Blog Si Bakal Doktor

Monday, April 21, 2014

Baitul Muslim


Cehhhh~~

Tajuk kemain bikin panas. Hihi.

InshaAllah panjang umur bulan depan genap 23 tahun. Hampir 23 tahun dah hidup di bumi Allah ni. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Zaman dulu umur 23 tahun dah digelar anak dara tua dah. Anak dara semua nikah awal <---- Ni statement mak saya eh  >.<

Dan sekarang pun seolah-olah masa berpatah ke zaman dulu. Yang mana fenomena nikah awal kembali lagi. Sama lah dengan sejarah Islam. Islam sekarang seolah-olah berada di zaman jahiliah yang mana ajaran yang disampaikan Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi terdahulu ditentang habis-habisan.

Bila dah nak masuk umur 23 ni, ramai lah pulak semakin rajin bertanya bila nak berdua. Cehhh. Nampak ni? *sambil tunjuk penumbuk. Tak payah kecoh sangat eh tanya pasal tu. Tanya diri sendiri dah sedia ke nak pikul tanggungjawab. Nikah kahwin bukan setakat I Lap U dan  U Lap Me je. Tapi merangkumi semua aspek. Tak perlu nak berangan la tu semua kalau diri sendiri tak terjaga.

Kan mek Aim dah membebel. *geleng-geleng kepala

Lelaki, walaupun dah berkahwin, ada anak dan isteri, syurga dia tetap di bawah telapak kaki seorang ibu. Berbeza dgn perempuan. Jangan ingat dah dapat isteri, terus boleh lupa tanggungjawab terhadap ibu. Makanya, jadi tanggungjawab seorang isteri utk ingatkan si suami akan tanggungjawabnya. Ni tak, ingat si suami tu hak mutlak dia je. Tak ke senget sebelah bahu si suami tu.

Bila dah hidup berdua nanti, macam mane nak bagi tarbiyyah dekat keluarga agar menjadi baitul muslim yang sakinah, mawaddah dan rahmat. Kalau takde tarbiyyah yang sempurna, baitul muslim yang dibina tu boleh kucar kacir. Foundation-nya takde, gi mana boleh cambah dengan baik kan.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Walau canggih mana pun pemikiran moden ni, kita kena kembali kepada fitrah manusia. Jodoh itu rahsia Allah. Kita tak pasti sama ada sempat atau tidak untuk membina baitul muslim. Tapi yang pasti jodoh dengan kematian itu pasti!

Ingatlah,

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan  yang mulia." [An-Nur : 26]

Jadi, tepuk dada tanya iman.

Mak dah bagi hint  Dengan selambanya jawab dekat mak "relaks mak, masa masih muda. Tunggu tiga atau empat tahun lagi." Mak geleng kepala je. Apa pun tak boleh! Kuikiki :p




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

4 125 tapak kaki:

Kira Sakura said...

sebagai seorang perempuan kena didik diri sebaiknya. jangan buat sampai suami terpaksa memilih antara dua. ibu dan isteri. ;)

aizamia3 said...

suami bukan hak kita sepenuhnya.. jangan menjadi seorang yang tamak.. yang penting hubungan kekeluargaan baik dan mesra sepanjang hayat..

Moga bertemu jodoh yang baik-baik hendakNYA..

Izyan Hamizi said...

aimmmmmm!
kann, skrg ni ramai sgt yg kahwin awal-alhamdulillah!
tapi bila sy kata nak kahwin lepas habis housemanship which is dlm 26-27, semua kata lewat sgt wuuwuuu TT

Yelah tapi apapun semua org pun ada perancangan dan priorities masing2, kahwin bukan perkara main main.

Banyak nak kena fikir, respect dekat kawan2 yang kahwin dan ada anak masa belajar. kitta nak urus diri sendiri pun terumbang ambing lagi. Tarbiyyah diri masih belum mantap TT

Tapi insyaAllah bila tiba masanya adalah rezeki masing masing kann?

lama betul tak komen blog aim. hee rindulahhh. aim ingat saya lagi tak? haha :P

نورعيم said...

@Izyan Hamizi yayannnnnnnnn! mesti la ingat lagi :)

yup, rezeki masing2. kalau bukan di dunia ni di sana kelak kan. inshaAllah.

eh sama la target umur nak kawen tu. hihi.