Blog Si Bakal Doktor

Friday, February 27, 2015

Marriage





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, February 25, 2015

Mulut




Sekali saya dilabel orang orang ketiga dalam sesuatu hubungan, sampai bila-bila saya ingat. Saya tak berdendam. Saya maafkan orang yang tuduh saya tu. Tapi saya selalu akan ingat.

Itu sebab saya sekarang. Saya betul-betul 'putuskan' (baca lost contact) dengan semua kawan yang berlainan jantina melainkan hal-hal yang penting. Betul-betul jaga bukan konon-konon jaga untuk jaga hati orang lain. Maaf, itu bukan saya.

Panggil saya apa pun. Saya dah serik digelar sebegitu hakikatnya saya tak buat. Betul la, manusia boleh jadi gila sebab cinta. Cinta yang konon-konon sejati.





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, February 24, 2015

Kenali Diri







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, February 23, 2015

Anak Tarbiah



Seorang anak kecil ni panggil saya 'kakak'. Alamakk terasa macam muda pulak :p

Tiba-tiba dia tanya saya dengan satu soalan.

Dia : Kakak, kalau kita angkat kain ni (merujuk kepada jubah saya) nampak apa?

Saya : Nampak kaki laaa.

Dia : Salah la kakak. Nampak aurat.

=.='

Aduhh! Sekali kena dengan anak kecil. Kuatnya tarbiah awak sayang. Kadang-kadang kakak pulak malu dengan awak T_T



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, February 18, 2015

Banjir 2014



Kali pertama dalam sejarah hidup saya tinggal di kampung itu, banjir besar melanda. Bukan hidup saya, hidup kakak saya yang sulung sekarang umur 40++ pun tak pernah. Tahun 1967 orang tua cakap banjir besar dikenali 'bah merah'. Tapi kali ni lebih besar lagi daripada tahun 1967. Terkejutnya Allah saja yang tahu. Malam sebelum hari banjir tu tak dapat tidur sangat. Gelisah sebab hujan tak henti-henti pun, air makin naik.

Pagi 24 Disember 2014 ; rabu, mak saya kejut pukul 3 pagi katanya air dah sampai belakang rumah tunggu masa nak masuk dapur dah. Tengok rumah jiran sebelah air dah sampai bumbung dah. Rumah jiran terkebelakang sikit dari rumah saya. Gementar, terkejut, kelam kabut semua ada. Taktahu nak buat apa dulu. Dah ok mak cakap angkat barang kat dapur bawak pegi ruang tamu. Masa ni bajet air takkan naik sampai ruang tamu.

Waktu subuh air dah mula masuk dapur. Mak tak bagi turun dapur dah sebab air dah cecah pinggang mak waktu tu. Mak cakap kemas apa yang patut. Bawak dokumen-dokumen penting, Tengok keadaan air mungkin kami kena keluar rumah jugak. Sempat mak pesan "bawak laptop, bawak printer, takde benda dua tu tak siap laa thesis tu." Aduhaii mak ^_^

Elektrik hari selasa lagi dah diputuskan, air dah seminggu takde. Dengan telefon tak bercaj, adik-beradik semua menangis kat sana risaukan kami kat kampung. Pukul 9 lebihh air mula masuk ruang tamu. Dari belakang air sungai, dari depan air yang dari sungai belah laloh, pahi sana mula bercantum. Depan belakang air. Air makin cepat naik. Kami buat keputusan untuk keluar dari rumah. Mujur ayah ada perahu.

Masa kami keluar dari rumah, air dah paras lutut. Air tengah deras ayah tak berani nak kayuh dengan tiga orang dalam perahu. Mujur lah ade orang kampung datang dan bawak saya dan mak ke bukit. Situ lah satu-satunya tempat tinggi dan selamat. Jalan nak keluar ke bandar pun tak ditenggelami air. Kami semua takde pilihan dah.


Yaa, di sini lah tempat kami satu kampung berlindung.

Selama 3 hari 4 malam kami berlindung di atas bukit ini. Nampak tak air sekeliling bukit? Kampung kami ibarat sungai. Waktu malam kami dapat dengar bunyi rumah dihanyutkan air. Allah! Semua dilanda kerisauan. Tak tahu rumah siapa yang dihanyutkan air.

Ramai yang bertanya tak ada bantuan ke sampai. Jawapannya TIADA. Tempat berlindung kami hanya berlapikkan tikar semata-mata. Makanan dari ihsan orang kampung yang ada perahu berenjin keluar cari makanan. Bantuan dari pihak lain wallahualam saya taktahu.

Kami balik ke rumah masing-masing 27 Disember. Waktu ni air tak surut sepenuhnya lagi tapi sementara air masih ada cuci rumah dulu sikit-sikit. Menitis air mata saya tengok keadaan rumah. Allahuakbar! Sejengkal lagi air nak cecah siling rumah saya. Barang-barang berterabur. Alhamdulillah rumah masih dalam keadaan baik walaupun barang-barang dalam rumah boleh dikatakan semuanya rosak. Pada awalnya semua pintu tak boleh dibuka. Ayah saya kata pintu dah kembang sebab lama dalam air. 

Kampung saya T_T

Sekembalinya kami dari bukit, makanan memang tak ada. Air bersih lagi tak ada. Makan setakat mana yang ada saja. Bantuan memang tak masuk lagi. Susahnya kami lepas banjir tak terkata, tak terluah. Makanan, air bersih, dan pakaian sangat kami perlukan waktu itu. Sangat perlukan. 1 Januari 2015 barulah NGOs dan orang persendirian mula masuk agihkan bantuan.

Rumah saya sempat bersih mana yang mampu dengan kudrat saya, mak dan ayah. Lumpur tu cecah buku lali. Abang-abang balik baru rumah dapat dibersihkan dengan sepenuhnya. Dengan air takde mane mampu nak bersihkan semuanya T_T Semua almari rosak, tilam dan bantal semua mak buang. Rumah kembali kosong seperti baru siap dibina.

Rumah saya.

Walau apa pun yang jadi, hidup kena teruskan. Allah bagi ujian bukan untuk saja-saja kan. Allah nak tengok sejauh mana kita beriman tika diuji. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 214 :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaab) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Terima kasih atas doa anda semua dan terima kasih atas bantuan dan peprihatinan kalian semua. Hanya Allah yang membalas segala jasa baik kalian.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Not Ready Yet


Jangan ditanya.
Saya tak ada alasan yang kukuh.
Banyak perkara yang saya kena fikir.

Saya cuma



Banyak perkara yang saya perlu fikir sebelum say 'yes'.
You have to know my family first.
A deep knowing!
Inside and outside.

I have too many skeletons in my closet.
And i choose to hide it from others.
Will you accept it no matter what?

Think twice.

May Allah guide you.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, February 17, 2015

Gambar





Terjumpa gambar ini kat timeline facebook.

Pernah dulu seseorang tu cakap begini dekat saya. Masa tu saya anggap sebagai gurauan saja sebab saya memang blur habis. Bukan setakat blur tapi lambat pick up (tu kata-kata seorang adik ni =.=') hahaha.

Bila ingat balik baru saya faham sebab munasarawak dia cakap macam tu.

Biar laaa. Tak penting pun buat masa sekarang ni.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

I Pray







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, February 16, 2015

A Gift




Jangan nak menyombong tak tentu hala dengan Allah.
Jika Allah tetapkan bayaran untuk setiap helaan nafas kita, mampu ke nak bayar?

Makanyaaaaa, harus bersyukur dengan 'hadiah' dari Allah ini.
Jangan mudah lupa Dia.
Tak ada hadiah yang percuma seperti 'hadiah' Allah bagi.
Jadilah manusia yang bersyukur.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, February 15, 2015

Lagu



Wanita syurga bidadari dunia by Oki Setiana Dewi.



Lagu yang didedikasikan untuk saya oleh adik comel ni. Moga-moga termakbul doa awak dik inshaAllah ameen :)

Tak layak pun lagi digelar sedemikian rupa sebab karat-karat jahiliah masih tebal dalam diri ini. Tapi akak anggap itu satu doa.

Biidznillah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Baju



Alhamdulillah, habis saje viva dan siapkan correction report, dapat panggilan telefon minta datang temuduga kerja. Alhamdulillah syukur! Tak perlu tunggu lama lagi. Dekat sejam jugak kena temuduga dan alhamdulillah dapat kerja yang sekarang ni :)

Kerja sekarang ni kena pakai at least baju kurung. Baju t-shirt muslimah tak dibenarkan sama sekali apatah lagi blouse. Saya sangat la suka dengan persekitaran sekarang. Rata-rata perkerja kat sini jadikan jubah sebagai pakaian harian. Lagi lah saya semangat!

Hari-hari uniform saya jubah. Nasib baik lah koleksi jubah banyak. Baju kurung letak dalam tak keluar-keluar pun. Memang di anaktirikan lah baju kurung sekarang. Alhamdulillah persekitaran ok, suasana pun ok, apa lagi yang nak?

Saya suka jubah ^_^


Mungkin akan settle down kat sini dulu buat sementara waktu dulu :)

Kat mana? Biarlah rahsia hehe.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, February 14, 2015

Insha Allah


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
And That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

In sha' Allah
In sha' Allah you'll find your way
In sha' Allah
In sha' Allah you'll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

But don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

In sha' Allah
In sha' Allah you'll find your way
In sha' Allah
In sha' Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

O Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Cinta




Cinta itu fitrah sesama manusia.
Tapi berbalik kepada yang asal.
Cinta hakiki hanya milik Allah swt.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Hope





Masa depan,
Jodoh pertemuan,
Ajal maut,
Semuanya di tangan Allah.
Kita tidak pernah tahu perancangan Allah.
Yang kita mampu merancang dan berharap.
Selebihnya Allah yang tentukan.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, February 13, 2015

Kunci Kejayaan






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Iqra'





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Alhamdulillah :)



Alhamdulillah syukur! Akhirnya tamat jugak pengajian dua tahun setengah ni. Banyak sangat cabaran nak siapkan report hari tu, tapi Allah permudahkan segalanya.



Tak ada apa yang mampu diucapkan hanya alhamdulillah :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, February 12, 2015

Perginya Seorang Murabbi T_T





Allah! Allah! Sedih tak terkata mendapat berita perginya Tok Guru Nik Abdul Aziz. Arwah seorang murabbi, ulamak dan pemimpin yang hebat, tawadhuk dan alim.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
(HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

Selamat berehat di sana Tok Guru. Moga kita ketemu di syurga kelas, inshaAllah



Al-Fatihah.

T_T



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, February 11, 2015

Obey Allah





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tarbiyah







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

List of Buku



Buku-buku ni saya dah aim dah lama (sebelum banjir lagi) tapi kena dahulukan yang mana penting dulu. Jadi niat tu terbantut. Tambah pulak bajir hujung tahun lepas. Semua buku saya ; novels, buku ilmiah, buku dari diploma sampai ijazah, buku tarbiah rosak. Tak ada satu pun yang okey.

Sedih?

Yup, sangat sedih tengok semua buku saya (lebih 200 buah buku) rosak kena air T_T tapi apa kan daya Allah Maha Mengetahui.

Jadi, niat saya yang terbantut dulu menjelma kembali ^_^ berpinau mata tengok buku-buku. Tunggu sikit masa lagi inshaAllah akan dibeli. Buku, mu tunggu aku beli :)







Yang ni dari Iman Publication


Ini dari Pustaka Buku Putih.

Allah. Rambangnya mata tengok buku-buku. Ini Sejarah Kita (ISK) kena beli jugak sebab sebelum banjir ade pinjam buku seorang akhawat ni dan tak sempat nak pulangkan. Dengan buku tu sekali rosak. Haruslah ganti orang punya walaupun tuan punya buku cakap tak payah ganti.

Ada yang tanya sekarang memang dah tak minat novel ke. Masih lagi minat cuma saya lebih prefer kepada novel terbitan JS dan beberapa orang penulis yang saya minat. Fokus sekarang, tambahkan ilmu di dada :)




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, February 9, 2015

Sindir





Sindir la selagi boleh dan mampu nak bercakap. Buat perabih ayaq liur saja dok terang sana sini. Kesudahannya sindir menyindir pah cerohh. Hahaha.

Senyum itu penawar segala duka. Im a happy woman :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Banyak


Erkk, hai semua.

Terlalu banyak perkara jadi dari hujung tahun lepas hingga ke hari ini. Jadi, tak tahu nak cerita dari mana dulu.

Ada masa saya cerita.

Jumpa lagi :)
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)