nurse tu cakap. Bila dah rasa ok je, saya request dekat pegawai tu nak turun. Boring kot baring je kat kerusi tu.

Dah settle semua saya ke tempat lain. Masa tu rasa lain macam dah. Rasa macam sebelum pengsan tadi. Semua pakat tegur muka saya pucat. Suruh duduk, saya duduk. Tapi tak boleh. Sakit sakit. Last sekali kawan saya yang dari tadi teman saya bawa saya ke tempat derma darah balik. Sebaik sampai je debukkkk pengsan sekali lagi!!! Hahaha.

Okeyy, best gelak dekat diri sendiri. Buat kali kedua jadi penghuni kerusi tu. Duduk la situ sampai betul-betul ok. Dapat air 100 free plus pulak. Hehe. Nurse benarkan saya balik selepas agak lamanyaa saya baring situ.

Dah sampai rumah debukkk tidur tak sedarkan diri akibat sakit kepala. Huuu.



P/s : Saya kumpulan darah O :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, October 8, 2013

Dah Bertunang Kan?



Satu hari tu, ada seseorang tu dengan tiba-tiba pop up with a question. Mau tak terkejut saya dengan soalan tu.

Dia tanya "aim sebenarnya dah bertunang kan, tapi aim rahsiakan dari semua orang. Takpe orang faham. Aim memang nak rahsiakan pertunangan ni"  Eh?

Dah sejak bila pulak aku bertunang ni?

Memang konfius habis la aku masa tu. Haha.

Saya cakap takk, memang tak tunang segala lagi. Tengok, cincin pun takde kat jari ni. Tapi dia tu tetap tak percaya. Lawak sungguh lah muka dia masa tu. Entah dari mana lah dia dapat khabar berita macam tu.

Sampai ke hari ni, dia keep tanya "tunang sihat", "bila majlisnya", "nanti tema warna apa", "dah bincang ke dengan tunang tu" Hahaha.

Awak, percayalah saya tak ada tunang lagi. Tapi awak doakanlah ye :)



#Bila orang asyik dok tanya ada pakwe ke tak, senang je jawapan saya. Saya tak ada pakwe tapi ada suami je. Padan muka. Kuikiki :p



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, October 5, 2013

Kenapa Kita Hidup?


Semalam dapat mesej dari seseorang yang saya anggap macam adik saya iaitu Ila. Dia tanya saya satu soalan yang berbunyi "kenapa kita hidup di dunia ini". Katanya ada yang bertanyakan dia soalan ini.

Saya suka bila dia mesej dan tanya saya macam-macam. Sesungguhnya dia antara hamba Allah yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Akak bangga dengan Ila :) Maaf ye semalam akak balas pendek dengan bagi nama-nama surah saja. Akak tak larat nak taip panjang-panjang :p

Bagi menjawab soalan Ila tu, akak buat entry ni ^_^

Kenapa kita hidup di dunia ni?

Banyak sebab kita dipilih oleh Allah untuk hidup di dunia. Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan tujuan kita dilahirkan ke dunia. Kita, manusia yang dikurniakan akal di pilih oleh Allah untuk menjadi khalifah. Khalifah yang akan menyebarkan ilmu Allah.

Antara ayat-ayat cinta Allah yang menerangkan tujuan hidup kita :

Untuk beribadah kepada Allah.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." [ Adz-Dzariyat ; 56]

Untuk kita menjadi khalifah.
"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hemdak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani."  [ Al-An'am ; 165]


Untuk kita bersujud menyembah Allah.

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."  [Al-Bayyinah ; 98]

Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran ; 104]

Allah tidak menjadikan kita sia-sia.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptsksn ksmu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun ; 115]


Setakat ni saja akak mampu tolong Ila. Harap sangat dapat membantu :)

Fi hifzillah sayang. Jaga diri. Jaga iman comel-comel.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sayang Diri Sendiri


Allahuakbar!!

Petang tadi housemate tunjuk video pasangan kekasih yang syok sendiri. Dekat facebook memang dah luas tersebar. Rasanya umur budak berdua tu dalam lingkungan belasan tahun lagi. Allahuakbar. Saya sendiri malu tengok video tu. Budak-budak zaman sekarang terlampau advance.

Muslimat, kenapa murah sangat harga diri tu?

Kita ni perempuan, maruah kena jaga.

Sekali tergadai tak ada galang gantinya.
Sekali tergadai tak boleh undur dah.
Sekali tergadai menyesal seumur hidup.
Menangis air mata darah sekalipun, ianya takkan kembali dah.

Muslimat, kenapa terlalu percaya dengan janji-janji manis lelaki?

Bukan semua lelaki boleh dipercayai.
Sepuluh  mereka cakap, satu pun tak boleh percaya.
Jangan lah mudah terpedaya.
Simpan walaupun sedikit perasaan tidak percayakan lelaki.

Sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain.
Percayakan diri sendiri dulu sebelum percayakan orang lain.

Tolonglah muslimat sekalian, jaga diri, jaga maruah.
Jaga diri untuk yang halal.
Biar nampak mahal sebab balasannya pun nanti sangat lumayan.

Jaga diri baik-baik muslimat yang disayangi.
Allah suka, Allah sayang, dan hidup pun tenang  ^_^


-----------------------------------------------------------------------------------------



Saya bukan anti lelaki tapi saya susah nak percayakan lelaki. Ada bezakan antara dua tu?

Kakak saya selalu pesan (kakak saya yang berkahwin lebih 10 tahun dah), jangan percayakan lelaki terutama sekali suami seratus peratus. Simpan sedikit rasa tidak percaya itu. Jangan percaya kat sini bukan nak derhaka, tapi untuk masa depan sendiri. Kehidupan akan datang kita tak tahu macam mana.

Lagi satu, kakak pesan bila dah berumah tangga esok lusa, jangan sesekali berhenti kerja. Maksudnya jangan biar kita yang perempuan ni tak ada side income sendiri. Nak berhenti kerja boleh tapi sebaiknya buat lah kerja dari rumah. Itu pun untuk kebaikan diri sendiri.

Saya tanya kenapa perlunya ada side income sendiri. Kakak jawab "esok lusa kita taktahu suami kita tu milik kita atau tidak. Suami tu hanya pinjaman dari Allah untuk kita. Ditakdirkan suami taknak kita dan kita dibuang macam tu saja, apa kita nak buat?" Okeyy, terdiam bila kakak jawab macam tu. Huu.

Dan makin lama, makin scary nak kahwin. Huuuu.

Orang yang makan garam dulu banyak pengalaman. Banyak nasihat yang dapat.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)