Blog Si Bakal Doktor

Monday, June 30, 2014

Beribadah itu Bukan Membazir Masa.



Bila tiba ramadhan, nak pulak musim exam, ramai yang merungut. Saya sangat tak suka orang yang merungut macam ni. Macam tak pernah nak bersyukur dengan kedatangan ramadhan tahun ni. Yakin sangat ke dapat jumpa ramadhan lagi tahun depan?

Saya tak marah, tapi sedikit kecewa dengan perspektif orang kita. Selalu sangat menganggap ibadah tu membazir masa. Allahu. Tolonglah jangan fikir macam tu. Kalau taknak pergi pun, cakap saja taknak. Tak perlu cipta seribu alasan. Antara rungutan yang selalu saya dengar :

'Malam kena terawih, dah la imam tu baca bukan kemain panjang, dah pastu bilanya nak belajar?'

'Terawih sunat je pun kan? Tak buat takpe kan?'

'Taknak la pergi. Lama sangat ambil masa. Aku tak habis study lagi ni. Lain kali la ye.'

Allahu Allah :(

Betul, solat terawih tu sunat saja. Tapi apa salahnya tunaikan sekali saja. Sebabnya terawih ni datangnya setahun sekali saja. Bulan lain takde terawih ni. Hanya di bulan ramadhan.


Wahai manusia! Solat terawih tu tak pernah membazirkan masa seseorang itu. Jangan terlalu berkira dengan Allah. Allah tu Maha Berkuasa. Dia mampu mengubah segalanya. Kalau buat ibadah malam hari dengan ikhlas, inshaAllah ade ganjaran menanti esok hari.

Malam tu buat ibadah sungguh², esok tu exam. InshaAllah Allah akan tolong. Dengan syarat dah usaha sebaik mungkin. No worries sahabat.

Saya tak memaksa. Ini semua terpulang pada diri masing². Kita semua dah besar. Boleh fikir mana baik mana buruk. Yang penting, lakukan dengan ikhlas. Jaga iman, jaga hati, jaga mata, jaga segalanya.

Maafkan kekhilafan diri ku ini. Moga ramadhan kali ini lebih produktif dan sama² kejar lail qadr.

Salam Ramadhan.
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

1 125 tapak kaki:

nusha fasha said...

perangai org tidak djgka..

mcm2...