Blog Si Bakal Doktor

Friday, March 27, 2015

Paper Work



Semalam terima whatsapp dari supervisor zaman praktikal dulu.

--

Sir : Salam Noraim. Saya nak guna paper work awak untuk bentangkan di FSKM Symposium. Boleh ke?

Saya : Apakah itu sir? Report praktikal saya dulu ke?


Hahahaha. Boleh gi tanya macam tu. Dah memang betul pun. Kalau betul report praktikal saya memang nak gelak guling-guling laaa. Yela, masa viva kemain banyak kena komen. Masa presentation pun dekat sejam saya seorang. Jenuh berpeluh tunggu panel habis komen =.='


Sir : Iyo laa. Report awak tu. Kena minta izin tuan punya dulu sebelum convert jadi jurnal.

Saya : Guna je la sir.


Mesti semua orang supervisor mereka minta jugak kan. Saya punya biasa-biasa saja, yang lain sikit mungkin 'method' untuk analyze data tu lain daripada orang lain.

Apa pun, itu semuanya dari Allah Azzawajalla.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: