Blog Si Bakal Doktor

Sunday, October 12, 2014

Syukur 'Ala Nikmat


Ola oktober!

Minggu ni dah masuk minggu keenam praktikal. 7 minggu lagi berbaki. Minggu lepas advisor dari UiTM datang melawat dan seterusnya meluluskan proposal untuk thesis. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya :)

Mula-mula keluar list name untuk advisor, terduduk tengok dapat advisor lelaki. Means lecturer LELAKI. Saya tak pernah tahu akan kewujudannya di UiTM sehingga la hari tu. Dalam hati "ohhh jeng! Macam mane nak communicate dengan lecturer lelaki."

Tapi tak lama sebab hati terus di sapa dengan sepotong ayat ni:

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [2:216]

Debushh! Macam kena satu tamparan pabila disapa dengan ayat ini. Reti bersyukur tak Aim?! Ada hikmahnya dapat advisor lelaki tu. Bersangka baik dengan Allah.

Dah tenang sikit terus contact lecturer tu. Dalam masa dua minggu sir terus decide nak dapt melawat. Gelabah tahap tak ingat dah. Sebab?

1. Proposal memang tak siap lagi (masa sir bagitahu nak datang)
2. Niqab. (UiTM memang tak benarkan niqab. Tapi organisasi benarkan)

Semua cakap relaks je. InshaAllah takde apa-apa kot jadi. Dan hari kejadian. Allahuakbar! Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Ini hikmahnya. Ringkasnya, sir cakap "hari viva nanti, awak pakai je pegi uitm. Kalau pakgad sekat awak, cakap saya yg bagi arahan. Saya bertanggungjawab." Allahu :'(


Terharu ade orang faham dengan jalan yang kita pilih. Cakap punya cakap rupanya isteri sir tu pun berniqab, adik-beradik isteri dia berniqab jugak.Sebab itulah dia faham perasaan kami. Kena kuatkan dan kentalkan hati nak buat macam tu.

Alhamdulillah. Allah dah bagi banyak perkara yang menggembirakan saya. Allah atur yang baik-baik saja. Seharusnya belajar bersyukur dan jika ade ujian yang datang, tu tandanya Allah sayang kita. Dan Allah rindu nak dengar rintihan kita.

Wallahualam.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: