Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, December 17, 2014

Sweet Moment




Anak buah saya selalu bertanya itu ini pasal niqab. Tiap kali jumpa mesti dia tanya. Mulut tu bila dah bercakap memang susah nak berhenti.  Tapi ada satu kejadian yang bagi saya tersangat lah sweet. Dia tahu saya takkan buka niqab di hadapan lelaki selain keluarga (moga-moga saya terus diberi kekuatan untuk istiqamah). Itu pun lepas jenuh saya explain sebab saya pakai. Huhu.

Minggu lepas balik kampung sebab pakcik, adik mak meninggal (Al-Fatihah untuk arwah). Sepanjang kat kampung, anak buah saya tu perasan saya tetap macam tu. Ada ketika saya buka niqab tu. Dan tanpa saya sedar orang datang melawat datang. Anak buah saya tu terus cakap “maksu, ada orang datang, cepat pakai niqab tu.” 

Aaaa comel sangat awak along ^_^ Tiap kali ada orang datang, dia la tukang pantau. Dia lah tukang peringat untuk saya. Dia dah jadi bestfriend saya. Dia faham apa yang patut dia buat. Anak-anak buah lain pun dah mula faham. Allahu T_T

Terharu sangat dengan penerimaan budak-budak comel tu. Anak-anak kecil tu boleh faham pabila saya terangkan. Sesetengah anak-anak kecil takut akan niqabis ni, tapi anak-anak buah saya alhamdulillah tak takut langsung. Cuma si kecil dua orang tu suka tarik-tarik kain niqab tu. Mungkin dorang pelik kenapa maksu macam tu. Hihi. 

Kadang-kadang, bercakap dengan anak kecil lebih mudah daripada bercakap dengan orang dewasa ni. Kadang-kadang, orang dewasa hanya dewasa pada umur , bukan pada pemikiran.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, December 16, 2014

Rindu T_T


Jauh dari orang yang hebat, orang yang kuat luar dan dalam memang susah. Nak kuatkan tarbiah dzatiyyah tu lagi susah. Selama ni kakak yang sorang ni la banyak tolong saya.

Susah senang dia yang tolong. Dia lah yang bagi semangat tika down. Dia selalu cakap "aim, iman ada turun naiknya. Kita lah yang mencorakkannya agar sentiasa menuju puncak."


Allahu. Rindu sangat dekat sorang kakak ni. Dia lah naqibah pertama saya. Dia lah orang yang bertanggungjawab mengheret saya keluar dari gelapnya jahiliah. Dia lah orangnya yang selalu ajak saya ke macam-macam bentuk program; usrah, daurah, jaulah.

Dari dialah saya kenal dunia tarbiah dan dakwan ini. Sekarang, silih berganti naqibah, tapi dia tetap jadi tempat rujukan saya.



Akak, walaupun kita jauh sekarang ni, tapi akak tetap di hati ini. Sayang akak fillah inshaAllah <3



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, December 8, 2014

Persoalan


Soalan untuk anda!

Macam mana nak jadi orang tabah?



Macam mana nak jadi orang yang kuat?



Macam mana nak jadi orang yang tahan dengan lidah yang lebih tajam dari pedang?




Apa cara yang terbaik?




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, December 3, 2014

How Surah Ad-Dhuha Can Change Your Life




Ever feel disconnected with Allah, feel down, feel depressed or think maybe Allah doesn't love you anymore, feel like your duas are not being answered?

Ad-Dhuha, the answer.

Subhanallah T_T






Please, take a look just for 8 minutes.

May Allah grant you His barakah.

Biidznillah.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, November 26, 2014

Great Person


Bismillahirahmanirahim.

Pernah dengar nama Ustadh Nouman Ali Khan?

Nouman Ali Khan is a Muslim speaker and the CEO and the founder of Bayyinah Institute, an Arabic studies, educational institution in the United States. His early education in Arabic started in Riyadh, Saudi Arabia and continued in Pakistan. His serious Arabic training began in 1999 in the United States. He has been teaching Modern Standard and Classical Arabic at various venues for several years with over 10,000 students nationwide. He teaches about the religion of Islam through his videos speeches. He also frequently speaks at Islamic Circle of North America Convention about Islam, family, and other life topics. 

Sumber : Facebook

Pertama kali dengar nama ustaz ni bila akak naqibah perkenalkan dalam usrah. Seriously, lepas dengar satu video yang ustaz ni sampaikan, terdetik dalam hati hebatnyaaaaa ustaz ni. Dia pernah datang buat tour kat Malaysia. Last tahun lepas. Tahun ni macam tak ada lagi.

Antara talk yang saya suka;

 

Stunning similarity Surah Ar Rahman and Surah Al Waqiah


Try to watch this video and his other videos. Amazing. Subhanallah. I can write a simple notes after watched this video. MashaAllah.

I suggest you (whoever read this) watch his videos. There are hundred videos in his channel on YouTube. Here ; Nouman Ali Khan Collection

May Allah grand great rewards to you. Allah looks at the 'usaha' not the natijah (outcome).

Biidznillah.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, November 25, 2014

Untitled


Bismillahirahmanirahim.

Boleh la kot buat selingan di petang hari.



Siapa pernah tengok 3 idiots mesti tahu maksudnya ^_^


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, November 18, 2014

Hitam ; Putih


Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih lagi bernyawa pagi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Hitam ; Putih

Setiap orang saya pasti ada bahagian hitam dan bahagian putihnya.

Hitam ; Gelapnya jahiliah
Putih : Terangnya tarbiah

Saya tak terkecuali. Saya pernah merasa berada dalam dunia jahiliah. Bagaimana hidup hanya berlandaskan hawa nafsu semata. Dosa pahala tolak ke tepi. Solat dan aurat hanya dipandang enteng. Solat ditunaikan ala kadar. Menutup aurat tak sempurna, buat hanya kerana kebiasaannya orang lain buat.  Dah jadi satu budaya kat Malaysia ni buat apa yang orang lain buat. Semuanya bukan kerana Allah.

Allahu. Malunya dengan Allah T_T

Tapi Allah Maha Pengampun. Berubahlah kerana Allah.

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[An-Nahl : 119]


Saya taknak lagi go back to that time. Taknak. Moga Allah bantu saya dalam mujahadah dan istiqamah di jalan ini. InshaAllah.

Cuma, saya mohon,



Mohon sangat-sangat.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, November 16, 2014

Rezeki




One of my classmates, dia buat internship dekat research consultant punya company di KL. Kira dia sangat beruntung la dapat buat intern dekat company research tu. Dia dapat aplikasikan apa yang dah belajar selama 5 tahun ni. Saya pun pernah mintak, tapi tak ada rezeki nak  intern kat sana. 

Baru-baru ni dia ada bagitahu yang dia sekarang tak dikira pelajar praktikal dah tapi sebagai PERMANENT EMPLOYEE. Sekali lagi, PERMANENT okey! Baru dua bulan kat situ, dia dah tawarkan sebagai pekerja tetap.

MashaAllah. 

Murahnya rezeki dia.

Saya assumed mesti dia sangat performed apabila diberi tugasan. Tapi sangkaan saya meleset. Dia cakap dia taklah performed sangat, ada saja buat salah ke apa. Tapi dah rezeki dia dapat tawaran, terus dia terima. Dia cakap basic taklah tinggi sangat, tak tinggi pun cecah la 2k tu tapi kalau dapat projek kena handle komisyennya dekat 1k setiap projek. Dalam sebulan dua tiga projek kena handle. MashaAllah. Banyak sangat dah tu T_T

Setiap orang rezeki tu Allah dah tetapkan. Bahagian dia Allah tetapkan seawal ni. Haruslah kan tumpang gembira buat dia.


“Sesungguhnya Allah, Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh”
[Az-Zaariyat : 58]


Terjumpa ayat ni semasa mengaji. Betullah, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tentukan. Yang membezakan hanya cepat atau lambat. Rezeki tu kalau Allah nak bagi, ianya datang dengan cara yang tak disangka langsung. Kadang-kadang, kita tak sedar pun, tup-tup dapat dah. Kadang-kadang kan rezeki tu datang tak putus, tapi kita tak sedar pun. MashaAllah. Subhanallah.

Pernah seorang akhawat ni bagitahu saya pabila dia tanya saya perancangan lepas habis belajar ni.


Kita ni kalau dari awal lagi niat habis belajar nanti nak cari kerja sebab nak bayar hutang, nak tolong mak ayah, inshaAllah Allah mudahkan. Sebab Dia tahu niat kita baik. Tak ke niat nak bayar hutang tu murni. Tak ke niat nak tolong mak ayah tu mulia. No? MashaAllah. Yang penting usaha tu kena ada. Jangan pulak dok rumah goyang kaki tapi nak dapat duit. Tak jadi dah tu. Usaha dan niat kena seiring.



Lepas dengar akhawat ni cakap, terus saya ter-inspired.  Dalam syarah hadis dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi  pun ada sebut pasal niat ni. Hadis 1 berkenaaan dengan niat.

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab r.a, dia berkata:  Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya setiap amalan itu berantung kepada niat dan setiap orang hanya memperolehi apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya.”


Begitu jugak lah dengan rezeki ni. Kalau dah dari awal lagi niat dah tak elok, Allah nak ke bagi rezeki kat kita. Refleks balik diri kita ni. Muhasabah diri sangat membantu. Kembali ke fitrah, Allah yang Maha Pemberi.

Waallahua’lam.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, November 3, 2014

The Beauty of Niqab


Niqabis?
I give them so much respect.
They go through so much for Allah swt.
We need to be strong enough to achieve it.
They give up the freedom of letting the breeze hit their face in extreme heat.
They give a different message, that you don’t have to show your face to interact.
Your face is just skin, it doesn't expose your occupation, or your level of education, or your wealth, and so on.
They send the message that you don’t have to see someone’s face to love them, you don’t have to see their face to respect them.

-Ruuhul Hubbi




This is my choice.
This is my way.
I choose to be part of them.

Biidznillah.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, November 2, 2014

Hadiah



Konon-konon nak terobek :p

Hari lahir tahun ni dapat hadiah dari unknown. Kekonon la. Tapi boleh je nak teka siapa yang bagi. Biar lah tuan punya badan tak mengaku pun, tetap nak ucap terima kasih.

Buku dah baca.
Kain batik tu baru je buka dari plastik beberapa hari lepas.
Keychain dah selamat tergantung di beg.

Cantik kainnya. Mak tanya siapa bagi. Cakap kawan bagi. Mak teka batik jawa ke, sebab kainnya lebih kurang batik jawa. Saya iakan je la sebab taktahu jenisnya. Tahu pakai saja :D





Kali pertama dapat kain batik. Macam pelik. Tapi dah orang bagi ambil la. Ye dok? :)

Terima kasih tuan punya badan.

May Allah bless you.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, November 1, 2014

Little Reminder #5







(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [An-Nuur : 26]


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, October 30, 2014

Cukuplah


Dah lama saya perhatikan.
Tapi saya senyap.
Nak tengok sejauh mana dia mampu buat.
Ternyata, dia hanya hebat di alam maya.
Tak pernah luahkan apabila saya di hadapan dia.
Betul, dia tak pernah tulis nama.
Tapi hanya orang buta saja taktahu maksud di sebalik tulisan dia tu.

Sungguh,
terasa hati,
sakit hati,
kecewa,
geram,
marah,
semua bercampur aduk.

Tak boleh ke berterus terang di hadapan saya?
Nak semua orang tahu?
Nak semua orang anggap 'dia' dalam tulisan tu jahat?
Nak semua orang anggap 'dia' tu tak berperikemanusiaan?

Please. Tolong.
Percayakan saya.
Bila saya cakap saya tak buat, maknanya saya TAK PERNAH BUAT.


Dekat facebook memang tak nampak pun.
Cuba dekat blogspot.
Saya baca.
Saya terasa walaupun saya tak buat.
Saya tak buat tapi orang still salahkan saya.
Agaknya kalau betul saya buat, apa jadi?

Nasihat saya,
Percayakan diri dan percayakan 'pihak' sana.
Jangan terlalu berprasangka.
Lama kelamaan, sesiapa pun akan bosan.
Jangan terlalu mendesak.
Jangan terlalu memaksa.
Jangan terlalu mengawal.
Fahami keadaan orang lain.
Fahami situasi orang lain.

Setiap orang lain situasi dan lain caranya.

Nak lagi baik, lepaskan segalanya.
Tak ada untung pun apa yang ada sekarang.
Kembali kepadaNya.
Dia lebih mengetahui.
Dia yang lebih hebat merancang.

Sehebat mana pun kita merancang,
Dia yang menentukan segalanya.
Bila Dia kata jadi, maka jadilah.
Yakinlah padaNya.
InshaAllah, hidup lebih tenang dan tenteram.

Jangan terlalu yakin dengan apa yang ada sekarang.
Jangan memandang enteng pada orang lain.
Ingat, di atas sana memandang anda.

Jangan semudahnya menuduh orang yang bukan-bukan.
Never assume. Ask.
Come, ask me. You have my number.
You know how, when, and where to find me.


Let fate fares you better, ukhti.

Biidznillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, October 29, 2014

Macam-Macam Ragam



Dua tiga minggu ni kerjanya hanya collection data. Sepanjang buat collection ni, macam-macam ragam respondents saya dapat. Ada yang komen itu ini, ada yang tak puas hati dengan soalan-soalan dalam questionnaire tu, yang marah-marah pun ada. Saya mampu gelak saja depan PC ni :)

Pilihan apa lagi yang ada kan? Nak terangkan sebab guna cara (method) itu ini, sampai ke sudah mereka tak akan faham. Jadi, jalan selamat cakap terima kasih. Nak jawab ke tidak, tu terpulang kepada respondent. Saya sebagai reseacher tak boleh nak paksa orang jawab.

Sampai satu tahap, ada respondent ni ajar saya balik kena buat itu ini. Haha. Tengok latar belakang, bukan dari kalangan statisticians. Senyum dan cakap terima kasih saja :)

Betul la kata pensyarah. Nak jadi seorang ahli perangkaan bukannya senang =.='

Minggu depan dah kena mula buat analisis data. This is my favourite part! :D





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Kekeliruan Dalam Ikhtilat?





Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah.
 
Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini.
 
Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:
 
1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat.
 
Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.


BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:
 
a)HUKUM
 
Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah
 
Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.
 
Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.
 
Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.
 
Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.


b)Kenapa ikhtilat HARAM?
 
Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!


Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.


Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.
 
 
FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT  


Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:
 
1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.
 
Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?
 
Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?





KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT
Kekeliruan ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian, sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.
 
a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
   “Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
  “Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
  “Kitorang bukannya zina pun…”
 
Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana ada kawan, dia kata:


“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”


 
Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!
 
Mustahil andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!
 
Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”
 
Selagi boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.
 
Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan” ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang  kosong dan lain-lain.
 
Sebelum saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama lain dan lain-lain?
 
Kalau itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?
 
Jawapannya:TIDAK.
 
Eh?abis tu, ukhwah tu apa?!
 
Suka ana bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
 
“Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.
 
Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
 
(surah alhasyr:9)
 
Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.
 
(attaubah:71)
 
Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
 
(IMAM HASAN ALBANNA)
 
Melalui takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi risalah ta’lim”,yang menghuraikan  takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”
 
Kembali kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!


Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!
 
Bererti di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!
 
b)Dakwah berlainan jantina?
 
Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?
 
Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:
 
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
 7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa
 
Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
 
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara
 
Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.
 
*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.
 
Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:


”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”
 
Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan. 
 
Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.


Boleh rujuk di sini:
http://www.tarbiahsentap.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html

 



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, October 28, 2014

A STUDY ON FACTORS THAT INFLUENCING FOREIGN LANGUAGE CLASS ANXIETY (FLCA) AMONG UNIVERSITY STUDENTS.



Mr. / Mrs. / Miss

You are invited to participate in a study on factors that influencing Foreign Language Class Anxiety (FLCA) among university students. The results of this study will be utilized for completion for my bachelor degree. Your sincere cooperation is crucial in determining the success of this study.  Thank you for your time and your cooperation.

Anda dijemput untuk menyertai  kajian yang sedang dijalankan terhadap faktor yang mempengaruhi kebimbangan terhadap kelas bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti.  Keputusan kajian ini akan digunakan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda saya. Kerjasama anda adalah penentu kepada kejayaan dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih atas masa dan kerjasama anda.

Sincerely,
NORAIM BINTI ISMAIL
BSc. (Statistics) (UiTM)

Please click the link below to answer the questions:

https://docs.google.com/forms/d/1Sk2mu3ExP1pQ4MU9-Gj_hL0D2pzlHYVZmQVR-Chdg1k/viewform?usp=send_form



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Baru Ku Sedar




Baru ku sedarrrrrrr maksud di sebalik semuaaaaaaa ini =.='

Fine. Saya memang slow hal-hal gini. Patutlah budak bertuah sorang tu selalu cakap saya lambat tangkap maksud orang. Haha. Maafin saya ye.

Belum tentu apa yang kita inginkan baik untuk kita. Boleh jadi yang tak di suka tu lah yang terbaik. No one knows!



May Allah bless you.


And


Let fate fares you better~



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, October 12, 2014

Syukur 'Ala Nikmat


Ola oktober!

Minggu ni dah masuk minggu keenam praktikal. 7 minggu lagi berbaki. Minggu lepas advisor dari UiTM datang melawat dan seterusnya meluluskan proposal untuk thesis. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya :)

Mula-mula keluar list name untuk advisor, terduduk tengok dapat advisor lelaki. Means lecturer LELAKI. Saya tak pernah tahu akan kewujudannya di UiTM sehingga la hari tu. Dalam hati "ohhh jeng! Macam mane nak communicate dengan lecturer lelaki."

Tapi tak lama sebab hati terus di sapa dengan sepotong ayat ni:

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [2:216]

Debushh! Macam kena satu tamparan pabila disapa dengan ayat ini. Reti bersyukur tak Aim?! Ada hikmahnya dapat advisor lelaki tu. Bersangka baik dengan Allah.

Dah tenang sikit terus contact lecturer tu. Dalam masa dua minggu sir terus decide nak dapt melawat. Gelabah tahap tak ingat dah. Sebab?

1. Proposal memang tak siap lagi (masa sir bagitahu nak datang)
2. Niqab. (UiTM memang tak benarkan niqab. Tapi organisasi benarkan)

Semua cakap relaks je. InshaAllah takde apa-apa kot jadi. Dan hari kejadian. Allahuakbar! Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Ini hikmahnya. Ringkasnya, sir cakap "hari viva nanti, awak pakai je pegi uitm. Kalau pakgad sekat awak, cakap saya yg bagi arahan. Saya bertanggungjawab." Allahu :'(


Terharu ade orang faham dengan jalan yang kita pilih. Cakap punya cakap rupanya isteri sir tu pun berniqab, adik-beradik isteri dia berniqab jugak.Sebab itulah dia faham perasaan kami. Kena kuatkan dan kentalkan hati nak buat macam tu.

Alhamdulillah. Allah dah bagi banyak perkara yang menggembirakan saya. Allah atur yang baik-baik saja. Seharusnya belajar bersyukur dan jika ade ujian yang datang, tu tandanya Allah sayang kita. Dan Allah rindu nak dengar rintihan kita.

Wallahualam.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, September 29, 2014

Taarufan≠ Pacaran Islami


Saat ini istilah taaruf banyak disalah artikan. Seolah taaruf adalah sebuah jalan untuk menghalalkan kegiatan pacaran dalam jalur ketaatan terhadap aturan Islam. Ngaku taarufan padahal aslinya pacaran.

Kalau bangunin ngajak shalat tahajud wanita idaman bukan taaruf namanya
Kalau pergi berduaan meski tak pegangan tangan bukan taaruf namanya.
Kalau masih rajin ngingetin waktu makan walaupun dengan bahasa yang sopan dengan bilang,” Jangan lupa makan ukhti,” Itu bukan taaruf namanya,

Kalau pergi dan pulang kuliah masih sibuk diantar jemput pakai motor meski menjaga diri agar tak bersentuhan bukan taaruf namanyaApalagi kalau udah berucap sayang, merajuk manja, membayangkan hidup berdua karena terlalu intens smsan, sibuk telepon-teleponan, kalau malam minggu tak pernah abseb jalan. Sory sob, itu bukan taaruf namanya.

Kenali taaruf dengan benar, jangan sampai kau mengorbankan keberkahan pernikahan karena salah jalan merasa taarufan padahal pacaran. Taruf itu tak mengenal berdua-duaan ataupun sayang-sayangan ketika dia belum halal. Selalu ada mahram yang menjaga dari hal-hal yang tidak diinginkan. Komunikasipun terbatas, tak harus selalu mengingatkan dari pagi sampai pagi lagi meski hanya lewat handphone. Waktu dari khitbah kepada akad pernikahan pun tak boleh berlama-lama. Semuanya harus dipersiapkan dengan segera agar tak timbul fitnah nantinya. So, jangan berlindung di balik kata taaruf ya, sob. 


Credit to : Setia Furqon Kholid 

 
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)