Blog Si Bakal Doktor

Thursday, April 2, 2015

Boikot Bukan Bermusim


Cakap pasal boikot sering dikaitkan dengan boikot bermusim. Yela masa Palestin (khususnya) diserang oleh zionis laknatullah Israel bulan Ramadhan tahun lepas, semua orang nak boikot McD, Nestle, Coca cola dan sebagainya.

Tapi bila Hamas dan Briged Al-Qassam isytiharkan mereka dah menang, terus semangat boikot tu menurun. Kalau waktu peperangan McD kosong lengang selengannya, sampai nak jumpa orang pun susah, habis peperangan dah penuh balik restoran tu.

Aikk semangat bersama Briged Al-Qassam tu pun bermusim ye. Walaupun peperangan itu pihak 'kita' yang menang, kita WAJIB ingat yang kiblat pertama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa masih lagi di bawah pengawasan zionis laknatullah tu. Mereka takkan rasa mereka menang selagi Masjidil Aqsa berjaya 'dirampas' kembali.

Dan kita di Malaysia seharusnya bersama-masa membantu mereka. Kita memang tak mampu nak pergi berperang sebagaimana mereka. Tapi kita boleh berperang dengan memboikot barangan-barangan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara haram Israel.



Boikot bukan bermusim wahai semua.

Boleh tenok di sidebar saya ----> untuk senarai barangan untuk diboikot.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

0 125 tapak kaki: