Blog Si Bakal Doktor

Wednesday, February 18, 2015

Banjir 2014



Kali pertama dalam sejarah hidup saya tinggal di kampung itu, banjir besar melanda. Bukan hidup saya, hidup kakak saya yang sulung sekarang umur 40++ pun tak pernah. Tahun 1967 orang tua cakap banjir besar dikenali 'bah merah'. Tapi kali ni lebih besar lagi daripada tahun 1967. Terkejutnya Allah saja yang tahu. Malam sebelum hari banjir tu tak dapat tidur sangat. Gelisah sebab hujan tak henti-henti pun, air makin naik.

Pagi 24 Disember 2014 ; rabu, mak saya kejut pukul 3 pagi katanya air dah sampai belakang rumah tunggu masa nak masuk dapur dah. Tengok rumah jiran sebelah air dah sampai bumbung dah. Rumah jiran terkebelakang sikit dari rumah saya. Gementar, terkejut, kelam kabut semua ada. Taktahu nak buat apa dulu. Dah ok mak cakap angkat barang kat dapur bawak pegi ruang tamu. Masa ni bajet air takkan naik sampai ruang tamu.

Waktu subuh air dah mula masuk dapur. Mak tak bagi turun dapur dah sebab air dah cecah pinggang mak waktu tu. Mak cakap kemas apa yang patut. Bawak dokumen-dokumen penting, Tengok keadaan air mungkin kami kena keluar rumah jugak. Sempat mak pesan "bawak laptop, bawak printer, takde benda dua tu tak siap laa thesis tu." Aduhaii mak ^_^

Elektrik hari selasa lagi dah diputuskan, air dah seminggu takde. Dengan telefon tak bercaj, adik-beradik semua menangis kat sana risaukan kami kat kampung. Pukul 9 lebihh air mula masuk ruang tamu. Dari belakang air sungai, dari depan air yang dari sungai belah laloh, pahi sana mula bercantum. Depan belakang air. Air makin cepat naik. Kami buat keputusan untuk keluar dari rumah. Mujur ayah ada perahu.

Masa kami keluar dari rumah, air dah paras lutut. Air tengah deras ayah tak berani nak kayuh dengan tiga orang dalam perahu. Mujur lah ade orang kampung datang dan bawak saya dan mak ke bukit. Situ lah satu-satunya tempat tinggi dan selamat. Jalan nak keluar ke bandar pun tak ditenggelami air. Kami semua takde pilihan dah.


Yaa, di sini lah tempat kami satu kampung berlindung.

Selama 3 hari 4 malam kami berlindung di atas bukit ini. Nampak tak air sekeliling bukit? Kampung kami ibarat sungai. Waktu malam kami dapat dengar bunyi rumah dihanyutkan air. Allah! Semua dilanda kerisauan. Tak tahu rumah siapa yang dihanyutkan air.

Ramai yang bertanya tak ada bantuan ke sampai. Jawapannya TIADA. Tempat berlindung kami hanya berlapikkan tikar semata-mata. Makanan dari ihsan orang kampung yang ada perahu berenjin keluar cari makanan. Bantuan dari pihak lain wallahualam saya taktahu.

Kami balik ke rumah masing-masing 27 Disember. Waktu ni air tak surut sepenuhnya lagi tapi sementara air masih ada cuci rumah dulu sikit-sikit. Menitis air mata saya tengok keadaan rumah. Allahuakbar! Sejengkal lagi air nak cecah siling rumah saya. Barang-barang berterabur. Alhamdulillah rumah masih dalam keadaan baik walaupun barang-barang dalam rumah boleh dikatakan semuanya rosak. Pada awalnya semua pintu tak boleh dibuka. Ayah saya kata pintu dah kembang sebab lama dalam air. 

Kampung saya T_T

Sekembalinya kami dari bukit, makanan memang tak ada. Air bersih lagi tak ada. Makan setakat mana yang ada saja. Bantuan memang tak masuk lagi. Susahnya kami lepas banjir tak terkata, tak terluah. Makanan, air bersih, dan pakaian sangat kami perlukan waktu itu. Sangat perlukan. 1 Januari 2015 barulah NGOs dan orang persendirian mula masuk agihkan bantuan.

Rumah saya sempat bersih mana yang mampu dengan kudrat saya, mak dan ayah. Lumpur tu cecah buku lali. Abang-abang balik baru rumah dapat dibersihkan dengan sepenuhnya. Dengan air takde mane mampu nak bersihkan semuanya T_T Semua almari rosak, tilam dan bantal semua mak buang. Rumah kembali kosong seperti baru siap dibina.

Rumah saya.

Walau apa pun yang jadi, hidup kena teruskan. Allah bagi ujian bukan untuk saja-saja kan. Allah nak tengok sejauh mana kita beriman tika diuji. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 214 :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaab) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Terima kasih atas doa anda semua dan terima kasih atas bantuan dan peprihatinan kalian semua. Hanya Allah yang membalas segala jasa baik kalian.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: