Blog Si Bakal Doktor

Sunday, April 20, 2014

Kenapa Awak Pakai Ini?


Someone asked me :

"Kenapa awak pakai Ini?" Sambil tunjuk dekat lengan tangan saya.

"Kenapa awak pakai Ini?" Sambil tunjuk dekat kaki saya.

"Dan kenapa perlu pakai tudung labuh macam ni. Tak rimas ke?" Sambil tunjuk dekat tudung saya.

---------------------------------------------------------------------

Awak, saya pakai semua ni sebab Allah yang suruh. Allah sendiri yang cakap aurat perempuan dengan ajnabi mereka seluruh badan kecuali tangan dan muka.

Kenapa saya pakai handsock atau sarung lengan? Sebab baju lengan panjang tak tutup sepenuhnya lengan saya. Let's say saya nak ambil barang dari tempat tinggi. Kalau takde handsock orang lain nampak tak kulit saya? Kebarangkalian untuk nampak itu tinggi. Jadi, baik cegah sebelum orang nampak. :)

Awak, niat mula-mula saya pakai stoking sebab saya malu orang tengok kaki saya. Tapi lama kelamaan saya sedar yang kaki kita tu pun aurat yang wajib ditutup. Setakat baju longgar, seluar longgar dan pakai tudung tutup rambut tak memadai. Kaki tutup sama lagi cantik dan tambah cantik ^_^

Awak, tak salah pun tak pakai tudung labuh tapi dengan syarat biarlah tutup sepenuhnya bahagian dada kita. Tapi bila dah cantik pakai handsock dengan stoking, apa kata labuhkan sikit tudung. Boleh tak awak? Confirm awak makin cantik :) Nanti awak cuba tudung bidang 50/55 dulu. Dah selesa bolehlah bertukar ke bidang 60 ye.

Saya sayang sahabat saya. Kalau saya berpeluang jejakkan kaki ke syurga Allah kelak, saya nak kita sesama dekat sana. Berubahlah demi Allah bukan kerna manusia.


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab : ayat 59]

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

7 125 tapak kaki:

aizamia3 said...

Dari kurang baik menjadi baik..
Dari yang baik menjadi terbaik..

Amy said...

syg dik aim...

نورعيم said...

@aizamia3 iya kak. hidup ni kena ade perubahan :)

نورعيم said...

@Amy sayang kak amy banyak3!!! ;)

Kira Sakura said...

akak sokong. dari bidang 50/55 tukar ke bidang 60.

macam akak. dari M labuh ke L. mungkin nanti labuh ke XL pulak :)

sesama kita doakan untuk orang yg kita sayang ye dik

Anonymous said...

Klu ada yg mpertikaikan tntang cara anda mnutup aurat dgn sempurna anda bole mjawab sbegini sbagai mnutup bicara yg mbawa kepada brfikir dgn waras..
"ia bukan perintah ibubapa atau suami, maupun tunang saya, tp ia adalah perintah Allah Ta'ala"

نورعيم said...

@Anonymous jzkk khayr saudara/saudari :)