Blog Si Bakal Doktor

Thursday, March 19, 2015

Jagakan Dia


Tuhan, jagakan dia walau di mana dia berada. Aku letakkan dia di bawah perlindunganMu sepenuhnya. Sihat dia, sakit dia hnya Kau yang mengetahui. Aku tahu dia semakin lemah. Aku tahu dia semakin tak bermaya tapi dia kuat. Dia tak pernah tunjukkan dia sakit di hadapan kami. Dia tak pernah merungut dia sakit kecuali depan aku ya Allah.

Walau macam mane dia sekalipun, aku tetap sayang dia. Hubungan yang ada ni tetap tak akan putus dunia akhirat. Aku tahu semua orang akan mati. Matikan dia dan kami dalam husnul khotimah. Aku tetap berdoa untuk dia agar dia kembali ke jalanMu sepenuhnya ya Allah.

Sejak akhir-akhir ni, dia selalu cakap 'kalau ada lagi nanti, kalau sempat, kalau diizinkanNya' Allah! Sentap hati ni. Aku tahu sakitnya tak ada ubat kecuali pembedahan. Tapi dia taknak buat pembedahan sebab risiko tinggi. Aku! Aku saksi kesakitan dia selama ni. Dia warded aku yang pertama tahu. Dia warded aku yang teman dia walaupun dari jauh. Aku sanggup sebab aku sayang dia!

Tuhan, jagakan dia untuk aku. Aku jauh dari dia. Hanya doa yang aku mampu bagi. Aku sayang dia dunia akhirat. Dia yang paling rapat dengan aku. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa sebab dah janji dengan dia. Orang paling kami sayang pun taktahu keadaan dia sekarang. Aku! Di bahu aku segalanya.

Allah. Sebak. Redhakan hati aku ya Allah. Tenangkan hati aku jika menerima khabar duka. Tabahkan hati aku.

Berdoa. Teruskan berdoa. Moga keajaiban mungkin berlaku.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: