Blog Si Bakal Doktor

Friday, June 6, 2014

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa :D


Post yang terakhir bertarikh 21 April. Lama dah rupanya ber-update. Pejam celik , pejam celik, cepat saja masa berlalu.

InshaAllah kurang dari sebulan untuk habiskan ijazah ini. Alhamdulillah. Moga terus diberi kekuatan untuk habiskan apa yang dimulakan ni. Dan moga ada berita gembira sebelum peperiksaan akhir hujung bulan ni.

InshaAllah habis peperiksaan akhir akan ke latihan industri untuk tiga bulan. Tapi hingga ke saat ini takde pun lagi feedback dari company yang saya mohon. Kalau ada pun kena reject. Allahu~ Risau, memang tersangat risau. Tapi saya percaya perancangan Allah itu lebih baik.

Ada company panggil interview, tapi disebabkan jauh dorang interview melalui telefon je. Dan bukan nasib saya. Saya tak dapat, classmate pulak yang dapat. Takpe, ada tempat yang lagi baik menanti saya :)

"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat." [Al-Mu'minun : 29]

Murabbi saya selalu pesan jangan minta apa yang kita nak, tapi mintalah apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita minta tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk hambaNya. No worries Aim :')

------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas ke Penang atas urusan seri paduka baginda hihi. Alhamdulillah sempat jumpa si pipi pau Fateh Uwais. Subhanallah! Comel teramat amat sangat Uwais ni. Ummi, ciksu excaited nak jumpa Uwais je :p

Tapi sayang Uwais ni pemalu rupanya. Dia taknak dengan orang perempuan =.=' Kuciwa tau ciksu Uwais buat ciksu macam ni T_T Nasib baik la dia nak main jugak. Tengok takpe, kalau hulur tangan nak dukung terus berpaling kat ummi dia. Bila dia senyum sampai ke ciksu sekali melting. Haiii la si pipi pau pandai goda orang.

Ummi paksa dia duduk dengan ciksu. Tengok muka dia, taknak senyum langsung. Tapi takpe baby, ciksu tetap puas hati dapat dukung awak :)

InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi okey Uwais? :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

5 125 tapak kaki:

Amy said...

kak doakan yang terbaik tuk dik aim :)

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם said...

hmm..

sabar je dik, teruskan bdoa dan berusaha, insya Allah ada jalannya.

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם said...

huhu..

comeynyer ciksu..err uwais tu.

نورعيم said...

@Amy mekasih kak syg :)

نورعيم said...

@שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם inshaAllah. err uwais yg comel sebenarnyaa.