Blog Si Bakal Doktor

Monday, June 9, 2014

Pahit Manis 'Forever Alone'


Zaman ijazah ni saya memang terkenal dengan gelaran forever alone. Boleh katakan ke mana pergi, mesti seorang diri. Nevermind. Tak kisah pun. Lebih baik seorang diri dari beramai-ramai ni.

Tapi dalam keadaan forever alone ni pun ada lagi yang tak puas hati. Tak tahu mane silapnya. Pernah sekali melibatkan kerja kumpulan. Dalam kumpulan tu kena ada tiga orang sahaja. Saya yang TERSISIH takde kumpulan. Kemudian, sorang kawan ni tanya dah ade kumpulan ke belum. Kalau takde jum masuk kumpulan dia.

Saya berat hati. Dia dah cukup ahli tapi sanggup berpecah disebabkan saya seorang diri. Rupa-rupanya hal saya masuk kumpulan lain dijadikan buah mulut classmates lain. Masa saya dapat tahu, masa tu jugak, dalam kelas, menitis air mata. Allahu.

Tak tahan. Sebak sangat. Saya dikatakan berlagak, pilih bulu sebab nak sekumpulan dengan orang pandai je (kebetulan orang yang ajak saya tu semuanya pandai), sanggup tinggalkan ahli kumpulan lama, pentingkan diri sendiri. Allah! Allah! Allah!

Masa tu Allah je tahu perasaan saya. Sedih, kecewa, marah semua bercampur aduk. Siapa yang tinggal siapa sebenarnya? Orang yang sebarkan cerita ni elok je datang jumpa saya buat muka manis tanya macam-macam. Dalam hati nak saja maki hamun dia tapi sabarkan hati ni.

Tak guna balas balik apa yang dia buat. Kalau saya balas. saya sama saja dengan dia kan.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?..." [Al-Baqarah : 214]

Senyum dan terus senyum Aim! Aja aja fighting! :)


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

5 125 tapak kaki:

augustfille said...

Akak pls email saya asap sebab nak Tanya something pasal kemasukan degree uitm tu yg akak pernah pos tu. Kalau boleh tolong email saya ye nuramirahasimi@gmail.com pls ye akak tak tahu nak tanya sape dah

augustfille said...

Akak pls email saya asap sebab nak Tanya something pasal kemasukan degree uitm tu yg akak pernah pos tu. Kalau boleh tolong email saya ye nuramirahasimi@gmail.com pls ye akak tak tahu nak tanya sape dah

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם said...

Tahniah krana bjaya mndapat sgulung ijazah, sy cma ada sgulung surat branak je.. huhu.

Zaman study mcari ilmu spatutnya 1 zaman yg indah jd baik dikenangkan sahaja saat yg indah.

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם (assalamualaikum (hebrew))

نورعيم said...

@augustfille boleh email kat akak noraimismail@gmail.com ye :)

نورعيم said...

@שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם ni maksudnya assalamualaikum ke? tertanya2 jgk apa mksd dia.