Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, November 26, 2014

Great Person


Bismillahirahmanirahim.

Pernah dengar nama Ustadh Nouman Ali Khan?

Nouman Ali Khan is a Muslim speaker and the CEO and the founder of Bayyinah Institute, an Arabic studies, educational institution in the United States. His early education in Arabic started in Riyadh, Saudi Arabia and continued in Pakistan. His serious Arabic training began in 1999 in the United States. He has been teaching Modern Standard and Classical Arabic at various venues for several years with over 10,000 students nationwide. He teaches about the religion of Islam through his videos speeches. He also frequently speaks at Islamic Circle of North America Convention about Islam, family, and other life topics. 

Sumber : Facebook

Pertama kali dengar nama ustaz ni bila akak naqibah perkenalkan dalam usrah. Seriously, lepas dengar satu video yang ustaz ni sampaikan, terdetik dalam hati hebatnyaaaaa ustaz ni. Dia pernah datang buat tour kat Malaysia. Last tahun lepas. Tahun ni macam tak ada lagi.

Antara talk yang saya suka;

 

Stunning similarity Surah Ar Rahman and Surah Al Waqiah


Try to watch this video and his other videos. Amazing. Subhanallah. I can write a simple notes after watched this video. MashaAllah.

I suggest you (whoever read this) watch his videos. There are hundred videos in his channel on YouTube. Here ; Nouman Ali Khan Collection

May Allah grand great rewards to you. Allah looks at the 'usaha' not the natijah (outcome).

Biidznillah.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, November 25, 2014

Untitled


Bismillahirahmanirahim.

Boleh la kot buat selingan di petang hari.



Siapa pernah tengok 3 idiots mesti tahu maksudnya ^_^


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, November 18, 2014

Hitam ; Putih


Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih lagi bernyawa pagi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Hitam ; Putih

Setiap orang saya pasti ada bahagian hitam dan bahagian putihnya.

Hitam ; Gelapnya jahiliah
Putih : Terangnya tarbiah

Saya tak terkecuali. Saya pernah merasa berada dalam dunia jahiliah. Bagaimana hidup hanya berlandaskan hawa nafsu semata. Dosa pahala tolak ke tepi. Solat dan aurat hanya dipandang enteng. Solat ditunaikan ala kadar. Menutup aurat tak sempurna, buat hanya kerana kebiasaannya orang lain buat.  Dah jadi satu budaya kat Malaysia ni buat apa yang orang lain buat. Semuanya bukan kerana Allah.

Allahu. Malunya dengan Allah T_T

Tapi Allah Maha Pengampun. Berubahlah kerana Allah.

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[An-Nahl : 119]


Saya taknak lagi go back to that time. Taknak. Moga Allah bantu saya dalam mujahadah dan istiqamah di jalan ini. InshaAllah.

Cuma, saya mohon,



Mohon sangat-sangat.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, November 16, 2014

Rezeki




One of my classmates, dia buat internship dekat research consultant punya company di KL. Kira dia sangat beruntung la dapat buat intern dekat company research tu. Dia dapat aplikasikan apa yang dah belajar selama 5 tahun ni. Saya pun pernah mintak, tapi tak ada rezeki nak  intern kat sana. 

Baru-baru ni dia ada bagitahu yang dia sekarang tak dikira pelajar praktikal dah tapi sebagai PERMANENT EMPLOYEE. Sekali lagi, PERMANENT okey! Baru dua bulan kat situ, dia dah tawarkan sebagai pekerja tetap.

MashaAllah. 

Murahnya rezeki dia.

Saya assumed mesti dia sangat performed apabila diberi tugasan. Tapi sangkaan saya meleset. Dia cakap dia taklah performed sangat, ada saja buat salah ke apa. Tapi dah rezeki dia dapat tawaran, terus dia terima. Dia cakap basic taklah tinggi sangat, tak tinggi pun cecah la 2k tu tapi kalau dapat projek kena handle komisyennya dekat 1k setiap projek. Dalam sebulan dua tiga projek kena handle. MashaAllah. Banyak sangat dah tu T_T

Setiap orang rezeki tu Allah dah tetapkan. Bahagian dia Allah tetapkan seawal ni. Haruslah kan tumpang gembira buat dia.


“Sesungguhnya Allah, Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh”
[Az-Zaariyat : 58]


Terjumpa ayat ni semasa mengaji. Betullah, rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tentukan. Yang membezakan hanya cepat atau lambat. Rezeki tu kalau Allah nak bagi, ianya datang dengan cara yang tak disangka langsung. Kadang-kadang, kita tak sedar pun, tup-tup dapat dah. Kadang-kadang kan rezeki tu datang tak putus, tapi kita tak sedar pun. MashaAllah. Subhanallah.

Pernah seorang akhawat ni bagitahu saya pabila dia tanya saya perancangan lepas habis belajar ni.


Kita ni kalau dari awal lagi niat habis belajar nanti nak cari kerja sebab nak bayar hutang, nak tolong mak ayah, inshaAllah Allah mudahkan. Sebab Dia tahu niat kita baik. Tak ke niat nak bayar hutang tu murni. Tak ke niat nak tolong mak ayah tu mulia. No? MashaAllah. Yang penting usaha tu kena ada. Jangan pulak dok rumah goyang kaki tapi nak dapat duit. Tak jadi dah tu. Usaha dan niat kena seiring.



Lepas dengar akhawat ni cakap, terus saya ter-inspired.  Dalam syarah hadis dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi  pun ada sebut pasal niat ni. Hadis 1 berkenaaan dengan niat.

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab r.a, dia berkata:  Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya setiap amalan itu berantung kepada niat dan setiap orang hanya memperolehi apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya.”


Begitu jugak lah dengan rezeki ni. Kalau dah dari awal lagi niat dah tak elok, Allah nak ke bagi rezeki kat kita. Refleks balik diri kita ni. Muhasabah diri sangat membantu. Kembali ke fitrah, Allah yang Maha Pemberi.

Waallahua’lam.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, November 3, 2014

The Beauty of Niqab


Niqabis?
I give them so much respect.
They go through so much for Allah swt.
We need to be strong enough to achieve it.
They give up the freedom of letting the breeze hit their face in extreme heat.
They give a different message, that you don’t have to show your face to interact.
Your face is just skin, it doesn't expose your occupation, or your level of education, or your wealth, and so on.
They send the message that you don’t have to see someone’s face to love them, you don’t have to see their face to respect them.

-Ruuhul Hubbi




This is my choice.
This is my way.
I choose to be part of them.

Biidznillah.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, November 2, 2014

Hadiah



Konon-konon nak terobek :p

Hari lahir tahun ni dapat hadiah dari unknown. Kekonon la. Tapi boleh je nak teka siapa yang bagi. Biar lah tuan punya badan tak mengaku pun, tetap nak ucap terima kasih.

Buku dah baca.
Kain batik tu baru je buka dari plastik beberapa hari lepas.
Keychain dah selamat tergantung di beg.

Cantik kainnya. Mak tanya siapa bagi. Cakap kawan bagi. Mak teka batik jawa ke, sebab kainnya lebih kurang batik jawa. Saya iakan je la sebab taktahu jenisnya. Tahu pakai saja :D





Kali pertama dapat kain batik. Macam pelik. Tapi dah orang bagi ambil la. Ye dok? :)

Terima kasih tuan punya badan.

May Allah bless you.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, November 1, 2014

Little Reminder #5







(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [An-Nuur : 26]


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)