Blog Si Bakal Doktor

Sunday, November 16, 2014

Rezeki




One of my classmates, dia buat internship dekat research consultant punya company di KL. Kira dia sangat beruntung la dapat buat intern dekat company research tu. Dia dapat aplikasikan apa yang dah belajar selama 5 tahun ni. Saya pun pernah mintak, tapi tak ada rezeki nak  intern kat sana. 

Baru-baru ni dia ada bagitahu yang dia sekarang tak dikira pelajar praktikal dah tapi sebagai PERMANENT EMPLOYEE. Sekali lagi, PERMANENT okey! Baru dua bulan kat situ, dia dah tawarkan sebagai pekerja tetap.

MashaAllah. 

Murahnya rezeki dia.

Saya assumed mesti dia sangat performed apabila diberi tugasan. Tapi sangkaan saya meleset. Dia cakap dia taklah performed sangat, ada saja buat salah ke apa. Tapi dah rezeki dia dapat tawaran, terus dia terima. Dia cakap basic taklah tinggi sangat, tak tinggi pun cecah la 2k tu tapi kalau dapat projek kena handle komisyennya dekat 1k setiap projek. Dalam sebulan dua tiga projek kena handle. MashaAllah. Banyak sangat dah tu T_T

Setiap orang rezeki tu Allah dah tetapkan. Bahagian dia Allah tetapkan seawal ni. Haruslah kan tumpang gembira buat dia.


“Sesungguhnya Allah, Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh”
[Az-Zaariyat : 58]


Terjumpa ayat ni semasa mengaji. Betullah, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tentukan. Yang membezakan hanya cepat atau lambat. Rezeki tu kalau Allah nak bagi, ianya datang dengan cara yang tak disangka langsung. Kadang-kadang, kita tak sedar pun, tup-tup dapat dah. Kadang-kadang kan rezeki tu datang tak putus, tapi kita tak sedar pun. MashaAllah. Subhanallah.

Pernah seorang akhawat ni bagitahu saya pabila dia tanya saya perancangan lepas habis belajar ni.


Kita ni kalau dari awal lagi niat habis belajar nanti nak cari kerja sebab nak bayar hutang, nak tolong mak ayah, inshaAllah Allah mudahkan. Sebab Dia tahu niat kita baik. Tak ke niat nak bayar hutang tu murni. Tak ke niat nak tolong mak ayah tu mulia. No? MashaAllah. Yang penting usaha tu kena ada. Jangan pulak dok rumah goyang kaki tapi nak dapat duit. Tak jadi dah tu. Usaha dan niat kena seiring.



Lepas dengar akhawat ni cakap, terus saya ter-inspired.  Dalam syarah hadis dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi  pun ada sebut pasal niat ni. Hadis 1 berkenaaan dengan niat.

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab r.a, dia berkata:  Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya setiap amalan itu berantung kepada niat dan setiap orang hanya memperolehi apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya.”


Begitu jugak lah dengan rezeki ni. Kalau dah dari awal lagi niat dah tak elok, Allah nak ke bagi rezeki kat kita. Refleks balik diri kita ni. Muhasabah diri sangat membantu. Kembali ke fitrah, Allah yang Maha Pemberi.

Waallahua’lam.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: