Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, October 29, 2014

Macam-Macam Ragam



Dua tiga minggu ni kerjanya hanya collection data. Sepanjang buat collection ni, macam-macam ragam respondents saya dapat. Ada yang komen itu ini, ada yang tak puas hati dengan soalan-soalan dalam questionnaire tu, yang marah-marah pun ada. Saya mampu gelak saja depan PC ni :)

Pilihan apa lagi yang ada kan? Nak terangkan sebab guna cara (method) itu ini, sampai ke sudah mereka tak akan faham. Jadi, jalan selamat cakap terima kasih. Nak jawab ke tidak, tu terpulang kepada respondent. Saya sebagai reseacher tak boleh nak paksa orang jawab.

Sampai satu tahap, ada respondent ni ajar saya balik kena buat itu ini. Haha. Tengok latar belakang, bukan dari kalangan statisticians. Senyum dan cakap terima kasih saja :)

Betul la kata pensyarah. Nak jadi seorang ahli perangkaan bukannya senang =.='

Minggu depan dah kena mula buat analisis data. This is my favourite part! :D





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: