Blog Si Bakal Doktor

Monday, March 16, 2015

Remember





Ingat balik macam mane susahkan kau keluar dari zaman jahiliah tu Aim!

Ingat balik macam mane susahnya diri kau nak adapt dengan dunia tarbiah dulu!

Ingat balik macam mane usaha kak Hajar tarik kau ke sana ke sini biar diri kau tu kuat!

Ingat balik macam mane kau bermula dengan dunia dakwah tarbiah ni!

Ingat balik macam mane kuatnya kau melawan nafsu jahat tu.

Apa dah jadi sekarang Aim?! Ghaib dan terus hilang. Adik-adik mad'u terbiar dibiarkan oleh kakak yang mula tenggelam timbul ni. Allah ampunkan daku T_T

Allah ampunkan daku! Lemahnya diri sekarang ni. Iman turun tak naik-naik sampai sekarang. Nampak tak diri tak sekuat yang disangka pun. Datang sedikit ujian trus jatuh tergolek. Hadaf sebenar pun dah samar-samar. Langsung tak ambil ibrah daripada kisah-kisah adik-adik mad'u.

Rindu sangat akan tausiah dari kak Hajar. Rindu sangat dengan environment semasa belajar. Rindukan suasana tarbiah itu. Setiap minggu, etlis, sekali akan berada dalam bulatan gembira, qiam, tadabbur ayat Quran.

Tika sedih, tika down macam ni kak Hajar ada. Jumpa kak Hajar, peluk kuat-kuat dan kak Hajar akan bagi semangat. Akak, rindu akak lillahi taala! T_T moga Allah jaga akak walau di mana akak berada. Uhibukki fillah   Jazakillahu khairan kathira untuk segalanya  


Jika rasa blur nak buat apa dengan mad'u depan mata, ingatlah semula bagaimana kita dilasso. Mungkin boleh apply yang sama, dan tentunya buat penambahbaikan. Jangan bagi amal terhenti kerana kekeringan idea. Jangan lepaskan tali dakwah sewaktu kita rasa dah habis daya. Idea akan terus hidup, pada hati yang hidup, inshaAllah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: