Blog Si Bakal Doktor

Monday, June 30, 2014

Beribadah itu Bukan Membazir Masa.



Bila tiba ramadhan, nak pulak musim exam, ramai yang merungut. Saya sangat tak suka orang yang merungut macam ni. Macam tak pernah nak bersyukur dengan kedatangan ramadhan tahun ni. Yakin sangat ke dapat jumpa ramadhan lagi tahun depan?

Saya tak marah, tapi sedikit kecewa dengan perspektif orang kita. Selalu sangat menganggap ibadah tu membazir masa. Allahu. Tolonglah jangan fikir macam tu. Kalau taknak pergi pun, cakap saja taknak. Tak perlu cipta seribu alasan. Antara rungutan yang selalu saya dengar :

'Malam kena terawih, dah la imam tu baca bukan kemain panjang, dah pastu bilanya nak belajar?'

'Terawih sunat je pun kan? Tak buat takpe kan?'

'Taknak la pergi. Lama sangat ambil masa. Aku tak habis study lagi ni. Lain kali la ye.'

Allahu Allah :(

Betul, solat terawih tu sunat saja. Tapi apa salahnya tunaikan sekali saja. Sebabnya terawih ni datangnya setahun sekali saja. Bulan lain takde terawih ni. Hanya di bulan ramadhan.


Wahai manusia! Solat terawih tu tak pernah membazirkan masa seseorang itu. Jangan terlalu berkira dengan Allah. Allah tu Maha Berkuasa. Dia mampu mengubah segalanya. Kalau buat ibadah malam hari dengan ikhlas, inshaAllah ade ganjaran menanti esok hari.

Malam tu buat ibadah sungguh², esok tu exam. InshaAllah Allah akan tolong. Dengan syarat dah usaha sebaik mungkin. No worries sahabat.

Saya tak memaksa. Ini semua terpulang pada diri masing². Kita semua dah besar. Boleh fikir mana baik mana buruk. Yang penting, lakukan dengan ikhlas. Jaga iman, jaga hati, jaga mata, jaga segalanya.

Maafkan kekhilafan diri ku ini. Moga ramadhan kali ini lebih produktif dan sama² kejar lail qadr.

Salam Ramadhan.
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, June 15, 2014

One Week Left


One week left but yet there is no answer.


















Biiznillah :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, June 11, 2014

Favorite Ayah.


Ayah here hasn't referred to the father but ayat (in Malay) in the Quran. Ayah is in Arabic and don't get confused! :)

After all, this is one of the my favorite ayah.



This ayah inspired me a lot. A lot! I read and tried to understand every single thing in the Quran. And I found this ayah. I knew Allah was always for us. He never left us even though for a second. When we lost He guided us to the end.

It so embarrassed when Allah gave what you want, but you never gave in return for Him. What you have done for Him?

It is your 5 times prayer in a day enough?

It is your fasting full in a month in Ramadhan?

And what about others ibadah?

Be a better muslim for ummah.

Wallahualam.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Proses Pembersihan


Sebelum proses pembersihan, jumlah post dalam blog ni 500++. Hasil dari proses pembersihan, hanya tinggal 200++ dan bakal berkurang lagi!

Reason?

Post dulu-dulu macam budak tak matang je menulis. Dah sejak bila reti matang? Hihi. Bila baca balik malu dan kesian dekat diri sendiri. Sudah-sudahlah memalukan diri tu  =.='

Lagipun older posts tu tak mendatangkan manfaat tu. Takde hadaf pun (tujuan). Orang baca pun tak boleh ambil ibrah (pengajaran). Jadi, better buang dari menimbulkan fitnah.

Post dulu-dulu banyak sangat gambar (gambar sendiri boleh kira dengan jari). Walaupun bukan gambar sendiri, tapi ada di antara gambar-gambar not fully covered our aurah. Taknak di soal di sana kelak sebab apa tayangkan gambar tak menutup aurat :'(

Yang paling penting, taknak menimbulkan fitnah kepada agama. Taknak ulas panjang-panjang. You know what I mean.



Jadi, keputusannya muktamat. Kita buang! :)

Call me berlagak baik, berlagak warak or whatever name you want, I don't care!



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, June 10, 2014

Tolong, Jangan!


Kalau awak ada masalah dengan si dia,
tolong, jangan datang cari saya.

Saya tak ada kaitan apa-apa pun dengan si dia.

Saya tak ada hubungan apa-apa pun dengan si dia.

Saya dah berzaman tak contact dengan si dia.

Ya, dulu dia kawan saya.
Tapi tak semestinya berkawan saya tahu semua pasal si dia.

Sejak saya jadi macam sekarang ni,
saya dah hentikan berhubung dengan semua ajnabi kecuali atas urusan penting sahaja.

Dan stop assumed macam-macam terhadap saya!
Saya tahu awak selalu fikir saya ni 'watak jahat'.
Tolong, jangan!

Just jaga hubungan awak dengan si dia. Saya tak ada kaitan.

Bukan saya yang SMS dia,
Bukan saya yang call dia,
Bukan saya yang selalu jumpa dia,
SEMUANYA BUKAN SAYA.

Apa yang dia buat,
Apa yang dia rasa,
BUKAN URUSAN SAYA!

Sekian, terima kasih.

P/s: Saya tahu awak baca dan memang niat saya nak awak baca.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, June 9, 2014

Pahit Manis 'Forever Alone'


Zaman ijazah ni saya memang terkenal dengan gelaran forever alone. Boleh katakan ke mana pergi, mesti seorang diri. Nevermind. Tak kisah pun. Lebih baik seorang diri dari beramai-ramai ni.

Tapi dalam keadaan forever alone ni pun ada lagi yang tak puas hati. Tak tahu mane silapnya. Pernah sekali melibatkan kerja kumpulan. Dalam kumpulan tu kena ada tiga orang sahaja. Saya yang TERSISIH takde kumpulan. Kemudian, sorang kawan ni tanya dah ade kumpulan ke belum. Kalau takde jum masuk kumpulan dia.

Saya berat hati. Dia dah cukup ahli tapi sanggup berpecah disebabkan saya seorang diri. Rupa-rupanya hal saya masuk kumpulan lain dijadikan buah mulut classmates lain. Masa saya dapat tahu, masa tu jugak, dalam kelas, menitis air mata. Allahu.

Tak tahan. Sebak sangat. Saya dikatakan berlagak, pilih bulu sebab nak sekumpulan dengan orang pandai je (kebetulan orang yang ajak saya tu semuanya pandai), sanggup tinggalkan ahli kumpulan lama, pentingkan diri sendiri. Allah! Allah! Allah!

Masa tu Allah je tahu perasaan saya. Sedih, kecewa, marah semua bercampur aduk. Siapa yang tinggal siapa sebenarnya? Orang yang sebarkan cerita ni elok je datang jumpa saya buat muka manis tanya macam-macam. Dalam hati nak saja maki hamun dia tapi sabarkan hati ni.

Tak guna balas balik apa yang dia buat. Kalau saya balas. saya sama saja dengan dia kan.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?..." [Al-Baqarah : 214]

Senyum dan terus senyum Aim! Aja aja fighting! :)


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, June 6, 2014

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa :D


Post yang terakhir bertarikh 21 April. Lama dah rupanya ber-update. Pejam celik , pejam celik, cepat saja masa berlalu.

InshaAllah kurang dari sebulan untuk habiskan ijazah ini. Alhamdulillah. Moga terus diberi kekuatan untuk habiskan apa yang dimulakan ni. Dan moga ada berita gembira sebelum peperiksaan akhir hujung bulan ni.

InshaAllah habis peperiksaan akhir akan ke latihan industri untuk tiga bulan. Tapi hingga ke saat ini takde pun lagi feedback dari company yang saya mohon. Kalau ada pun kena reject. Allahu~ Risau, memang tersangat risau. Tapi saya percaya perancangan Allah itu lebih baik.

Ada company panggil interview, tapi disebabkan jauh dorang interview melalui telefon je. Dan bukan nasib saya. Saya tak dapat, classmate pulak yang dapat. Takpe, ada tempat yang lagi baik menanti saya :)

"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat." [Al-Mu'minun : 29]

Murabbi saya selalu pesan jangan minta apa yang kita nak, tapi mintalah apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita minta tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk hambaNya. No worries Aim :')

------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas ke Penang atas urusan seri paduka baginda hihi. Alhamdulillah sempat jumpa si pipi pau Fateh Uwais. Subhanallah! Comel teramat amat sangat Uwais ni. Ummi, ciksu excaited nak jumpa Uwais je :p

Tapi sayang Uwais ni pemalu rupanya. Dia taknak dengan orang perempuan =.=' Kuciwa tau ciksu Uwais buat ciksu macam ni T_T Nasib baik la dia nak main jugak. Tengok takpe, kalau hulur tangan nak dukung terus berpaling kat ummi dia. Bila dia senyum sampai ke ciksu sekali melting. Haiii la si pipi pau pandai goda orang.

Ummi paksa dia duduk dengan ciksu. Tengok muka dia, taknak senyum langsung. Tapi takpe baby, ciksu tetap puas hati dapat dukung awak :)

InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi okey Uwais? :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)