Blog Si Bakal Doktor

Tuesday, March 31, 2015

Perbandingan Negara Islam & ISIS





Abang saya pernah tanya soalan dekat saya berkaitan IS ni. Kalau betul la anggota IS ni betul-betul orang Islam yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka seperti yang didakwa, kenapa mereka tak serang Israel (musush ketat orang Islam), tapi mereka tertumpu kepada Syria?

Soalan yang menarik untuk difikirkan.

Jangan tertipu dengan helah, muslihat dan tipu daya musuh. Semuanya agenda untuk menjatuhkan Islam.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, March 30, 2015

Bertemu Kembali


29 Mac 2015, Taman KLCC.
Alhamdulillah.
Hampir setahun berpisah, kami ketemu kembali walaupun tak cukup korum lagi.
Seorang di Terengganu, seorang lagi di Kedah.
Alhamdulillah atas peluang ini.

Rindu akan pengisian rohani ini.
InshaAllah setiap minggu akan berbulatan gembira.
Moga Allah permudahkan :)




Kak Hajar, Ika dan Hani yang sentiasa dirindui, dan,
Aimie dan Zu yang sentiasa akan dirindui :)

Moga tautan ukhuwah ini dirahmati Allah.
Uhibbukum fillah abadan abada.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, March 29, 2015

Jangan Mengharap



Jangan mengharap orang nak datang walimah awak, kalau ;

Awak buat musuh dengan semua orang.
Awak buat cerita.
Awak cakap benda tak elok pasal orang tu.
Awak sebar benda tak betul.

Natijahnya, orang lain pulak pandang serong dekat orang tu.

Awak buat cerita seolah-olah semorang kononnya nak rampas so-called-boyfriend awak tu. Haha. Please laa. Banyak kerja lain boleh buat.

Dan satu lagi, 'semorang tu' tak minat pun dekat boyfriend awak yang kononnya hot stuff tu. 'Semorang tu' tak cari boyfriend, tapi cari suami. Harap maklong!



Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Orang yang buruk sangka ni sangat rugi. Sebabnya tak pasal dia susahkan hati dia dengan buruk sangka pah ceroh :p



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, March 28, 2015

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna ; Ketiga






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Kerjaaaaa :)






Arryna yang comelllll ^_^







Hari-hari bergaul, bermain, bergaduh, dan segala ber lagi dengan anak-anak kecil. Anak kecil yang bersih lagi suci. Alhamdulillah dengan peluang ini :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, March 27, 2015

Paper Work



Semalam terima whatsapp dari supervisor zaman praktikal dulu.

--

Sir : Salam Noraim. Saya nak guna paper work awak untuk bentangkan di FSKM Symposium. Boleh ke?

Saya : Apakah itu sir? Report praktikal saya dulu ke?


Hahahaha. Boleh gi tanya macam tu. Dah memang betul pun. Kalau betul report praktikal saya memang nak gelak guling-guling laaa. Yela, masa viva kemain banyak kena komen. Masa presentation pun dekat sejam saya seorang. Jenuh berpeluh tunggu panel habis komen =.='


Sir : Iyo laa. Report awak tu. Kena minta izin tuan punya dulu sebelum convert jadi jurnal.

Saya : Guna je la sir.


Mesti semua orang supervisor mereka minta jugak kan. Saya punya biasa-biasa saja, yang lain sikit mungkin 'method' untuk analyze data tu lain daripada orang lain.

Apa pun, itu semuanya dari Allah Azzawajalla.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, March 26, 2015

Dream





Tafsir fi zilal - Sayyid Qutb

Ada 11 jilid semuanya. Saya punya softcopy sahaja sekarang ni. Tak best kalau nak bandingkan dengan hardcopy.

Takpe, impian akan jadi kenyataan satu hari nanti. Gambatte! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

That shouldn't Be!





Brothers and sisters, please avoid this!



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, March 24, 2015

Kuat


"Aim takpe Aim jenis yang kuat semangat. Orang tak macam tu".

"Saya ingat saya kuat, rupanya tak. Macam mane nak jadi kuat macam Aim?".

....

Sungguh, saya hairan sangat bila sahabat cakap saya ni jenis kuat. Kuat semangat. Bila buat sesuatu perkara tu, mesti istiqamah dan jenis tak cepat putus asa.

Heh.

Jangan menilai guwe dari luarannya. Kat dalam ni dah renyuk hancur lumat dah nak boleh ke sampai ke tahap sekarang ni. Berapa banyak air mata keluar pun tak sempat nak sukat.  Ingat senang nak berpura-pura kuat depan orang sedangkan hati ni hancur lebur berderai?

Saya tak kuat tapi saya berusaha untuk jadi kuat. Once saya dah buat keputusan untuk buat sesuatu, saya akan berusaha untuk kuat (dengan izinNya jua). Nak buat benda baik memang akan banyak halanyannya.


Nak ke taknak kita kena hadapi jugak.

Doa tu senjata paling hebat tau. Minta apa saja dengan Dia, inshaAllah Dia akan tunaikan jika itu yang terbaik untuk kita. Saya dah pernah alaminya.

Berdoalah semampu boleh .



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Sunday, March 22, 2015

Allah's





Pesen malas nak tulis panjang-panjang.

Bukan semua perkara kita nak akan termakbul. Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita.

Jangan semudah A B C salahkan takdir if something happen in future.

Renungkan.





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Saturday, March 21, 2015

Belajar, Belajar dan Belajar





Makin belajar makin banyak benda taktahu. Jadi, belajar, belajar dan belajar selagi mampu :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Kakak Suwit





^_^



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, March 20, 2015

Ter-jumpa. Ter-rindu .


Selongkar instagram yang dah berzaman tak bukak, jumpa gambar ini!



Ini mendatangkan kerinduan T_T

Gambar ni kalau tak silap di rumah umi Hafidzah. Ikut kakak-kakak naqibah buat lawatan ke rumah makcik-makcik akhawat.

Such a happy moment for me. And i missed all of you!




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Doktor Segala Doktor : DIAgnosis





Doktor segala doktor itu bukan manusia dan bukan juga siapa-siapa. Doktor segala doktor itu Tuhan kita, Allah Azzawajalla.

Artikel terbaik (bagi saya!)

Misi mencari DIAgnosis 2! Apa guna baucer buku yang dapat ni kan. Misi mencari buku bermula! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Thursday, March 19, 2015

Jagakan Dia


Tuhan, jagakan dia walau di mana dia berada. Aku letakkan dia di bawah perlindunganMu sepenuhnya. Sihat dia, sakit dia hnya Kau yang mengetahui. Aku tahu dia semakin lemah. Aku tahu dia semakin tak bermaya tapi dia kuat. Dia tak pernah tunjukkan dia sakit di hadapan kami. Dia tak pernah merungut dia sakit kecuali depan aku ya Allah.

Walau macam mane dia sekalipun, aku tetap sayang dia. Hubungan yang ada ni tetap tak akan putus dunia akhirat. Aku tahu semua orang akan mati. Matikan dia dan kami dalam husnul khotimah. Aku tetap berdoa untuk dia agar dia kembali ke jalanMu sepenuhnya ya Allah.

Sejak akhir-akhir ni, dia selalu cakap 'kalau ada lagi nanti, kalau sempat, kalau diizinkanNya' Allah! Sentap hati ni. Aku tahu sakitnya tak ada ubat kecuali pembedahan. Tapi dia taknak buat pembedahan sebab risiko tinggi. Aku! Aku saksi kesakitan dia selama ni. Dia warded aku yang pertama tahu. Dia warded aku yang teman dia walaupun dari jauh. Aku sanggup sebab aku sayang dia!

Tuhan, jagakan dia untuk aku. Aku jauh dari dia. Hanya doa yang aku mampu bagi. Aku sayang dia dunia akhirat. Dia yang paling rapat dengan aku. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa sebab dah janji dengan dia. Orang paling kami sayang pun taktahu keadaan dia sekarang. Aku! Di bahu aku segalanya.

Allah. Sebak. Redhakan hati aku ya Allah. Tenangkan hati aku jika menerima khabar duka. Tabahkan hati aku.

Berdoa. Teruskan berdoa. Moga keajaiban mungkin berlaku.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, March 16, 2015

Remember





Ingat balik macam mane susahkan kau keluar dari zaman jahiliah tu Aim!

Ingat balik macam mane susahnya diri kau nak adapt dengan dunia tarbiah dulu!

Ingat balik macam mane usaha kak Hajar tarik kau ke sana ke sini biar diri kau tu kuat!

Ingat balik macam mane kau bermula dengan dunia dakwah tarbiah ni!

Ingat balik macam mane kuatnya kau melawan nafsu jahat tu.

Apa dah jadi sekarang Aim?! Ghaib dan terus hilang. Adik-adik mad'u terbiar dibiarkan oleh kakak yang mula tenggelam timbul ni. Allah ampunkan daku T_T

Allah ampunkan daku! Lemahnya diri sekarang ni. Iman turun tak naik-naik sampai sekarang. Nampak tak diri tak sekuat yang disangka pun. Datang sedikit ujian trus jatuh tergolek. Hadaf sebenar pun dah samar-samar. Langsung tak ambil ibrah daripada kisah-kisah adik-adik mad'u.

Rindu sangat akan tausiah dari kak Hajar. Rindu sangat dengan environment semasa belajar. Rindukan suasana tarbiah itu. Setiap minggu, etlis, sekali akan berada dalam bulatan gembira, qiam, tadabbur ayat Quran.

Tika sedih, tika down macam ni kak Hajar ada. Jumpa kak Hajar, peluk kuat-kuat dan kak Hajar akan bagi semangat. Akak, rindu akak lillahi taala! T_T moga Allah jaga akak walau di mana akak berada. Uhibukki fillah   Jazakillahu khairan kathira untuk segalanya  


Jika rasa blur nak buat apa dengan mad'u depan mata, ingatlah semula bagaimana kita dilasso. Mungkin boleh apply yang sama, dan tentunya buat penambahbaikan. Jangan bagi amal terhenti kerana kekeringan idea. Jangan lepaskan tali dakwah sewaktu kita rasa dah habis daya. Idea akan terus hidup, pada hati yang hidup, inshaAllah.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Berubah



Berubah kerana manusia tak akan kekal lama.
Tapi,
Jika berubah kerana Allah
InshaAllah kekal selamanya.

Mohonlah kekuatan dariNya.

INFIRU!

Allah berfirman,
“ Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At-taubah: 41)


Ps. Pesanan untuk diri sendiri yang imannya turun taknak naik-naik sejak kebelakangan ini, Betapa rapuhnya diri ini T_T



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Friday, March 13, 2015

Bodoh


Sebetulnya saya ada temu duga 11 Mac lepas tapi saya tak pergi. Ramai yang cakap saya ni bodoh sebab lepaskan peluang tu. Walaupun berbuih mulut saya terangkan sebab saya tak pergi, orang tetap cakap-cakap jugak.


Biarlahhh. Saya cari kerja yang buatkan saya selesa dan persekitaran kerja tu tak memaksa saya melakukan perkara yang saya tak suka. Macam mana nak kerja kalau tak boleh 'masuk' dengan keadaan sana?

Mungkin ada yang lebih baik untuk saya di masa hadapan, inshaAllah.





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna ; Kedua


Jadikan bacaan alquran sebagai penyinar kalbu, jadilah manusia yang dahaga ilmu, mengalun zikir pada Tuhan dirindu. Kelak masamu terluang tanpa sesaat melupakan yang Maha Satu.






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna ; Pertama


Kecergasan iman dan amal dapat dinilai dengan bersegera menyahut seruan solat. Tulus hatinya bersegera kerana rindu untuk meluangkan masa kepadaNYA, kerna akhirnya, ketulusan itu akan menghuni kebahagiaan yang bertakhta, dalam jiwa.






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Tuesday, March 10, 2015

Indeed!






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

True Friends







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Wednesday, March 4, 2015

Masa Silam


Seseorang pernah bertanya,

'kalaulah ditakdirkan jodoh awak nanti dengan seorang yang mempunyai masa silam yang sangat gelap tetapi dia dah berubah dan sangat berubah sekarang. Adakah awak akan terima?'

Layak ke saya nak judge orang berdasarkan masa silam semata-mata?

Baik sangat ke saya nak pilih-pilih macam tu.

Dia dah berubah. Masa silam dia itu urusan dia dan Allah. Asalkan dia betul-betul berubah dan matlamat dia hanyalah Allah. Saya tak berhak menghukum seolah olah saya ni macam baik sangat. Sangat kelakar bila orang tanya soalam macam ni. Jodoh tu rahsia Allah. Jodoh tu jodoh dari Allah.

Kalau itu yang terbaik dari Allah buat saya, saya terima. Sebab saya manusia yang penuh dengan dosa.

Wallahualam.



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Monday, March 2, 2015

Pengalaman Di Hack



Pengalaman seorang akhawat di hack semua akaun yang dia ada. Boleh baca klik URL di bawah untuk lebih lanjut lagi.


Di SINI !

Dunia sekarang macam-macam orang boleh buat. Sebab itu jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan ingat kita dah private-kan gambar di media sosial orang lain tak boleh tengok. Kebarangkalian tu sangat tinggi.

Hacker tu siap pesan lagi 'kurangkan berselfie k'. =.='

Dengan teknologi yang makin hebat ni, saya jadi takut nak upload gambar kat mane-mane Biarlah orang cakap saya jumud, kolot dan macam-macam lagi. Saya tetap dengan pendirian saya. Cukuplahh masa jahiliah dulu buat perkara yang sangat memalukan.

Jangan sampai aib kita dibuka di khalayak ramai.




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)

Aurat





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Sila Datang Lagi :)